Thursday, April 12, 2012

Broga Hill

Assalammualaikum...

Akhirnya sampai jugak di puncak Broga tu walaupun dah plan bulanBULANbulan lepas -_- Asyik tertangguh je, end up semalam baru pergi. Tu pun sebab semua cuti dan haruslah plan ni dilaksanakan. Takkan nak tunggu next pertabalan, baru nak naik Broga ni kan?


Semalam sempena Hari Pertabalan Agong, kita-kita pergilah Broga dengan dua kereta. Ada MaBa, Busu, Paksu, Cousins dan Faizahazmi :) aku boleh cakap saya je kan? Hey. 6.30 pagi dah gerak Semenyih, sampai around 7 lebih. Gerak otot semua supaya otot tak kena kejutan budaya atas bukit tu. Hahahaa!













Akhir sekali, hilangkan dahaga dengan minum air kelapa pandan fresh ! actually ku panas hati dengan aunty ni sebab dah lima kali ku minta ais, dia buat bodoh je. Nasib lah ku ni seorang penyabar, kalau tak, dah bakar dah meja kerusi yang macam nak reput tu. Hahahaha! Kau jahat!






Ingatkan kita-kita orang paling awal, tapi ada orang lagi awal dari kita-kita. Sangatlah ramai dan banyaklah kereta, kira sesak jugaklah masa nak mendaki tu. Dengan berbekalkan semangat ala-ala berjuang demi negara tercinta, akhirnya sampai jugak. Walaupun tak sampai yang paling puncak tapi kira berjaya jugaklah. Hujan eh tetiba, tu pasal tak teruskan pendakian tu. Masa nak mendaki tu, dah cuak habis, sebab? Cerun plus saya ni seorang yang gayat eh kadang-kadang je -.-

Beberapa kali jugaklah give up tapi tengok semangat Aliff, yelah walaupun dia budak-budak tapi takda pun dia merungut penat bagai. Rasanya dia lah paling bersemangat sekali. Dah naik, turun balik, lepas tu naik dan turun balik. Paling kesian dengan baby yang dibawa oleh ibu-ibu mereka. Baby tu tidur lagi, cubalah bayangkan siIBU tergelecek, baby tu macamana? Hey fikirlah wahai ibu-ibu sekalian. Tengok dah ceramah free. Ishh.

Lepas dah sampai puncak, pose sana pose sini dekat timbunan orang yang masyaallah ramai nya. Dah puas pose, azab kedua ialah nak turun bukit. Ini rasanya paling mencabar, walaupun ada tali dekat situ tapi macam takda function je? Orang main tarik-tarik macam nak tercabut kayu untuk tali tu. Wa betul-betul hati panas masa tu.

No comments:

Post a Comment