Friday, March 15, 2013

Review Novel : Kampung Girl

Assalamualaikum.

Minggu lepas sajalah order online novel memandangkan haritu pergi Popular dekat JJ kemain panjang sampai nak pitam lah. Makanya order novel Kampung Girl dimana dapat tajuk ni masa Nad Zainal tanya dekat followers dia siapa pernah baca buku ni. Rupanya dia berlakon dalam cerita tu.


So tunggu punya tunggu parcel sampai dekat office, hari Isnin baru sampai. Siapa yang follow tweet aku, dah boleh tau yang aku memang tunggu novel ni sampai. Hahaha! Biasalah, nak tingkatkan balik mutu pembacaan. Cewahh :p Sampai setiap kali orang masuk office, mesti tengok sebab tak sabar en?!


Bila novel tu sampai, nampaklah muka teruja tu sampai rasa macam nak senyum sampai balik. Motif senyum? Novel dah selamat sampai lah. Hahaha motif sangat tau. Tsk! Takkanlah nak bukak dekat office en? So simpan elok-elok novel tu dalam laci dan tengok jam sekerap yang mungkin. Hahaha.

Dan blablablaaa … (mesti korang macam fedap baca bila mukadimah je sampai tiga perenggan)

Sinopsis.



So bagi aku cerita ni menarik walaupun ia terlalu ringkas. Mungkis sebab kita dah terbiasa baca yang cerita amboi kemain sampai taknak balik berbulan-bulan bagai.



Ashraf Khairi & Ainnur Azmi
(versi series)


(Buat dalam point eh, senang sikit dan mungkin uolls akan lebih faham)

  • Aku rasa cerita ni menarik tapi terlalu ringkas.  
  • Part lagu 'Hadirlah kasih, Hadir dalam hidupku' okay, itu romantik. Sweet sangat ..
  • Si Ainnur yang sangat sweet sebab suka pada orang yang sama since dia kecil dan akhirnya dapat jugak kawin dengan orang yang dia suka, which its Ash, sepupu dia sendiri walaupun perkahwinan pada mulanya ditentang habis-habisan oleh Ash sendiri.
  • Ash ni memang anti dengan Ainnur dari kecil sebab bagi Ash budak kampung tak tau apa-apa selain jaga ayam dekat reban. Memang menanahlah telinga Ainnur dan sebab cacian dari Ash tu jugalah, Ainnur berjaya sampai ke New Zealand.
  • Rahsia Ainnur sebagao guru dan orang berpelajaran pecah masa malam pertama. Ash terpandang buku dan gambar dia dengan Abg Faisal. Ash mengamuk tapi Ainnur? Hahah dia buat rilex je -.-'
  • Orang tua-tua cakap jangan terlalu benci pada seseorang, itulah yang terjadi dekat Ash. End up Ash sayang sangat dekat Ainnur dan masa dorang sanding untuk pihak lelaki, Ainnur mengandung.

The end.

Rate: 4/5

    Rasanya korang dah tau kenapa aku up cerita ni kan? Hhahahaa. yes sebab Afiq Hakim Ahmad lah pun :)

    Selamat membaca :)

    Kredit: Gambar ehsan dari encik Google dan Insta Nad Zainal :)

    2 comments:

    1. tak berkesempatan lagi baca novel ni..tengok drama mcm best juga

      ReplyDelete