Friday, January 10, 2014

Jung Yong Hwa vs Sleepy

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat ni sejuk je dekat kawasan office ni. Macam biasa, aku mesti feeling dekat Korea. Hahaha! Aku tak tau kenapa aku asyik ingat Korea je, padahal tak pernah pergi sana pun. Ahhh ni semua Jung Yong Hwa punya pasal. Hehehe gila dah aku ni.

 
 
Mula-mula terfikir nak update benda lain sebab aku mengantuk gila tapi bila dah tertulis nama Yong Hwa, terus macam 
eh, nak selitkan pasal Yong Hwa lah :D *gelak jahat sorang-sorang dekat meja*
Sejak aku tengok Heartstrings, aku terus aim mamat Lee Shin dalam cerita tu. Aku suka dia main gitar. Like seriously, dia main gitar gila hebat! Lepas tu aku macam suka bila ada part gitar dengan alat tradisional muzik Korea tu bergabung. Mantap gila bunyi dia. Aku sampai google cari lagu tu. Akhirnyaaa jumpa jugak. So aku buat ringtones. 

Kalau dengar lama-lama, boleh tidur jugaklah tapi bila dah masuk part gitar, kau mampu ke nak tidur? Hahhaa aku gerenti korang tak akan tidur sebab elemen rock tu dah sampai. Tapi aku takdalah sampai lompat-lompat atas katil. Aku waras lagi, nanti patah/roboh katil tu, aku jugak kena marah dengan baba mama. So kita chill :)


Aku sendiri tak percaya yang aku boleh letak gambar ni (ye gambar ni) sebagai wallpaper kat phone aku. Ohh my! Kau dah kenapa Pejahh?! Tapi bila orang nak tengok phone je, aku cepat-cepat tukar wallpaper sebab aku masih tak boleh terima hakikat. Hahahah saiko!

Yelah aku yang dulu bukan aku yang sekarang .... (sambil nyanyi lagu Tegar)

Oh aku memang minat lagu-lagu CNBlue since aku tengok cerita The Gentleman Dignity lagi. Dan aku baru perasan kat phone aku ada lagu dorang. So koleksi lagu CNBlue bertambah lah sekarang. Dari lagu yang Jong Hyun nyanyi dalam TGD, sekarang dah ada lagu Because I Miss You, Where You Are (favourite) dengan You've Fallen For Me (favourite). Aku rasa macam ada lagi tapi ni je aku ingat. Hhahaha.

Aku google jugak pasal dorang ni, dan aku baru tau si Yong Hwa ada join We Got Married dan aku macam perasan dalam external aku ada program ni. So marilah kita tengok. Dah nak seminggu aku tengok, sampai sekarang tak habis lagi. Malam tadi aku tengok dah sampai Yong Hwa bagi hadiah birthday dekat Seohyun. Lepas tu mata aku dah tak tahan, so tutup laptop dan tidur. Malam ni sambung lagi memandangkan esok cuti. 

 

Gambar pertama dorang dalam We Got Married. Ye aku tau aku lambat (sangat lambat) mengikuti cerita ni tapi ada aku kisah? Aku baru nak berjinak gitu. Hhhee jadi bersabarlah. Jangan risau Lelaki Kacak masih di tangga teratas carta. Lalalalalaaaa... :D

Dah aku banyak merepek ni. Dan aku masih mengantuk. Aku nak cari headphone baru. Headphone aku dah dah putus wayar sebelah so tak boleh dengar dah Y__Y Penat google, semua tak mencapai piawaian aku. Hishh payah betul nak cari. Kbabai.

2 comments:

  1. hahahahaha... bestkn..=) nti tgok episod kuntoria plk eh...

    ReplyDelete
  2. ahhahaha best gila! Terus jatuh hati kat YH!! hahhaa. kuntoria? yg ada dalam external tu kan? yg victoria tu eh? ohh ada tengok tapi macam tak full je. macam ada episod yang takda je? hmm.

    ReplyDelete