Tuesday, May 22, 2012

Selamat Hari Guru


Teringat masa zaman sekolah dulu. Asal bangun pagi mesti mengeluh taknak pergi sekolah. ‘ahh bosannya nak pegi sekolah! Kenapa cuti kejap sangat ni?’ kankankan? Habis sepanjang jalan sumpah seranah semua keluar sebab malas nak pergi sekolah. Bosan nak belajar Perdagangan dengan zeragon, malas nak baca buku Sejarah yang aku rasa boleh buat aku mengantuk tahap dewa dan Maths yang _________ ah korang isilah tempat kosong tu sendiri perkataan paling best.

Dalam kelas bila masa Sejarah, mesti buat-buat sakit kepala ‘cikgu, saya sakit kepala lah’ dan cikgu akan berkata ‘okay, awak rehatlah. Tidur’ maka dengan senang hati, terus lemparkan senyuman pada PinaMusa didepan, Khalilah disebelah kiri, Lily disebelah kanan dan yes, gua tido! Hahahah taktik tu selalu berjaya sampai habis form5. KAHKAHKAH! (korang TAK PATUT CUBA)

Itu masa Sejarah, bila masa Perdagangan, semua malas nak belajar. Bila tengok zeragon makin hampir dengan kelas, masing-masing terus pecut ke toilet yang indah lagi cantik dekat blok depan tu. Eh cantik ke toilet tu? Pape jelah. Bila tak sempat nak buat larian 100 meter tu, terpaksalah duduk ramai-ramai belajar Perdagangan yang sumpah bosan tu. Oh tapi kami buat muka tekun tau :) sedang tekun, ternampaklah sebutir NASI (Fakhri yang bagi nama ni) dekat tepi bibir zeragon. Kadang-kadang tu budak-budak lelaki perli zeragon ‘cikgu, minum air dulu’ tapi memandangkan zeragon dah tua, mungkin sebab itu dia buat-buat tak faham kot? Atau mungkin dia malas nak layan? Dia sendiri yang tau. Hehehe (gelak sopan)

Ah kalau masa Science, PinaMusa, Lily, SabrinaHamed dan diri aku sendiri mesti lari dekat bilik kaunseling sampai cikgu cari kiteorang dekat situ. Hahaha! Memang kiteorang ada temujanji tau dekat kaunselor dekat situ. Buat-buat ada temujanji actually. Kalau bukan dekat bilik kaunseling, kiteorang lari ke bilik seni pulak. Yelah masa form5, bilik seni tu kiteorang yang conquer. Sarapan, makan tengahari, lepak semua dekat situ. Celebrate birthday pun dekat situ.

Itu semua masa belajar sekolah menengah. Walaupun kiteorang ponteng kelas, tak siap kerja sekolah, cikgu-cikgu tetap cool melayan kerenah anak-anak murid yang malas ni.hehehe.

Rasanya tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru / Happy Teacher’s Day untuk cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah (SKTamanMidah2, SKTamanDesaBaiduri, SKPutrajaya1, SMKPutrajaya1, KolejKomunitiKualaLangat). Terima kasih kerana kalian sabar dengar kerenah kami yang entah apa-apa ni :D Terima kasih juga kerana mengajar kami tentang segala-galanya. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.

Oh tak lupa juga kepada Ma, Selamat Hari Guru ma!