Friday, August 3, 2012

Duit raya untuk ANDA !


Sebenarnya mood nak raya tak sampai lagi dalam diri aku memandangkan aku ada banyak benda nak kena fikir, senang cerita ada banyak yang lagi penting dari raya ni. Serious, ku tak tipu tapi eh lupa nak bagi salam

Assalamualaikum

Maaf eh, terlupa. Biasalah bila emosi dah menguasai dirikan :) Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, actually nak bagitau yang aku tak berapa nak sihat je dan disebabkan itu jugalah tak update blog ni. Maaf lagi!

Dulu masa kecil, bila nak dekat raya, amboii teruja (excited) kemain. Bukan fikir sangat nak pakai baju apa/ kuih raya apa tapi fikir …..

'tahun ni berapa banyak aku dapat duit raya?'
'nak beli Ipad lah macam Jemah tu'
dan blablablaaa …

Pic credit to azrulhisham.com

ini perkara normal bagi seorang kanak-kanak tapi tidak kepada orang bekerjaya KHUSUSnya.

'aduh berapa ramai eh anak buah/ sepupu aku? nak bagi berapa RM seorang eh?'

bermain di lubuk fikiran orang-orang bekerjaya ni (aku ler tu) -.-' Jenuh fikir sepupu ada berapa orang. Hahaha!

Ada lagi 2 minggu untuk puasa, maka berpuasalah bersungguh-sungguh wahai pembacaku. Tak thrill lah puasa tu kalau korang dah pasang/ dengar lagu raya sekarang. Kankan?

Maaflah kalau korang rasa macam pening baca entri ni. Jangan kata korang, aku yang menaip lagi pening. Hahaha! Ok better stop here. Selamat berpuasa peeps

kbai.

Adakah aku masih mendapat duit raya?