Thursday, March 28, 2013

Doa untuk Makcik Aya.

Assalamualaikum.

Sehari suntuk semalam dekat hospital. Memang memenatkan tapi apakan daya makcik sedang bertarung nyawa untuk hidup.

Kelmarin bergelak ketawa, bercerita tentang peplum, dan esoknya sedih. Makcik tiba-tiba pengsan dalam tidur. Tidak sedarkan diri dari pagi sampailah ke petang semalam. Alhamdulillah semua ada di hospital semalam. Walaupun ada yang datang lewat tapi masih di hospital.

Kami sayangkan makcik.

Kerja pun dua jam je lepas tu minta perlepasan untuk bersama ahli keluarga yang lain di hospital. Dari wad kecemasan, makcik dipindahkan ke ICU.



'alaa mak tak kasi makan! Eh salah, ayah tak kasi makan' – Pika

si anak bongsu yang padaku sudah mula merindui emaknya. Kesian Pika. Anak-anak lain juga. Nampak pada wajah sugul mereka yang berharap emaknya sedar dan kembali sihat seperti sedia kala.

Kepada semua, Faizah tak minta banyak. Faizah cuma minta tolonglah doakan supaya makcik kembali sedar dan sihat seperti biasa. Kami semua terutama anak-anaknya sangat merindui gelak tawa makcik :')

[UPDATED]
Teruskan berdoa untuk makcik saya please. Teruskan menghadiahkan surah yaasin kepada beliau. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment