Friday, May 4, 2012

Jcard.


Siapa yang tak mengelupur kalau ternampak perkataan S.A.L.E dekat dinding mall? Mesti menggelupur macam dapat perabot percuma. Kankankan? *malu lattew nak ngaku* ;)

Kaum hawa lah yang paling excited sangat-sangat. Yang lelaki, time ni dah buat plan taknak ikot bini, girlfriend, kakak, adik pergi shopping. Puas jenuh cari alasan TERBAIK. (thanks Achik sebab bawak aku)

3 Mei, penduduk di sekitar Balakong sangatlah menunggu hari itu. Mengapakah? Eh Hari Jcard ah! Jj ni macam tau-tau je aku gaji 2 Mei. Tsk! Maka dari itu, dah plan nak beli kasut plus seluar, tapi as uolls tau KASUT lagiLAGIlagi PENTING dari segalanya, buat masa ni lah -.-‘

Tiba harinya, balik dari kerja, terus siap-siap dan pergi Jj dengan HafizAzmi. Masyaallah, ramainya manusia malam tu. Dah macam berebut nak dapat barang PERCUMA. Takda masa nak amik gambar semua, terus pergi section kasut. Okay banyak fully black, dah try, tanya promoter my saiz.

FA : tumpang tanya, apa saiz paling besar?
PJJ : Kejap saya cek. Oh yang ni 40
FA : Boleh try?
PJJ : kalau yang tu miss tak muat, maksudnya miss tak muat yang ini. Design lain ada.
FA : taknak. Saya nak hitam.
Blablabla...

Kesimpulannya promoter tu MALAS nak cari saiz kasut aku! Macam haram, aku BAYAR la. Bila suruh cari, cari jelah. Jangan banyak soal! Benci betul aku dengan orang macam ni. Cari taknak tapi dah cakap takda -.-

End up dapat beli seluar 2 helai dan 1 tshirt. Semua under control, budjet bawah RM150.

Sekarang ni mana nak cari kasut HITAM?!! Dah cek dekat Zalora, ada tapi diorang tak sure boleh sampai bila. Ahh tak suka lah macam ni.

Kenapa tapak kakiku panjang benar? :’( berkaki ayamlah masa grad nanti .... *ayat pasrah habis*

p/s : suka dengan seluar baru, terus pakai pergi kerja. SELESA.