Tuesday, September 24, 2013

#4 Bebelan

Assalamualaikum.

Okay harini dengan semalam agak swing sikit. Tak tau lah kenapa. Mungkin stress bebenor. Nak buat macamano, kerja banyak, tidur macam tak tidur, jadi lah gitu. Dengan semalam balik lambat setengah jam sebab tunggu bos buat double check tapi boss meeting T___________T Jadi orang lain yang check. Kalau tunggu bos jugak, mau pukul 8 malam pun aku tak balik lagi. Sedih.

Balik je, mandi dan buat kerja rumah sikit, terus masuk bilik, tidur. Okay hanya itu yang aku perlu lepas semua orang suruh aku tidur. Terasa nak menangis semalam sebab stress melampau tapi aku kan macho, mana boleh menangis *puihhlah reramai* heheh. So tau-tau dah pukul 5pagi. Takpe aku bukak mata jugak masa ni, tengok phone buat muka terkejut. Banyak sangat notifications! Terus replied email, twitter, wechat, whatsapp, bbm semua bagai lah. Then sambung tidur untuk setengah jam lagi. Tapi masa ni dah tidur-tidur ayam dah sebab once aku dah terjaga, untuk aku tidur lena balik memang payah. 

Ha itu baru cerita semalam dan campur sikit pagi tadi punya cerita. Belum harini punya cerita. Tak tau nak bagi mood apa untuk cerita harini. Rasa panas je. Hahhaha cuaca lately panas kemain oi *lap peluh*

So harini hantar PurWhi kat kedai. Check tayar semua. Haaaaa tayar kena toreh ke amenda ntah. Terkejut kejap sebab tak pernah berdepan dengan situasi macam ni. Bila budak tu cakap pasal tayar pun, aku macam 'err cakap dengan kakak tu' aku refer kat KakNana. Hahhaa sebab aku memang bebal benda-benda macam ni. Cehh kengkonon berhajat nak pakai versys tapi apa pun tak tau. Lallalaaa takpelah, lain kali aku belajar lah. 

Okay aku nak sambung buat artworks balik sambil fikir bila nak amik exam. Apa pun tak baca lagi. Penat. Kesian otak dengan badan aku. Dengan berat badan semakin mengembang dengan sangat berjaya ni. Aku tengah hati panas! Rasa takda kembang memana pun tapi Farah dah tegur, maksu pun dah tegur. KakP je kata badan I tak nampak gemuk. Wakakakaka! Pandai amik hati iolls tau. Hhehehe.

Eh terngomel lebih pulak. Hmm kbai.

No comments:

Post a Comment