Friday, April 27, 2012

Saiz KING



Kalau nak cari katil bersaiz king, pergi je cari dekat kedai perabot. For sure, mesti ada. Tapi pernah tak uolls jumpa kasut bersaiz king? Jarang kan? Rasanya susah nak jumpa.

Itulah yang tengah dialami oleh i, uolls. Memandangkan kaki yang kini bersaiz king (eh dari dulu sama je actually) maka dengan itu, agak susah nak cari kasut yang betul-betul berkenan dengan hati (dah macam nak kahwin ni) -.-

Bila dah jumpa yang berkenan, saiz pulak takda. Bila tak berkenan, belambak dekat rak kasut yang ada lampu bola-bola tu :( mencik ah!

Mesti uolls macam tertanya-tanya, apa saiz kaki si gonjeng ni kan? Hahaha malu ah. Tapi yang penting kaki saiz king. Dulu masa zaman pakai baju kurung yang kain keras bila panas nampak peluh tu, maktok pernah cakap ‘kasut kakak ni memang kedekut! Tak boleh share dengan orang lain’ hahaha! So korang dah boleh bayangkan betapa kingnye kaki i :)

Konvo dah nak dekat. Dalam ruangan ETIQA ETIKA PEMAKAIAN, pelajar harus memakai KASUT HITAM BERTUTUP DEPAN DAN BELAKANG. Maka dengan itu, sejak dapat surat tu, bila nampak je kelibat kedai kasut dekat mall atau dekat kaki lima atau mana-mana lah kan, mesti singgah untuk mencari ciri-ciri kasut yang diWAJIBKAN tu.

Adalah jumpa kasut saiz king ni tapi tapak tinggi sangat untuk flat. Macam pelik je? Cari wedges, tak jumpa yang fully black. Jumpa yang berkenan, takda saiz pulak. Selalu Bata, CR, Sembonia ada saiz King tapi kali ni, takda yang fully black. Bata ada fully black flat shoes tapi takda saiz KING pulak -.-‘
Kaki, kau memang menyusahkan! Eh takmo cakap macam tu. Bersyukur bersyukur. Ngee~

May makin hampir dan pencarian kasut hitam bersaiz KING makin rancak dijalankan. Doakan supaya kasut hitam bersaiz KING diJUMPAI yaa :)