Friday, August 1, 2014

Raya oii !!

Assalamualaikum.

Raya kelima, aku dah start kerja. Memang mood tu ada swing sikitlah. Lagi-lagi tadi lunch kat rumah opah ada buat bakar-bakar. Aku dapat dua tiga suap je lemang tu sebab baru siap dan ia sangat panas gila tak ingat okay!!

Aku suka lagi lemang buat sendiri, sebab sedap dan sedap dan lembut. Kalau beli, jarang dapat lembut. Mesti dapat kerak keras tu. Huh, aku tak gemar lerr haiii.

So amacam raya korang? Raya aku biasa-biasa je. Sebab mood tu memang takda. Haha. Aku rasa tahun ni aku beraya tak macam tahun-tahun lepas. Sebab? Aku kurang makan. Seriously! Aku belum makan lagi lemang, ketupat dan segala rendang juadah raya dekat rumah orang. Aku makan dekat rumah nenek, opah, maktok je. Bukan taknak tapi entah, aku punya nafsu makan tu macam kurang je? Hahah.

Esok nak pergi beraya. Mudah-mudahan nafsu makan aku datanglah esok. Haha! Tak sabar nak beraya sakan esok. Sakan ke? Hekss!

Ni gambar raya ketiga. Birthday baba dengan wak jeman. Celebrated together-gether dekat rumah nenek. Aku pulak rasmi skirt baru bos dept bagi :) Thank you, Elena ^^

Okay bye.

No comments:

Post a Comment