Wednesday, May 27, 2015

Adik's first bowling tournament

Assalamualaikum.

Ahad lepas adik ada tournament. Perghh ayat tournament tu macam gah sangat ni. Hehehe. So yes, ada bowling tournament zon Kajang, jadi haruslah adik pun join sekali sebab sekarang dia sekolah dekat Kajang. Bukan di Langat lagi ... 


Sebelum tournament ni, adalah 2x kot adik praktis main bowling. Dua minggu sebelum dengan dua hari sebelum. Gambar atas ni dua hari sebelum yakni hari Jumaat. Tak sangka pun baba dengan ma nak bawak main bowling, jadi adik pakai sandal dia jelah. Dah lah takda kasut untuk bebudak, so pakailah dikau sandal itu sambil main bowling, wahai adikku ...  

Okay, seterusnya, pada hari kejadian. Berlaku pada hari Ahad di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang. Tak silap aku ada 7 sekolah, so ada 7 warna lah. Dan sekolah adik warna Pink. Pink dia lawa. Tak terang sangat. Tapi aku macam tak boleh blah dengan tulisan dekat baju. APASAL KECIK SANGAT ?! JIMAT SPACE KE MACAMANA NI?!! 


Sekarang, adik suka betul buat gaya macam tu. Ma cakap adik belajar dari aku. Hahhahaa! Penangan kakak sangat ni. Mana aku belajar? Hahhaha haruslah dari hmmm sape eh? Hhahah dan dan lah lupa kan. Tapi aku berjaya mempengaruhi adik! kahkahkahhh!!
 

Aku baru perasan dalam gambar atas ni, si Safina takda. Safina tu, masa kiteorang praktis dua hari sebelum, dia pun ada jugak dengan family dia. Patutlah pandang-pandang rupanya kawan adik. Hahah kpochi gila minah tu. Adik kata tu bestfriend dia. 


Okay, ni last bergambar sebelum start senamrobik gangnam style lah apa semua tu. And yes, aku dah nampak Safina dalam gambar ni. Tersorok belakang tu. Nampak sipi-sipi je pun, awak Safina hoii. Hehe. Adik masih dengan gaya yang samaaaaa. *yawn*




Dan gambar terakhir sebelum balik! Hahaha. Takda gambar main, terus aku bagi gambar balik. Okaylah kan. Tak kuasa aku nak berdiri diantara mak-mak bapak-bapak budak dekat lane. Lane penuh gila! So baiklah aku makan sambil tengok Runningman dekat kerusi tu. Hahhaa takda life betul.



Dan sekolah adik dapat tempat terakhir! Hahaha. Takpelah, at least memasing have fun kan. Ada yang first time pegang bola bowling, ada yang first time masuk tempat bowling. So okaylah. Congratulations adik on your first trophy! Adik, walaupun dia kalah, tapi ada dia kisah? Trofi tu lagi penting okay! Hehehe. Takpe dik, next time kita ajak baba ma pegi lagi okay?!

STREPSILS , THE RIGHT NOTE

** ANNOUNCEMENT **


Hi semua! So I join up this singing competition ans this could get me closer to my dreams if you could help vote for me cause that would mean so much.

The link down below for the VOTE! (I'll be around page 6)

Thank you love! Xx

So guys, please please (ahh I'm begging you guys) please vote my bestfriend here, Pina Musa on this competition! 

 

Till, thank you so much for your time and support.
Appreciate it so much. Xx


p/s: she's maybe in another page when you try to find her. Do check all pages. I'm sorry for the inconvenience. Thank you. 

UPDATE: she's on page 4 right now. DO VOTE, VOTE AND VOTE !!

Friday, May 15, 2015

Siwon vs BigBang vs #mamatlesungpipit

Assalamualaikum.

Actually aku dah takda kerja. So marilah kita update blog. Lately aku kerap update, aku rasalah. Sebab kerja kurang tapi Sabtu aku masuk, pastu mengadu banyak kerja. Hahhaa saiko sangat ni. Tapi serious, kadang-kadang ada banyak kerja sampai nak bernafas pun susah.

Ok, memandangkan aku memang minat dan suka gila tengok We Got Married, jadi haruslah aku kena tengok yang China's version. And thanks to Asma sebab bagitau and and both of us dah addicted dengan Siwon. Macamana ni?


Dan kenapa pulak ada gambar Siwon vs Bigbang? Hahahha well actually takda pape pun. Kak Sally je yang faham. Kahkahkah! 

Aku tak kenal pun Bigbang ni tapi #mamatlesungpipit (dimple guy) minat gila dekat dorang. Siwon pun ada lesung pipit (dimple) kan? 

Bila aku tengok WGM Siwon ni, asal Siwon je, mesti aku ingat #mamatlesungpipit . Seriously Siwon dengan #mamatlesungpipit punya karektor lebih kurang sama. The way his smile sampai keluar dimples tu, cara approach orang, sama okay. 

Tapi aku dah terminat kat Siwon. Bukan Bigbang. Camne? 

p/s: kesian dekat Siwon, asyik kena reject je dengan girlfriend.

Tuesday, May 12, 2015

Bowling Practice

Assalamualaikum.

Sabtu malam, masa tu aku tengah marathon drama-drama yang aku download. Takda masa nak tengok masa weekdays, jadi weekend jelah aku tengok. Hehe. Pastu tiba-tiba aku dengar ma suruh siap, nak pergi main bowling. Haaa secara jujurnya, aku memang tak pandai main bowling.

Main bowling ni sebab nak ajar adik sebenarnya. Tadika dia ada buat pertandingan main bowling minggu depan. Masa aku tadika dulu, ada pertandingan tengteng je. Tadika sekarang dah advance, main bowling uolls! Hehe.

