Thursday, January 16, 2014

Jangan Diucap Selamat Tinggal, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal ♫

Assalamualaikum.

Mood sedih kembali lagi. Tapi takdalah sedih sampai nak hentak kepala kat dinding ke apa, waras lagi ni :) Rasa berat hati sangat nak tinggalkan teamwork yang hampir dua tahun bersama. Macam makanlah, korang dah biasa makan benda tu setiap hari, then sampai satu saat, korang dah tak boleh makan. Rasa sedih kan? Ha macam tulah yang aku rasa sekarang.


Gambar memang takda kena mengena. Foot massage Isnin lepas SELEPAS seharian pakai wedges, turun naik tangga PWTC / LRT. RM20 untuk 30mins di ManjaKaki, BTHO.

Aku cuma terkilan dengan #MamatAnnoying1 ni. Sebab dia, aku dah tak boleh buat apa yang aku dah biasa buat. Aku kena fokus pada dua hal je sekarang. Aku sebenarnya okay je tapi mungkin sebab aku dah terbiasa kan. So bila dah tak buat, aku mesti akan jadi macam ..
eh kenapa orang lain yang managed sekarang? hmm  ..
Aku buat-buat happy je semalam dan aku tengah siapkan diri untuk ajar orang yang akan buat bekas-bekas kerja aku ni nanti. Walaupun dengan hati yang berduka lara sangat. Aku tak dapat bayangkan :O

Sekarang aku masih buat semua kerja tu lagi dan ni akan jadi kerja terakhir aku dengan team luar negara. Perghh sedih weh Y__Y Lepas ni dah tak boleh feeling-feeling nak pergi Korea dengan team luar negara dah. Wahh double kejam ni ... *sepak kaki meja*

Aku macam nak makan ice cream banyak-banyak, biskut banyak-banyak tapi terpaksa batalkan hasrat sebab nak diet. Hahaha jangan lempang aku please. Aku saja nak bergurau senda dengan uollss :D

K k bai.


No comments:

Post a Comment