Thursday, January 23, 2014

Tahniah Achik !

Assalamualaikum.

Isnin MINGGU LEPAS yakni 13hb, Hafiz Azmi (adik aku lettew) dah selamat konvo. Tempat bagi aku habis grand okay, nun kat PWTC sana. Semua orang cuti kecuali baba, baba halfday rasanya. Yelah konvo dia pun start lepas Zuhur, aku je gigih cuti satu hari -.-'


 


So sampai PWTC tu hampir 2.30pm, biasalah kalau tak jem bukan KL namanya. Rasa macam takdalah ramai sangat mak bapak yang datang. Sebab hall tu tak penuh mana pun. Lepas aku duduk adalah dalam setengah jam, tiba giliran Chef Joe pulak berucap. Chef Joe ni penasihat untuk FIM ye. Dia adalah cuba melawak tapi tak berapa nak kelakar sangat dan aku macam

ba, tak kelakar kan? (sesambil angkat kening) 
aah tak kelakar (tapi baba senyum)



Sebab Chef Joe suruh tepuk kuat-kuat, kalau kuat dah boleh masuk Mastercheff. See takda kena mengenakan? Memang tak kelakar lah cite dia. Tak kelakar tapi bolehlah buat aku, baba tersenyum. Hehhe. Ma waktu ni tak sihat, demam. Selsema ma macam a bit worst jugaklah. Kesian ma, lepas urut baru tengok macam okay sikit.


Then disebabkan ma tak berapa nak sihat, ma dengan baba pun balik dulu. So aku kena tunggu budak terima konvo ni. Lepas dia keluar, pergilah makan dan duduk satu meja dengan batchmate dia, dari Kedah rasanya sebab dengan mak pak dia punya loghat. Okay, boleh tahan gurau pakcik ni. Penat aku gelak. Hahaha!


Lepas setel semua hal, moh ler kita balik. Naik LRT okay! Untuk 2014, itulah kali pertama aku naik train. Menapak dengan berwedges nya dari PWTC ke Sg Besi, dari Sg Besi ke BTHO naik cab. Wahh jem tak ingat lepas tol dekat dengan Palace Golden tu. Ohh kali pertama naik cab untuk 2014 jugak :) 


Sampai Manjakaki, terus interview abang dekat situ dan ada promotion setengah jam untuk RM20, jadi moh ler kita. Satu family aku berurut. Achik je buat resdung. Baba dengan aku urut kaki je. Baba kata kaki dia ada rasa ringan lepas urut, aku? Hmm takda rasa pape pun. Sama je sebelum dan selepas. Mungkin sebab aku masih pakai wedges masa tu, mungkinlah.






Anw Tahniah Hafiz Azmi diatas kejayaanmu .. Kakak always be anywhere for you. Work hard and please don't hate me too much! Hahaha. I will always hunting your life! Muahahha :D

2 comments:

  1. Ni konvo uni mana ni sampai buat kat PWTC?best tu..huhu

    ReplyDelete
  2. Food Institute of Malaysia (FIM)
    Best jugak, makanan meriah sangat!

    ReplyDelete