So, adik semangat gila lah. Sebab dia selalu dah ajak ma dengan baba main tapi boh layan. Hahaha. Malam tu, bertiga lah, ma, aku dengan adik. Baba dekat Penang, Achik kerja, Zikri ada camp dekat UKM. 

Sampai tempat bowling tu, mak aii, ramai gila manusia. Aku, lagi ramai, lagi malu tak bertempatlah cite dia. Memang dari kecik perangai camtu tapi aku tak tau macamana aku boleh perform dulu-dulu. Pelik.


Lepas satu game, mintak aku belikan dia air. Adik dah semakin bambam lepas sunat ni. Asyik makan je. Dulu, makan pun susah. Sekarang pantang! Hahha. Kadang-kadang ajak aku pergi jogging kat bawah. Siaplah cakap adik taknak gemuk! Adik dah pandai saiko diri sendiri nampaknya =_='

MELALUT APA ATAS NI ?!

Back to story. So adik ada strike sekali, spare sekali. Gembira tak terkata lah budak kecik ni. Paling win, siap nak lari kat lane sebab bola dia tak bergerak. Dah tu, tolak lembah gemalai sangat dek oi. Haha!

Tapi dia happy betul malam tu. Walaupun 12 je markah dia :)

Bye.

Monday, May 11, 2015

[Resepi] Watermelon Milkshake

Assalamualaikum.

Bertemu kita sekali lagi dalam blogpost minum meminum ^^ Haha minum meminum pun bolehlah. Sebab aku nak share dengan korang resepi milkshake paling vavavoom yang aku buat Sabtu lepas. Aku rasa ni milkshake sebab ada susu. Hhaha kalau salah, mohon betulkan tp aku yakin ni milkshake.

So sebelum nak start buat, haruslah kekedai untuk membeli susu sebab rumah aku memang takda stok susu macam ni. Even susu pekat manis pun jarang ada dalam peti ais, apa tah lagi susu low fat ni.

Okay, dah ready?

Bahan-bahannya simple gila! Ada 4 je.


Ice cube - tak kisah nak letak berapa ketul pun. Depends pada korang.
Tembikai
Susu (aku pilih low fat sebab bajet diet)
Gula - aku guna 1 sudu gula je. taknak letak pun takpe.


Blender! Ni barang paling penting untuk milkshake kita. Kalau takda ni, boleh je guna blender yang korang guna untuk blend cili kering / bawang semua tu. Takda masalah tapi mohon korang blend dulu dengan kulit tembikai supaya takdalah rasa pedas (dah guna untuk cili/bawang kan) 

Okay, semua bahan / barang dah ada? Dah betul-betul ready nak nak blend tembikai tu jadi milkshake yang sedap? Okay, next step!



Mula-mula, masukkan tembikai dulu. Masuk semua pun boleh, asalkan tembikai tu tak 'muntah' keluar dari blender. Depends pada saiz blender korang. Lagi besar blender, lagi banyaklah tembikai :)


next, masukkan ketulan ais. Aku guna dalam 10 ketul je rasanya. Sekali lagi, depends pada korang nak letak banyak mana (mengikut size blender)


Okay, inilah contoh bila korang dah masukkan dua bahan tadi. Baru dua bahan.
 
 

Masukkan suku atau lebih susu low fat itu kedalam blender korang. Jangan lupa satu sudu gula kasar :) Supaya milkshake korang takdalah tawar sangat. Aku tak minat sangat tawar-tawar.

Blend semua bahan tadi sampai hancur dan ....



 Taraaaaaaa ~~~



Hasilnya, memang meletops lah. Rasa dia, bagi aku, lagi sedap dari Grape Smoothie yang buat dulu. Yelah, yang dulu takda susu, letak gula je. Yang ni rasa dia lemak-lemak sikit. Macam carrot susu pun ada jugak. Tapi Ya Allah sedap sangat ! T_T Hahaha saiko puji minuman sendiri.

Selamat mencuba korang!

Friday, May 8, 2015

Kesana, Kemari ..

Assalamualaikum.

Aku baru masuk office ni. Lambatkan? Ye aku tau. Tapi rilek dulu, makan kacang dulu. Aku pagi dah masuk. Pukul 8 pagi dah tercegat depan pintu office. Lepas tu dalam pukul 10.45 am tadi, Achik call kata ada emergency dekat rumah. Apa lagi, berdesup aku balik. Ingat dapatlah lunch mcd kejap ke, rupanya, sampai rumah dah 11.30, lepas tu nak masuk sebelum 12.30. Dah lupakan angan-angan tu, balik office jelah terus.

Dan sekarang aku dalam office, tengah memerah otak buat segala design/dokumen semua. 

Happy Lunch korang!

p/s: sempat tapau pau kari ayam je tadi.

Thursday, May 7, 2015

Cerita dah basi, ke?


Assalamualaikum.

Kejadian berlaku pada 25 April yang lepas. Okay aku tau lambat tapi ada aku kisah? Hahhaha. Plus aku malas nak update sebab nak kena email dulu gambar-gambar ni bagai. So harini, disebabkan aku tak keluar lunch, jadi aku updatelah. Hehhe

Well kita selalu ada family dinner. And selalu dinner kat our fav place dekat Port Klang. Sebab dah selalu makan kat sini, so tak payah nak update gambar makanan sangat lah eh. Lauk tetap sama jugak. Tapi entah macamana ada terselit gambar ikan sekor. Hhaha!


With my fav gals! KakPP and KakNana :)


Okay, ni antara fav. Haaa lapar!


Ni baru on the way. Ke gambar esoknya eh? Haa lupa!











Me having a great time masa ni. Makan, makan dan makan. Sedapnyaaaa~

Okbye.