Tuesday, December 30, 2014

Maggi Royale

Assalamualaikum.

Aku takdalah free sangat sekarang. Tapi sebab takda kerja, so aku curi masa update sikit. Heheh. Dalam masa aku sibuk, aku sempatlah blogwalking. Ni paling fav aku buat dari zaman sekolah sampai sekarang. Macam-macam blog aku terjah. Dari blog backpacker sampailah ke makanan yang meletop! Tu paling fav dari semua. Rasa macam nak makan je.

So last week rasanya. Haha serious aku lupa pasal benda ni. Aku ada baca blog Kak Filla pasal Maggi Royale yang baru tu. Ok sebelum tu aku ada baca kat blog CikEpal jugak. Senang cerita aku baca dua blog tapi entri yang lebih kurang.

Aku join lah sesaja giveaway Maggi Royale kat blog Kak Filla. Takdalah harapan tinggi menggunung since aku rasa macam dah lewat aku email. Giveaway tu bukan untuk aku, Kak Filla kata untuk diberikan pada family members / kawan-kawan / peminat atau sesape lah kan yang berada diluar negara.

Aku langsung tak terfikir kawan-kawan aku kat luar negara sana. Hahah! Aku terus google, cari alamat FNC. Hahaha! Lepas tu, takut salah, aku gigih tweet Kak Norlee tanya alamat FNC. Nak tau sama ke tidak lah. Fuh, nasib sama. Terus aku send email tu dekat Kak Filla.

Lepas hantar email, aku asyik refresh email aku je. Sebab aku ingat dia akan reply directly. Tapi takda pape pun. So aku memang dah lupalah pasal ni.

Tiba-tiba semalam (tengok gambar bawah)
 

Email iolls no 2 kau !! Terus teruja gilaaaaaa !! Terus skype Kak Sally, kakao dengan Kak Paan, LINE dengan Kelly. Hahaha! Gigih sangat. Macam tak percaya boleh dapat pulak. 

Jadi kepada JUNG YONGHWA , semoga anda bergembiralah makan Maggi Royale tu nanti. Mohon share di SNS ye nanti ^^ 

Kbai.

p/s: Aku sendiri belum berkesempatan rasa dua flavor dari Maggi Royale ni. Hiks!

Saturday, December 27, 2014

Aku stress dengan auto translate, plug dalam bilik !!

Aku malas dah nak taip apa. Asal taip, hilang, auto translate bagai. I is stress you know!!!

Dah aku nak sambung dengar lagu sambil tido. 

Bye!!! Night night 👩💜

Friday, December 26, 2014

Office Dinner at Pietro , Ristorante Italiano

Assalamualaikum.

Akhirnya baru ada masa nak post pasal dinner office Sabtu lepas. Ye, dah nak seminggu cerita ni. Hahhaa! Sorrylah sibuk sangat. Jadi malas nak update apa-apa. Paling tak pun, adalah meninggalkan jejak kat blog kak Sally (tu pun tadi) heheh.

So hari dinner tu, which means hari Sabtu kan. Memang aku sibuk gila lah. Dengan Ahad nak kendurinya, so tolonglah pape yang patut kat rumah opah. Potong tu ini, basuh ayah bagai. Janji dengan AbgJoe pukul 5 petang dia amik kat rumah opah. Tapi pukul 4, aku kaknana kat dapur lagi. Okay semua dah suruh pergi siap-siap.

Sebelum kul 5, AbgJoe dah sampai. Tunggu kejap ye. Kakna nak siap. Hahaha. Dan bermulalah perjalanan kami berempat (aku, kakna, abgjoe and Dayah) ke ....

 

Weolls makan kat sini.



Restoran ni cozy gilaaa. Gelap lah bila dah malam. Nampak macam kecik tapi ok, memang kecik pun. Heheh. Makanan? Korang tunggu. Slow-slow aku cerita ...

Kena ada dekat resto ni sebelum 6.30ptg ye. Tapi weolls sampai sebelum 6ptg. Haa nak kata abgjoe bawak laju, takpun tapi mungkin dia agak pro jalan-jalan KL ni, so agak cepatlah sampai. Oh lupa. Joyce pun naik dengan kiteorang. So jadi berlimalah. Sampai-sampai, Elena, Demsi, Mable and her hubs, SP, Ekin and Nancy dah sampai. 




