Wednesday, May 29, 2013

Salah orang

Assalamualaikum.

Memang lately aku suka bagi entri pendek-pendek kat korang. Chop! Pendek ke? HAHHA. terimalah dengan hati terbuka bahawasanya kalau aku dah start merepek akan jadi panjang berjelalah entri tu walaupun pada mulanya kata nak pendek. hahaha.

Tengok, mukadimah je dah tiga baris panjang. Over sangat kan tapi kisah pulak. Yang penting aku tengah sejuk giloss dalam office ni. Okay tak kelakar =_____________=

Semenjak aku pakai nombor baru ni, well takdalah baru sangat tapi berbulan jugaklah lepas aku terminated bill UMobile aku tu. Gila kau, mencekik bagai nak rak. Lepas tu line internet lembab nak mam! Ingat aku kerja nak bayar bill kau je oii?! So terus terminated. (lari tajuk)

Berbalik kepada no baru aku tu. Mula-mula aku pakai aku dapat call dari sorang mamat jual surat khabar. 

Situasi 1
Surat Khabar (SK) : En *lupa nama* kan? saya ada dekat depan rumah encik.
Aku: ha? Salah no ni. Nak cari orang tu dari mana?
SK: Pahang.
Aku: Oh confirm salah orang ni. Saya dari Kajang kot.
blablablaaa ...

Situasi 2 (semalam)
Caller: Boleh saya cakap dengan En Abdul Hadi?
Aku: sorry salah no ni.


Dan aku kerap jugak dapat sms astro suruh bayar bill. Kata dah tertunggak sampai seratus lebih. Pernah sekali aku macam terkejutlah. Sejak bila aku langgan Astro ni? Memang rumah ada astro tapi parents aku yang bayar. So macam terkejut.

Harini dapat sms ni, nah aku terus bagi korang tatap. Hahaha Walaupun takda kena mengena pun. Hehhehe.



Maaflah korang kena baca gak entri yang konon-konon pendek ni walaupun. Hahaha Biasalah bila mood nak menaip tu datang, giniklah jadinya. 

Eh mood tak berapa nak stabil sebenarnya. Bengang dengan ada akak tu. Pantang betul aku bila orang cakap belakang ni. Tak puas hati cakaplah depan-depan. Ingat aku pakai helmet, aku tak dengarlah kau bebel sambil buat air nescafe tu? Ha kan dah kena sound dengan aku. Lain kali tanya kak oi ! Jangan tau salahkan orang je. Hey.

Okaylah. Korang dah malas nak baca lettew. Hahaha
Kbai.

No comments:

Post a Comment