Sunday, September 25, 2011

25hb

Hari minggu di Kg Cantik, Jugra, Banting.

Bangun, mandi dan sidai baju yang dah basuh petang semalam. Konon lepas basuh nak terus sidai, end up keluar pergi Banting Baru teman Ain beli roti.

Malam pulak kawan Ain (Am) ajak pergi kenduri merisik/tunang dekat rumah Acu dia. Makan malam FREE! Hahaha. Makan mihun je walaupun ada banyak makanan dekat situ. Dek kerana malu yang amat sangat, mihun jelah kami jamah. 11pm baru balik, Ain ajak pergi kedai Mek belakang rumah pulak, lapar katanya. Lepas order dan dapat makanan diorder, balik dan sambung melantak sambil tengok cekerama yang lagi setengah jam nak habis. Sumpah tak paham ending cerita tu -.-”

Sarapan meggi kari dan kek gula hangus yang Acu bagi semalam. Sedap! Dan sekarang menaip cerita ni dekat word dulu, senang bila cerita dekat word dulu sambil tengok Ben10. Bila Melodi nak start ni? Dah lama sangat tak tengok gosip :D hehee perempuan biasalah.

Kinda miss someone. Oh Bruno, will wait for you! Hahaha MENGGELABAH!

Tiba-tiba rindu masakan Ma Ina. Kalaulah ma hantar makanan tengahari dekat sini kan best? Ma baba, kakak lapar!

Ain balik dengan sosej ditangan. Makanan tengahari kami :) makan sambil tengok Nona. Sambil tengok segmen fav yaya, bila aku nak kahwin ni? Amboi baru 20 dah gatal Faizahazmi ni. Hehehe. Baru lepas habis main game hotel. Ibarat hotel tu ku yang punya :D dah penat bekerja, sekarang duduk sambil menaip sesuatu dan mendengar lagu Janji dan menonton Senario Lagi dekat TV3. Memang sangai lah sebab tak tahu nak fokus yang mana. Buat 3 kerja dalam 1 masa yang sama.

No comments:

Post a Comment