Tuesday, May 15, 2012

Ragam Bekalan.


Selalu sangat kita dengar pasal ragam manusia. Kankankan? Pernahkan anda-anda sekalian dengar tentang ragam bekalan? Tak pernah kan? Ha baru je terfikir tajuk ni duapuluhenam saat yang lepas :D

Ragam bekalan? Apa tu? Ragam bekalan adalah sesuatu yang terjadi didalam beg hasil daripada bekalan yang kita bawa. Errr korang faham tak? Maksudnya, bekalan yang korang bawak tu, tertumpah dalam beg. Ha ragam bekalan la tu.

Pagi ni beli nasi goreng bungkus dekat Lebah. Patutlah sampai ofis tadi bau sambal nasi goreng ni pehh kuat gila! Rasanya tak pernah bau kuat macam ni, so macam hairanHAIRAN dan hairan.

Masuk je ofis, masa nak keluarkan lappy dan barang-barang yang lain, tengok minyak sambal tu dah kecah, dah kena dekat semua barang dalam beg. Headphones, mouse, pendrive, wayar charger lappy dengan charger phone pun kena. Nasib bb tak kena (*.*)

Haishh penat ulang alik masuk toilet nak basuh. Tapi headphone je masih ada bau minyak tu, sebab dia masuk celah-celah headphones ni, dah try tadi lap dengan tisu tapi hampeh. Masih bau dengan jayanya. Sekarang rasa macam satu ofis bau minyak sambal ni. Ishhh tak suka la bau ni -.-

Rasa nak spray sheltox dekat ofis ni, bau sheltox tu lagi wangi okay..
Lepas tu Ah Guan pulak, air botol dia tertumpah dalam beg. Banjirlah beg dia. tapi air takde bau! Selamat lah beg AhGuan. Tapi beg gua? Ishhhh !!

ahh angin. bye!