Hi Elena!! *wave*



Haa pejah, tu gigi nak kemana? Ni tengah tengok dorang melawak ke apa tah. Kelakar lah kot sampai kakna buat bibir camtu. kahkahkah!










Sedang menunggu ketibaan Mr Tee yang tak kunjung tiba. Masa ni semua orang dah lapar (eh ke aku je?) Nasib baik Elena bagi Toblerone untuk semua orang. Alas perut gitu. Tapi iolls dapat dua! Hehe.



Our first food is ready! Salad apa tah. Sedap. Seriously sedap. Tapi tak habis. hehe. Our second dish was mushroom soup and garlic bread. Okay, ni takda gambar. haha! Garlic bread tu sedap menggila kau! Soup tu .. hmmm ... tak semua orang habis makan .. hahaha!


*chicken*


 
 *duck*

Yes, dua dekat atas ni adalah our main dish. So ada ayam, itik dan ikan. Mine is chicken! Ayam dia .. perghh! terbaik gilaaa!! Dengan ada juice lagi. Haa sedap. And I miss you, chicken T_T 

Lepas makan main dish, semua cakap lapar lagi (okay, aku takda dalam senarai ni sebab aku dah kenyang gila), so Elena order pizza pulak. Ada ayam, beef and itik (sekali lagi). Aku rasa beef and itik. Itik tu rasa cendawan je pun. Sedap jugak walaupun roti dia nipis gilaaaaa! Huh!!!



Ekin : Elena : Alang (back)
Nancy : Kakna : Me! : Dayah : AbgJoe

The gadis Melayu :)




Finally, it's my always fav time! Dessert yawwww :D Tiramissu (my fav tho) Yang ni pun, sumpah sedap nak mati ! Rasa dia sedap gilaaa. Tak manis sangat pun. Yang macam mangkuk ni macam biskut tapi manis. So agak-agak gigi tak berapa nak kuat, jangan makan. Pass kat orang sebelah je. Hehhe. And ada blueberry sauce. So rasa memang cantik. Ada manis, masam semua. My fav!!




Our 1st pic together (without bigboss)
Thanks for the dinner treats. Me love the foods, the dessert especially! hehe



The girls. (without me, kakna and Dayah) 
Weolls dah balik masa ni T__T



The guys!

Thank you, SP for appreciating the gifts.


Cubalah teka, yang mana #MamatAnnoying1 and #MamatLesungPipit ituuewww :p  
  
Pic credit: Office iolls punya facebook :)

Thursday, December 18, 2014

Busy to Body. Busybody!!

Assalamualaikum.

Fuhh baru free sikit lepas berhempas pulas seminggu dua ni. Harini masuk office ada satu je kerja, so dah siap pun. Sekarang nak menunggu pukul 10am untuk turun bawah, check stock. Sementara takda kerja, meh borak meh..

Weekend ni bakal jadi hari sibuk aku. Dengan dinner office, dengan kenduri kendara. Schedule is pack, pack and pack. Hahah! 

Aku masuk office harini, dengan hati yang riang riang ria okay. Awal. Pukul 8 pagi dah terpacak depan pintu tunggu pintu bukak. Dah sejam kat office, dapat tau yang ada dua makhluk tuhan ni sibuk pasal aku.

Weh, korang dua dah pahal nak sibuk pasal aku? Sukati aku lah nak pergi mana, nak buat apa, nak kerja lebih masa ke, nak cuti ke. Ada aku mintak korang tolong aku apa-apa ke? Takda kan? Oh korang nak derma cuti korang kat aku ke, camne? tell me tell me.

Korang dua tak payah nak sibuk sangat hal aku lah aihh. Buat je kerja korang yang melambak kat depan tu. Pandailah aku jaga diri kat office ni. Haishh. 

Susah betul kerja dengan orang busy body macam dua makhluk tuhan ni.

Stress.

Bye.

Wednesday, December 3, 2014

Short Trip: Melaka

Assalamualaikum.

As korang tau, family aku suka nau pergi Melaka. So short trip kali ni, kita ke Melaka lagi ! Heheh. Tapi trip kali ni lain dari biasa. Selalunya, baba dengan ma akan bawak pergi Dataran Pahlawan semua tu. Tapi kali ni tak ye. Oh aku pergi ni Sabtu Ahad lepas. Menutup bulan November di Melaka gituuu :p

Kiteorang tidur Hotel Seri Malaysia. Aku first time tido sini. Best. Bilik semua best. 



