Monday, December 23, 2013

REVIEW: NOVEL THE WEDDING BREAKER (ARIANA ROSE)

Assalamualaikum.

Baca tajuk mesti korang ingat ni novel dari luarkan? Eh jap, aku lettew. Mula-mula aku ingat novel ni dari luar sebab tajuk English tapi tak! Rupanya anak tempatan, Evelyn Rose yang punya :) 


Aku baca novel ni dari blog penulis ni sendiri tapi takdalah semua bab tapi aku dah settle baca novel ni pun. Hhehe. Anw TWB pernah menjadi novel paling laris pada bulan Januari 2013. So memang bestlah kan? Kalau tak best, takdalah laris kan?


Sinopsis :

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

# Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang telah mengandungkan anak kepada Tengku Adam Kamil. Juwita tidak suka dan tidak mahu berkahwin dengan Adam lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Akhirnya perkahwinan dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil tercalar. 

# Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam telah mengupah penyiasat peribadi untuk tahu siapa perempuan itu (Ariana lah tu). Bila dah siasat dan tahu, Adam telah menculik Ariana dan bawa ke Cameron Highland untuk berbincang. Tapi usaha itu tidak membuahkan hasil sebab Ariana taknak bagitau.

# Tengku Adam Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan Ariana menceritakan hal sebenar. Sejak dari kejadian itu, Ariana membenci Tengku Adam Kamil. Ariana pun mula melakukan kerja-kerja amal untuk melupakan apa yang terjadi. Dia sebenarnya tak tau yang Tengku Adam Kamil ni penyumbang besar dana kebajikan dekat office Ariana. Dan dari situlah Tengku Adam dah mula jatuh hati dekat Ariana Rose :)

#  Ariana dipinang oleh keluarga Tengku Adam Kamil tanpa pengetahuan Ariana mahupun Tengku Adam Kamil sendiri. Tapi Ariana tetap menerima lamaran tersebut. Tengku Adam Kamil menunaikan umrah selepas selesai majlis perkahwinan Thoriq (bff Adam) di Arab. Lagi sebulan tarikh perkahwinan mereka, barulah Adam balik ke Malaysia. Ariana tahu siapa bakal suaminya ketika akad nikah dilafazkan. Ketika itu, barulah dia tau yang Tengku Adam Kamil telah berubah. Syukur.

Bagi aku cerita ni best. Walaupun banyak sangat watak sampingan dalam cerita ni tapi ia tidak menhalang untuk aku terus membaca untuk tahu kesudahannya. Nasib baik ending best, kalau tak best, mau stress aku! Hahha

Okay aku dah point sampai bab 40+ kot ni? So cukup-cukuplah eh? Takkan nak review sampai habis kot? Baik aku scan je setiap muka surat, setel. Dan korang jangan malas sangat. Yang pasti cerita ni boleh buat korang happy dan tambah sikit pengetahuan. Sebab ada terselit pelbagai hadis dalam ni. Yelah Adam kan berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah :)

Anw cerita ni tengah shoot lagi rasanya dan akan keluar dekat TV3 slot 7ptg pada 31hb nanti, ganti Playboy Itu Suamiku rasanya. Siapa pelakonnya? Haa korang ni, malas nak google lettew? Meh ahkak bagitau. Dan kalau tak silap aku juga, tajuknya telah bertukar ke Ariana Rose.


Pelakon Utama

Keith Foo - Tengku Adam Kamil
Nur Fathia - Ariana Rose
Tasha Shilla - Tengku Juwita
Hisyam Hamid - Harith
Nabila Huda - Liyana
Arja Lee - Ramzul
Syatilla Melvin - Sophoe
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz (bapa Adam)
Liza Abdullah - Puan Sri Lisdania (mommy Adam)
Datin Ziela Jalil - Datin Asra (Umi Ariana)
Jalaludin Hassan - Datuk Wan Jusoh (ayah tiri Ariana)

So jangan lupa tengok okay !

Rate: 4.5/5  

Happy Reading :)

No comments:

Post a Comment