Thursday, October 9, 2014

Malaysian Day - Ke Utara Ke Kita

Assalamualaikum.

Okay, aku tau cerita ni dah lama dan mungkin MUNGKIN aku lupa tapi aku nak cerita jugak walaupun entri ni pendek dan mungkin takda gambar since masa ni phone aku dalam wad dan aku malas nak bergambar sangat guna phone Achik. Ada memang ada tapi aku malas nak mintak tapi tengoklah, kalau aku rajin, aku update later dengan gambar okay?

Okay, Hari Malaysia haritu, aku dan family ke Utara sekali lagi untuk short trip. Kali ni, teh whole family ikut. Kalau tak, Achik atau Zikri atau aku mesti tak ikut sebab kekangan masa tapi we managed it. Wehooo~

So kiteorang bertolak ke Ipoh dulu pada hari Ahad. Kiteorang stay dekat Hotel Seri Malaysia dekat Ipoh tu. Bilik was okay. Makanan tak tau sebab aku tak makan pun. Achik kata sedap dan banyak pilihan. For me, hotel ni not bad lah. 

Hari pertama sampai tu macam packed jugaklah. Kiteorang singgah rumah sepupu ma dekat mana tu dah lupa tapi dekat dengan hotel jugak. Jumpa kek batik like finally dekat situ. Dan makcik buat sangat sedap!!! 1 pinggan tu, aku dengan Achik yang makan. Coklat dia, perghh melimpah uolls *thumbs up*

Lepas pergi rumah sepupu ma, kiteorang balik hotel. Malam ke Zoo Taiping pulek. Well, lagi sekali, masuk zoo sponsored by anak buah ma, Kak Hanim. Oh muka Kak Hanim ni macam Farah. Serious sama! Takda gambar dia. Hiks.

Masuk night safari, korang jangan expect tinggi sangat okay. Nama pun night / malam, apa pun tak clear. Tapi bestlah, new experience for me. Lepas habis tawaf satu zoo tu, sambung pi makan pulak. Dekat mana, yes, aku tak ingat nama tapi lalulah muzium, tesco semua tu.

Nak part 2 tak? Macam malas nak sambung. Hikss. Take 5 kejap.

Okay tak jadi part 2 segala. Sambung je terus. Ada banyak benda nak cerita. Lepas makan, balik tido. Esoknya, ke Kedah lah kita. Pergi rumah CikYam pulak. Dalam tengahari sampai rumah CikYam, makan, borak, kaitkan buah mangga yang tersegam indah ditepi rumah pastu apa lagi bergambar ditepi sawah lerr. Paling comel bila baba dengan ma acah-acah Titanic kat situ. Alolooo sweet lettew :p

Petang kita balik Ipoh. Oh kiteorang tak tidur Kedah okay. Sebab nama pun short trip. Kira main base dekat Ipoh lah. Malam tu, ke Tesco Ipoh. Besar jugak. Dah macam Ikea sebab sambung dari bangunan sebelah. Beli hadiah anak murid ma je. Balik dari Tesco, buat party maggie dalam bilik. Perghh kekenyangan beb!

Esoknya, awal pagi kita dah check out. Sebab nak pergi kenduri anak murid ma dekat Cheras, kenduri doa selamat kawan baba dekat Langat, balik rumah nenek dekat Sepang, beli halwa dekat Banting. Perghh bz gilaaa hari Selasa ni.

Sebelum tu sarapan dekat dua tempat berbeza. Memula dekat pasar baru area Selama, Perak and lepas tu makan roti canai tersedap dekat Selama lah jugak kot, kedai abang Paksu. Roti canai dia perghh sedap gilaaaa! Actually aku tak sure tu dah area Selama ke belum tapi tak kisahlah. Hehhe.

Semua agenda untuk hari Selasa ni, kiteorang managed untuk pergi. Perut kenyang gilaaa! Balik pun dah nak midnight kot, mandi terus tidur dan esok kerja. Bagus. Pergi kerja dalam mood penat.

Sekian sahaja cerita Hari Malaysia. Haha.

p/s: eh TERpanjang pulak post ni. Nanti kalau rajin, iolls update gambar okay?

No comments:

Post a Comment