Monday, December 1, 2014

Ciptaan Tuhan

Assalamualaikum.

Tak boleh nak jangka cuaca sekarang. Tak menentu. Kadang-kadang panas terik pastu tetiba eh hujan eh dah berhenti eh panas balik? Hmm sabar jelah.


Ni gambar last week. Hari apa, aku dah lupa. Kau tengok, ni panas terik gilaaa!! Aku amik gambar ni masa pukul dua petang camtu rasanya. Tangkap dari gym office je. Office aku berdepan dekat kebun tau.


Sama macam gambar atas. Waktu pun lebih kurang. Panas terik! Masa ni aku dah fikir confirm cuaca macam ni sampai kerja habis. Takdalah aku rasa takut sangat nak lalu highway balik rumah. Yelah, bila hujan, jalan licin.


Ni gambar kalau tak silap dalam pukul 4 lebih macam tu. Lokasi sama, gym office. Dah gelap. Mendung macam ni, aku okay lagi. Sejuklah sikit kan. Lepas tu, tiba-tiba sejuk. Aku tengok tingkap dari jauh (dari meja aku) dah gelap gila. Hmmm petanda.
 

Hujan lebat menggila. Ni dalam pukul 6 petang macam tu. Aku masa ni berharap hujan berhenti sebelum aku melangkah keluar dari office. Okaylah, gerimis sikit masa aku nak balik. Tapi aku redah balik jugaklah. Nasib baik takda pape walaupun ada sesetengah memandu yang bawak kereta / lori / motor macam halilintar. 

Kau ingat jalan tu kau buat ke?

Angin aku dengan orang macam ni. Anw korang jaga diri tu.

Dah. Aku nak buat keje. Bye.

p/s: ada satu lagi draft untuk November. Pasal Maha. Nak post ke tak? Hmm

No comments:

Post a Comment