Tuesday, June 10, 2014

KakIna reception at Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum.

Disebabkan aku masih belum dapat gambar dari Busu, moh ler kita update tentang kejadian yang berlaku sebelum birthday Adeeb. Kira aku up cerita malam, dan baru nak up cerita siangnya en? Haish lah pejahh =.='

Janji aku up. Sebab aku kesian dekat blog aku. Sejak-sejak ni, dia dianaktirikan oleh aku. Hahah bertabahlah blogku yang dah bertahun, masih bernyawa ni. 

Jadi, tengahari tu, bergeraklah weolls ke Bukit Antarabangsa. First time aku lalu kawasan tu. Aku juga adalah berharap kot-kot dapatlah tengok rumah Dato Siti ke apa en. Tapi memang taklaa. Rumah dia kat belah mana pun, aku tak tau. Ingat aku Parez Hilton ke? Hiks!

 

Achik, macam biasa, dia tak ikut. Kerja. Dan sebab cuti sekolah, Zikri pun ada jugak. Nak groupfie jugaklah kan tapi takda monopod. Okay, mari suruh baba yang pegangkan phone. Tapi kena siapkan timerlah. Baru jadi. Lawa jugak front camera ni. I is SUKA

Shawl aku pakai tu, dari bos dept aku. Tapi paling aku angin, ada tulisan pen kat shawl tu. Haa aku baru perasan masa nak pakai. Dah alang-alang tu, aku pakai jugaklah. Sebab aku dah malas nak bentang iron board tu. I is MALAS okay!
 

Without Achik. Just three of us. Walaupun aku ni garang dengan adik-adik (garang ke?) tapi aku sayang gila dekat adik-adik aku. Siapa tak sayang adik beradik sendiri en? Walaupun adik tu tak berhenti membebel tapi dia lah yang memeriahkan suasana kat rumah mahupun dalam kereta. Kalau diam, maksudnya adik demam atau tidur. Hahaha!

Zikri? Dia pendiam tapi aku tak rasa dia pendiam pun. Haha! Sebab dia ada je cakap dengan aku walaupun jarang jumpa. Yelah, dia kan duduk asrama. Jumpa pun weekends je. Achik? Hmm lagilah. 21 tahun aku hidup dengan dia. Stress aku dengan dia. Haha tapi dorang semua sayang aku. Korang sayang kakak en?! Okay nanti kakak belanja Snogurt ok? Lama tak bonding time sesama ...
 

Itulah pengantinnyaaa!!!
Kak Ina. Kawan ma. Merangkap cikgu sekolah ma dulu.
Sekarang tak surelah masih cikgu sekolah ma atau dah bertukar.
Rasa macam dah bertukar. 

Selamat Pengantin Baru KakIna and hubs!

No comments:

Post a Comment