Sunday, June 3, 2012

Pengangkutan Awam




Sekarang mana ada tiket bas macam ni lagi. Kertas kitar semula habis -.-

Kalau bas nadi putra dekat Putrajaya pun, resit dia macam berkilat, erti kata lain macam plastik tapi tak plastik sangat 0.o macamana tu? Kalau nak tau, korang kena naik bas Nadi Putra lah. Zaman duduk Putrajaya je naik bas tu.

Walaupun ku pernah duduk dekat Putrajaya tapi ku hanya naik bas ni waktu ada aktiviti sekolah dan nak pergi Putra Sentral untuk balik Banting je. More than that, sorry tak pernah. Pergi Alamanda dengan bas Nadi Putra, boleh kira bape kali. Selalunya naik dengan PinaMusa, takpun Teyka :)

Tapi yang best Nadi Putra, dia SEJUK! So bolehlah feeling dekat London ke? Apa ke. Hehhe.

Kalau bas merah (cityliner) yang selalu ku naik nak balik Banting, resit dia panjang belah kiri dan kanan. Tulisan pun kabur-kabur je -.- Lupa nak masukkan ink kot? Lalalalallalaa...