Monday, August 5, 2013

Kek Batik

Assalamualaikum.

Sudah 27 Ramadhan. Insyaallah lagi dua hari, beraya lah kita semua. Insyaallah. For sure semua orang tengah sibuk mempersiapkan keperluan raya, betul tak? Hmm samalah dengan aku pun. 

Semalam baru jumpa kasut. Konon tak nak beli, nak pakai apa yang ada tapi bila difikir-fikir, aku jarang beli kasut disebabkan kaki yang panjang dan tak semua kedai ada jual saiz aku, so aku decide untuk beli je. Alhamdulillah dah setel semalam. Memang selesa. Tapak dia kain baldu. Lembut je. Hahhaa! Tapi ada jugak tak best, bila dah beli dan try sarung dekat rumah rasanya macam boleh pakai sekejap je sebab macam muat-muat. Tapi nak buat macamana, pakai jelah. Ngengehngehh :D

Duit raya, tak setel lagi. Sampul raya tak cukup lah pulekk. Agak-agak Rabu ni takda jugak sampul, nasiblah ye. Aku bagi je duit macam tu. Hhahaa! Nak buat macamana, takkan aku nak DIY sampul surat pulak masa-masa macam ni? Memang taklah. Aku pun tak berapa nak sihat lately. Terima jelah ye.
 



Masa teman Ma hantar kerepek dekat customer. Ramai. So sambil-sambil tunggu, camwhore lah dengan adik. Adik memang suka benda-benda macam ni. Bak kata Achik, dia ikut aku suka bergambar. Dengan nyamuk banyak gila sampai kiteorang tengok je nyamuk tu hisap darah. Bajet nak jadi drakula ke apa, aku tak pasti yang itu.


Sepanjang bulan Ramadhan ni, memang teringin makan kek batik ni. Serious. Sampai order dekat KakFain tapi entahlah, mungkin KakFain lupa kot nak buat. Tapi takpa, hadapi dengan senyuman je sebab masa tu keinginan tak macam masa order. Heheh. 

Hari Sabtu, pergi bazaar Hussein Onn, ternampaklah kek batik ni. Mula nak angkat satu bekas je then achik cakap 'kau beli dua jelah weh', okay terus beli dua bekas. Baru RM6. Masa tu excited dia lain macam sikit. Mungkin tahap keinginan dah mencapai tahap maxima kot? Sampai terlupa nak keluarkan dari peti ais masa berbuka. 

Lepas buka, terus ngap dan ngap sampai habis satu bekas. Sambung masa sahur dan tinggal sebiji je konon nak tinggalkan untuk adik, end up masa berbuka semalam adik kata taknak, apa lagi, sharelah dengan Achik sebiji kecik tu. Serious kek batik ni sedap. Tak lembik sangat, tak manis sangat. Just nice. Ingat nak beli lagi tapi hmm takut akak tu dah tak jual, takpelah, kita tunggu next ramadhan. Insyaallah.

Kbai.

No comments:

Post a Comment