Thursday, February 28, 2013

Bloggy Birthday



Hey Happy 5th Birthday, Bloggy !

Dalam lima tahun ni banyak sangat benda yang diluahkan terus kesini. Ada manis, masam, pahit. Eh tawar pun ada. Ada suka, duka, benci. Pendek kata semua perasaan tak kiralah yang dah ditambah garam atau tak, semuanya ada disini. (Phew selesai 1 perenggan)

Dulu masa mula-mula jadi blogger ni, saja je sebab ramai kawan (Aliffangels) pakai blog sebagai medium untuk mereka share apa aktiviti yang mereka buat kalau ada event ke apa. So rasa seronok walaupun masa tu ada Myspace dan Friendster. Bila dapat bertukar link blogspot, macam seronok then cepat-cepat letak dekat link. Hahaha! Semua memori.

'I ada bf abru' .. 'I lepak sini dengan bestfriend' , semua orang buat macam tu kan masa mula-mula join blog. Hahaha samalah dengan I pun. Sebab blog ni takda cerita yang spesifik untuk satu jenis cerita. So macam-macam ada (iklan Astro jap)

Memandangkan I suka amik gambar, jadi banyak sangat gambar dalam blog ni. Kenapa tak pakai Tumblr? Ada je Tumblr tapi acc tu macam lost sikit. Hahha! Merepek apa entah dekat situ masa emo2 je :) Anw gambar-gambar tu semua saja nak share dengan orang yang datang blog ni.

So yes, Happy 5th Birthday, Bloggy! February its your month, sweetheart :)

No comments:

Post a Comment