Sabtu malam tu, makan dekat Umbai. Okay, first time jugak untuk aku. Makanan sedap. Dan macam murahlah jugak. Sebab ketam , udang, sotong, ikan semua ada atas meja. Harga tak ingat pulak. Tapi mak aii, ramai gilaa manusia. Aku rasa macam ada orang tenung masa nak makan. Hhahaa. I is malu you knowww ^^






Heheh dah ahad. Tidur satu malam je. So ni dah ready nak balik, kita welfie dulu.

Sebelum balik KL, kita penuhi impian baba untuk pergi tengok Perigi Hang Tuah. Hehe. So ni trip first time untuk semua orang. Best.







Ni dekat rumah Hang ..... Hang Kipas? Oklupa.




Panas gilaa kata kau! candid!



Belajar silat pun boleh kat dalam ni. Ada disediakan baju lagi. So korang bolehlah feeling nak bertarung. Okay? Aku main tukar-tukar silat kat sini dengan adik.



Haa, dah habis silat, kita tengok wayang kejap. Tapi movie Hang Tuah jelah pun yang ada. Aku tengok tak sampai 5 minit. Bosan. Haha. Baba tengok lama jugak.




Aku sangatlah gigih mengumpul semua chop yang ada. Setiap bahagian ada disediakan tempat chop. Macam passport lah. Aku takda kertas, so kertas topup yang masih ada nilai jadi mangsa. Hiks.




Ni masa dekat seksyen apa eh? Jap nak recall. Biasalah benda nak beberapa hari berlalu. Haha. Rasanya ni seksyen sejarah Hang Tuah kot. Rasanyalah.



Yang ni seksyen perlabuhan macam tu. Tu tempat aku berdiri tu model kapal. Alaa tak tinggi pun. Melangkah je pun. Peta belakang tu 3D tau. Bukan lukisan semata. Aku sekajap je kat sini. Hehhe.


Seksyen paling aku suka. Pakaian zaman Hang Tuah. Kalaulah boleh try, aku dah try dah. Nasib baik tak boleh. Baju merah belakang tu cantik. Jangan tanya aku baju apa. Sebab aku rasa macam sama je semua. Hahha.

Ada je sebenarnya gambar lagi. Tapi aku tak tau macamana nak transfer dari folder whatsapp ke folder lain. Nantilah aku try godek. Kalau aku rajin yooo! Hehhe.

Anw, bayaran masuk sini hanya RM5 dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak (7-12 tahun). Murah. Jangan mengada nak mintak diskaun ke apa. Kesian akak kaunter. Dan masa nak balik, dia siap nyanyi okay. Hahaah. Bosan ke duduk dalam kaunter tu kak oii?

Kbai.


Monday, December 1, 2014

Ciptaan Tuhan

Assalamualaikum.

Tak boleh nak jangka cuaca sekarang. Tak menentu. Kadang-kadang panas terik pastu tetiba eh hujan eh dah berhenti eh panas balik? Hmm sabar jelah.


Ni gambar last week. Hari apa, aku dah lupa. Kau tengok, ni panas terik gilaaa!! Aku amik gambar ni masa pukul dua petang camtu rasanya. Tangkap dari gym office je. Office aku berdepan dekat kebun tau.


Sama macam gambar atas. Waktu pun lebih kurang. Panas terik! Masa ni aku dah fikir confirm cuaca macam ni sampai kerja habis. Takdalah aku rasa takut sangat nak lalu highway balik rumah. Yelah, bila hujan, jalan licin.


Ni gambar kalau tak silap dalam pukul 4 lebih macam tu. Lokasi sama, gym office. Dah gelap. Mendung macam ni, aku okay lagi. Sejuklah sikit kan. Lepas tu, tiba-tiba sejuk. Aku tengok tingkap dari jauh (dari meja aku) dah gelap gila. Hmmm petanda.
 

Hujan lebat menggila. Ni dalam pukul 6 petang macam tu. Aku masa ni berharap hujan berhenti sebelum aku melangkah keluar dari office. Okaylah, gerimis sikit masa aku nak balik. Tapi aku redah balik jugaklah. Nasib baik takda pape walaupun ada sesetengah memandu yang bawak kereta / lori / motor macam halilintar. 

Kau ingat jalan tu kau buat ke?

Angin aku dengan orang macam ni. Anw korang jaga diri tu.

Dah. Aku nak buat keje. Bye.

p/s: ada satu lagi draft untuk November. Pasal Maha. Nak post ke tak? Hmm