Monday, March 23, 2015

Kuala Terengganu - Part 3 (Beaches)

Assalamualaikum.

Masih lagi dihari kedua. Hahaha panjang weh cerita hari kedua. 

Lepas membeli dan taknak belah dari Pasar Payang tu, kiteorang balik hotel dan rehat dan setelkan apa-apa yang patut. Ma suruh tidur tapi aku tak boleh tidur pulak. So ajak adik pergi kedai buku dekat bawah. Beli roti dan keychains adik, baliklah hotel. Makan dan sambung baring, kengkonon nak tidur tapi hampeh gagal! Adik pasang cerita kartun, so aku terjebak tengok sekali.

Lepas dah semua bangun, siap-siap pergi cari celup celup pulak. Dengar kata dekat belakang airport tu sedap, moh lerr pergi. Lagi sekali, aku tak amik gambar pun. Ma ada amik gambar tapi bergegar so takpelah. Hahah. Pisang goreng dia sedap. Dan murah sebab 5 pcs baru RM1. Sekarang susah nak dapat harga macam tu.

Memang sedaplah celup-celup ni. Harga pun berbaloi dari celup yang hari pertama tu. Lepas makan, on the way nak ke jalan besar, lalu satu pantai ni. Cantik. Sebab panas, kiteorang lalu je.

Pantai Teluk Ketapang.


Cantikkan? Dan aku baru tau Zera dengan Teyka duduk menyewa area sini. Tapi tapi masa ni, dorang dah dekat Putrajaya. Takda kelas katanyaaaa~

Lepas pergi celup-celup dan 'lalu' dekat Pantai Teluk Ketapang, kiteorang check in lagi satu pantai untuk bawak adik mandi konon-konon tapi tak jadi sebab air pasang kuat sangat. Bahaya!

To the beach we go ~~~

So sekarang ni kita berada di Pantai Kelulut, Kuala Terengganu. Okay, malas tulis banyak, tataplah gambar / selfie weolls ^^,










 

Gambar bawah ni. Hmm adik merenung masa depan ke macamana? Sedih tak dapat mandi laut. Dah semangat dengan swimming suit / pelampung bagai. Takpe dik, balik KL kita mandi Singgah Santai okay? (p/s: adik dah mandi pun dekat SS)

 

Lepas dah bercanda ditepi pantai, kiteorang pergi lagi area Pasar Payang untuk tukar seluar. Dapatlah tukar dengan seluar adik dan aku telah 'merembat' satu lagi shawl walaupun pagi tu aku dah borong 10 helai T_T

Balik dan dinner dekat hotel.


Gambar owner belog seround ^_^

No comments:

Post a Comment