Thursday, May 8, 2014

Burger.

Assalamualaikum.

Dah 8 May, baru aku nak update. Sebabnya aku terlampau sibuk dengan kehidupan seharian aku. Ehcehh seharianlah sangat. Hehe. Alaaa aku kalau ada free time pun, aku mampu baca blog yang aku follow je. Untuk aku update, haa malasnya rasa. Aku rasa macam penat, so lebih baik tak payah. Ini pun aku curi masa sikit sebab aku macam nak upload gambar apa aku buat selama empat hari aku cuti haritu. 

Office aku ada family trip ke Perhentian. Aku tak pergi pun sebab aku tak reti berenang. Hahaha! Sebab aku tau, aku akan memalukan diri nanti dengan menyanyikan lagu Sudirman. So baik tak payah. Jadi adalah lebih baik aku tolong Kakna (oh Kakna pun tak pergi family trip tu) dekat kantin. Lama tak jumpa adik Ridhuan. Hehhehe. 

Pagi Jumaat tu hantar adik. Kali ni sesajalah jalan kaki. Baru tau rupanya jarak sekolah dengan rumah opah, takdalah jauh mana pun. Tak sempat nak berpeluh pun. Hahaha. Yelah selalu naik motor je hantarkan. Meh lerr kita selfie dulu. Jarang aku buat ni sebenarnya. Maluuuuuuu *_*


Lepas hantar adik, terus pergi kantin. Busu takda masa ni, dia balik kampung. So Kakna lah yang incharge. Lepas dah siapkan pape yang patut, aku dengan Kakna terus pergi pasar pagi untuk beli sayur-sayur yang diorder oleh makcik dua orang ni. Plus nak cari something untuk Cik Ann (makcik tudung merah tu).
 

Sebabkan tak jumpa kek, jadi Kakna decided beli roti john. Haaa, balik tu suruh Cik Ann potong. Terus dia berkata ..
Tak pernah orang sambut birthday awak (saya) selama ni.
Haaa ayat touching habis dari birthday girl. Hahah birthday girl sangat ni. Hahhaa!


Ni cerita hari Sabtu kalau tak silap. Lepas makan malam, selalunya kalau aku tak lipat baju, aku mesti lepak dalam bilik. Jadi malam tu, tengah aku lepak dalam bilik, well sebenarnya aku dah nak tido pun tapi dikejutkan oleh Achik. Dia kata ada burger. Jadi aku teruslah bangun dan tadaaaaaa Whooper in the house! Kiteorang adik beradik memang penggemar burger! oh dan mee jugak. Lepas aku makan setengah burger tu, terus aku masuk bilik dan tido. FINE, MACAMANA AKU TAK GEMUK ?!! -.-''


Dan ini adalah cerita hari Ahad. Iaitu cerita hari terakhir cuti. Kalau korang adalah pembaca tegar blog ni, korang tau yang aku akan pergi ke PWTC setiap kali ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni. So tahun ni, tak terkecuali, aku satu family pergi walaupun kali ni, aku takda beli apa pun (eh aku beli rootbeer A&W je). 

Haa aku baru ingat aku tak cerita apa aku buat masa hari Khamis kan? Khamis takda aktiviti sangat. Aku just balik Sepang je, tengok atok nenek. Plus aku dengan ma puasa masa ni. Best gilaa ma masakkan tomyam masam gila untuk berbuka. Weh sedap kot! Aku dah makan masa berbuka, lepas dah lipat baju, sambung makan dalam mangkuk pulak, letaklah nasi sikit. Esoknya makan lagi. Haaaa sedapnyaa tomyam

So selamat membaca entri yang panjang ni :)

No comments:

Post a Comment