Thursday, July 3, 2014

Bosan.

Assalamualaikum.

Dah sibuk balik dua tiga harini. Alhamdulillah. Takdalah aku mengadu bosan sepanjang hari kan. Hahaa gedik sangat poms ni. Tapi sekarang aku rileks sikit, sebab kerja takda. Dah siap semalam sebelum balik. Ramadhan ni, aku balik sejam awal. Jadi aku setelkan semua kerja sebelum 5 petang. Awal setengah jam, so setengah jam lagi tu, aku boleh termenung ke apa ke sebelum angkat kaki dan balik dengan senyuman meleret hingga ke telinga! Hahah! Tapi selalunya yang buat kerja keji ni, Abg Joe lah. Dia selalu kacau Vivi dekat bawah. Haha kesian kawan tu.

Nak tunggu pukul 10 ni, nak turun ambil stok semua. Ni kerja baru aku since dua hari lepas. Susah jugaklah buat benda ni tapi nasib baik orang yang ajar aku ni, dia sabar melayan pertanyaan non stop aku. Hahah! Nak buat macamana, aku memang lembs sikit benda-benda macam ni. Kalau rasa salah, dia punya tahap nervous dah macam langgar orang -.-' saiko sangat ni!

Ahhhhhhhhhh aku tak tau nak update apa lagi dah ni. Aku macam blank. Oh sorrylah kepada sesiapa yang whatsapp ke call ke tweet ke mesej aku malam-malam ye. Aku tidur. Macam kerja membajak penat dia. Haha! Ada sekali tu, sebelum tidur aku mesej lah dengan Jungnam, pastu aku tidur. Haha! Aku reply masa sahur. Confirm dia tunggu dengan harapan. Hahaha harapan sangat. Bertambah dah sekarang penpals aku. Even though aku tak kenal dorang and tak pernah jumpa dorang semua ni tapi selalu keep in touch. Perhaps one day? Insyaallah.

Dah, aku memang dah lost words. Aku nak get ready nak turun. 
Bye! Selamat berpuasa!

No comments:

Post a Comment