Thursday, September 19, 2013

Satu hari di Putrajaya

Assalamualaikum.

Auuuuucaakkkkkk !
 

Pagi-pagi dah gomol budak kecik ni. Rasa nak cubit-cubit je, pipi dia uishh tembam sangat ! Ni memang gambar fresh ala-ala baru keluar oven tau. Pagi tadi punya gambar sebelum Adeeb keluar. Adeeb ni suka benau keluar naik motor ke kereta ke apa lah. Walaupun dah empat bulan umurnya tapi dia dah faham apa yang kita cakap. 

Macam opah cakap semalam, busu (Ibu Adeeb) kata kalau nak ikut amik kakak dekat sekolah, Adeeb kena tidur. There you go, Adeeb tidur okay! Then masa busu nak amik Ain, Adeeb terjaga merengek sebab nak ikut. Hahahha pandai budak kecik ni. 

Nama glamer dia Adeeb Marcello. Tak tau kenapa ada Marcello dekat belakang. Ma yang panggil macam tu, sekarang semua ikut panggil Adeeb Marcello! Kalau nama tu lekat sampai besar, orang mesti ingat tu nama dia walhal nama betul dia Adeeb Ismail. Herherherr.

Ha ni Sabtu lepas punya cerita. Ye lama lah jugak. Dah nak masuk Sabtu untuk minggu ni pun. Heheh takpe korang dah biasakan dengan cerita lambat dari aku en? So terimalah aku dengan seadanya. Cewahhh . pffttt!

Okay Sabtu lepas aku pergi tengok Backyard Monster & Dinosours dekat Pusat Marine, Putrajaya. Best lah buat gelak-gelak sendiri. Hhehe. Anw gambar memang takda dekat aku, once gambar ada, baru aku update sini eh?

La ni aku nak cerita malamnya. Attending Kak Ayu's reception dekat Taman Botani, Putrajaya. Maka satu hari Sabtu tu memang aku dekat Putrajaya. Takdalah dari pagi sampai malam. Aku balik rumah jugak, tengok tv then malam baru datang balik.

Meriah oi! Macam-macam seleksi makanan ada. Ada lauk untuk makan dengan nasi minyak dan ada untuk makan dengan nasi biasa jugak. Banyak pilihan! Ni pun gambar ada kat tab/camera ma. Kat fb, ma dah upload. Tapi biasalah, aku kan bangsa pemalas nak download so nanti jelah aku up satu entri gambar je. heehheh.
 

Dapat biskut oat ni masa pergi resepsi Kak Ayu. La ni tinggal satu dalam laci. Perghh kenyang makan ni. Padahal dah set dekat otak yang aku nak diet tapi end up, diet ntah mana, makanan jugak aku cari. Booooo reramai dekat aku T_____T

okbai.

No comments:

Post a Comment