Tuesday, December 31, 2013

2013, Year In Review

Assalamualaikum.


Akhirnya sampai ke hari terakhir untuk tahun 2013. Syukur sebab masih bernafas dengan sempurna walaupun kadang-kadang ada batuk sikit so nafas tak berapa nak sempurna. Heheh okay tak kelakar. 2013 was pretty good in real life. It was straight-up amazing!

2013 bermula dengan birthday adik iaitu pada 8.1.2013. Oh tiap-tiap tahun pun macam tu jugak. Hhehe. Untung birthday awal tahun. Orang tua cakap siapa lahir dalam bulan January ni, dia bijak. Orang tua cakaplah. So kalau salah, salahkan orang tua. Hahhaha!

Februari 2013. Banyak sangat kenangan yang terindah. Indah sangat ni sebab jumpa abang badan ketaq menari lagu Ali Cafe. Hahha sumpah aku gerun tiap kali tengok iklan tu. Oh my Fahrin Ahmad  


Nampak tak? Siap satu family jumpa dia. Ada harapan ni. HAHAHHA!

Mac 2013. Kesedihan terpancar di muka seisi keluarga. Seminggu bertarung nyawa di Hospital Ampang. Makcik Aya meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tuhan lebih menyayanginya. Sampai sekarang masih terasa seperti arwah ada disisi tiap kali ada kenduri kendara dirumah Opah. Kami redha diatas pemergianmu, makcik. Al-fatihah :(

April 2013. Sekali lagi berpicnic ke Port Dickson. Okay selain Melaka, PD adalah tempat favourite keluarga aku. Hhehe. Picnic kali ni bersama-sama cikgu-cikgu sekolah ma. Memang havoc gilaa! Dah lah panas, nasib tak ireng je. Heheh. Aku macam biasa, ditugaskan untuk mengambil setiap gambar. Aku kan dasar malas, so zoom je selagi boleh. Aku suka Canon dan aku rasa Canon memang tercipta untuk orang pemalas nak gerak ketika cuaca terik macam aku. Hahahha!

 


Dua-dua gambar zoom dari khemah. Hahha tapi hasil sangat tip top vavavomm! Tahniah Canon

Mei 2013. Selamat bertunang kepada my cousin, Mahfuzah. Selamat bertunang juga kepada my housemate/roomate , Amy Amir. Dan selamat lahir kedunia, Adeeb Ismail (busu's son)


Jun 2013. Officially 22 tahun. Rasa sekejap sangat, tau-tau dah 22 tahun. Hehe. Masih maintain muda remaja gitu. Hahah. Masih selekeh seperti biasa, masih hmmm .. hmm .. malas? hehe.

Julai 2013. Takda pape sangat sebab ini bulan umat Islam menyambut ramadhan. Okaylah, dapatlah berbuka dengan Nasha Aziz, Beego, Tasha Shilla dan Kak Ros Kilauan Emas. Hehe. Kali kedua jumpa Nasha Aziz dengan Tasha Shilla. 


Ogos 2013. Raya datang lagi. Raya pertama di Sepang. Best. Baju kurung lawa. Suka semuanya. Baba buat lawak on first raya, lemang tertinggal dekat atas motor dekat rumah. Terpaksa baba balik sorang-sorang ke Kajang untuk amik. Kelakar sangat. 

 

September 2013. Hmm takda cerita yang havoc sangat. Aku jejak sekali lagi di Cruise Putrajaya. AF2013 bermula. Lagi apa eh? Hmm takda rasanya. Biasa je.

Oktober 2013. Majlis Pertunangan Kak Atin dengan abg Faiz. Alhamdulillah. Kalau takda halangan, tahun depan kahwin ler depa ni. Hehe. Dan aku belajar buat lemang. Hmm takdalah susah sangat sebenarnya. Kena sabar masa nak tunggu dia masak je.

 

November 2013. Weding vs Reunion. Sumpah best. Sebab jumpa kawan sekolah, kawan masa duduk Presint 8 dulu. Yelah, masing-masing dah pindah. So masa kahwin Zulaikha, semua datang. Even Geng Pondok pun ada. So terharu jap. Hhee

 

 


Disember 2013. Bulan yang aku sibuk dengan artworks. Tapi berjaya untuk siapkan sebelum hujung bulan. Alhamdulillah.

Last but no least, I hope you enjoy it as much as I do. It's people like you who make this place fantastic, and I'm very happy to have you here!

Bye 2013 and Hello 2014

No comments:

Post a Comment