Monday, October 13, 2014

Fresh Fruit Juice

Assalamualaikum.

Dah habis #throwback cerita masa Hari Malaysia. Jadi marilah kita kembali ke bulan Oktober. Hiks. Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mencuci perut lembu dengan begitu jayanya. Dekat Tekali, aku belajar banyak benda. Aku belajar proses buat lemang, basuh perut dan organ dalaman lembu semua ni. Tu semua ilmu weh. Aku pernah post pasal lemang dalam blog. Haaa malas kan nak recap? Aku bagi link lemang ni, aku rajin harini.  

So aku bukan nak cerita pasal macamana nak cuci perut lembu okay. Aku adalah tidak kuasa untuk amik gambar masa ni, aku cuma fikir nak setel cepat je dan makan. Hahah.

Kejadian berlaku sehari selepas kita, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ke rumah nenek lah kita. Ke Sepang lerr, mana lagi. Lunch dekat rumah nenek. Fuhh lauk, walaupun simple (adalah dalam tiga empat jenis lauk) tapi meriahh uolls. Sedap. Eh ke aku lapar? Hiks :p

 

Around 3pm kot, pulanglah kiteorang ke Kajang. Selalunya kiteorang akan singgah beli apam balik dekat Sg Pelek tu. Sedap. Lembut. Haaaa kecur ayaq liuq bila cerita pasal apam balik ni. Haishh sedapnya kalau dapat makan panas-panas, kacang banyak. Fuhh sedap gilaaa weh! Tak silap aku haritu aku pergi dah ada dua lori jual apam balik ni tapi aku rasa bukan owner yang sama. So kalau korang try, korang cari yang ada perempuan jaga. Sebab haritu aku nampak lori lagi satu dua-dua lelaki. So make your own choice okay? Maybe dua-dua lori buat sedap? Hehe.

Tembikai dan Mangga Fresh dari ladang. Terbaik!


Dan bila kita dah makan, mestilah nak cari air pulakkan? Okay, kalau korang dekat area Sepang, try to get this, fresh fruit juice! Sedap gila weh. RM2 untuk sebungkus macam ni. Air dia banyak gilaaaaaa~ Ni memang kesukaan / kegilaan aku dan family. Aku suka nenas, tembikai susu, mangga jus jugak since aku tak boleh minum banyak sangat tembikai kan. Sedap. Memang tiptop. Agak-agak korang nak beli buah, jangan risau, ada je jual. Yang potong ada, yang belum potong pun ada. Sediakan duit saja :)

Lepas dah basahkan tekak segala, sebelum kita sampai ke Kajang, kita ke Hospital Putrajaya dulu. Melawat sepupu baba. Sekejap je melawatnya sebab dah petang plus adik-adik aku semua kat playground sana. Kesian dorang, dah lah panas kan. Balik tu singgah Tesco dan pulang lerr kiteorang ke rumah. Esoknya kerja...

~ The end ~

5 comments:

  1. fresh dia buat kat situ jugak..? hmm...sedap ni :P

    ReplyDelete
  2. Yes! Dia blend dekat situ jugak. Memang sedap kak!!

    ReplyDelete
  3. Apam balik sg pelek mmg sedap xleh lawan apam balik kt tempat lain... walaupun dah sejuk tp still lembut kuihnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn tapi macam dah takda je lori tu :( ahhh teringin

      Delete
  4. Apam balik sg pelek mmg sedap xleh lawan apam balik kt tempat lain... walaupun dah sejuk tp still lembut kuihnyer...

    ReplyDelete