Monday, March 5, 2012

Scratch

Selamat Pagi Bloggyyyyy !

9.15am , mula bekerja di office.

Edit gambar yang nak upload dekat wall fb nanti. Hahaha, sempat tauk. Nak seribu daya, taknak seribu dalih

Fyi, aku pantang betul bila orang usik skrin laptop aku. Kalau dengan jari, boleh maaf lagi. Tapi kalau dengan pen, pensil, pembaris atau apa-apa barang yang boleh buat skrin scratch, okay itu memang boleh buat aku hilang respect pada orang tu.

Mentang-mentang laptop aku, suka-suka kau je nak tonyoh benda-benda tajam tu dekat skrin ni. Ingat beli laptop pakai duit kau ke? Tolong hormat sikit barang orang. Jangan ingat kau tua, aku kena redha je.

Walaupun tak ada apa-apa scratch dekat skrin ni, tapi tolong la berhati-hati. Aku pun tak pernah buat macam tu dekat skrin pc kau.

Rasa hormat aku pada kau hilang sikit-sikit. Jangan sampai aku kurang ajar dengan kau.

Dah la dengan gaji lambat 3 hari. Semua orang dah dapat, tinggal aku je yang tak dapat. Nak kata barang tak laku, ada je orang beli aku tengok. Erm ni buat aku angin. Dalam purse ada RM4 je. Takkan nak minta BaMa?

Sekarang ni fikir nak tukar kerja je. Sebab? Antaranye sebab ni lah. Gaji lambat, kerja nak cepat. Tak tau lah bila dapat pc sendiri. Kalau laptop rosak, adakah office ni akan cover untuk bayar? Tu semua jadi tanda tanya .... semua pakai pc office, aku sorang pakai laptop sendiri. Laptop ni hak persendirian okay. Hey pelik-pelik je.

Dengan gaji yang tak berbaloi, entahlah. Kalau Kakak editor kata ikut pengalaman, praktikal je aku dah hampir 6 bulan dekat sini. Office yang sama, meja yang sama, kedudukan je lain. Apa lagi? Tapi gaji ciput. Ini bukan masalah syukur atau tak tapi kalau kerja macam nepal, memang taklah kan.

TAK FAHAM. NI SEMUA DUNIAWI. Herherherrrrrrr...

Mood : moody.

Kawan-kawan, maaf eh sebab tak dapat join niari. Insyaallah May kita konvo, kita jumpa eh.

Bye!

No comments:

Post a Comment