Wednesday, January 8, 2014

Happy 5th Birthday, Faiz Aziz Azmi

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah dua minggu aku takda kerja. Bukan takda kerja langsung. Ada tapi tak bertimbun. Maknanya, boleh siap dalam jangka masa yang pendek. So selalunya bila kerja sikit, aku suka buat lambat-lambat sebab nanti nampak banyak padahal ala dua je?! Jadi takdalah aku tengok screen pc ni sampai nak terkeluar biji mata. Kang aku yang stress. Hahahhaa!

Aku bila takda idea nak update apa-apa pun aku boleh jadi stress. Sebab aku tau aku nak menulis tapi dalam masa yang sama aku takda idea nak tulis apa dalam ni. Hahaha gila ke aku? Tak tak tak, aku tak gila. Cuma aku poyo sikit. Hehhe dah biasa kan? Good *thumbs up*

Harini yakni 8hb Januari 2014 adalah ulangtahun adik bongsu aku, Muhammad Faiz Aziz bin Azmi. Alhamdulillah dah 5 tahun dah umur budak gedik ni. Makin besar makin becok. Asyik nak membebel je. Aku pun confuse mana dia dapat tenaga asyik bercakap pastu lompat sana sini bajet power rangers =.=' I is confuse you know. pftt~

Malam tadi pergi pekan Kajang, belilah jajan sikit untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah dia pagi tadi. Adalah dalam 30 packs kot? Entah, achik yang kira. Aku tukan staple pack tu je semalam. Tahun ni tak sure ada celebrate ke tak sebab opah tak sihat. Selalunya, bulan Januari mesti ada kenduri dekat rumah Opah, sebab buat tahlil arwah atok jugak. Tapi dah tak sihat, takda buatlah kot. Tunggulah Opah sihat nanti.

Pagi tadi hantar goodies pergi sekolah dia. Kawan dia macam excited sikit. Heheh biasalah budak-budak, memang suka jajan ni. Dalam googies tu ada layer cake, pen, tamtam, coklat, jelly, belon dan roka ke apa ntah nama benda tu yang panjang tu. Aku pun tak tau apa nama dia sebab aku tak makan benda tu. 

Anw Happy 5th Birthday to my youngest gedik poyo lil brother, Faiz Aziz 

No comments:

Post a Comment