Thursday, August 27, 2015

#WordlessThursday


좋아

Wednesday, August 26, 2015

#WordlessWednesday


Imma happy girl

Tuesday, August 25, 2015

Menerima dengan hati yang terbuka. Gittewww :p

Assalamualaikum.

Masa puasa haritu, E and D went to Japan for exhibition. So biasanya dia memang akan beli something for everyone dekat office as souvenir. So dapat keychain yang tersangat bising kalau usik dia, kata E. Hahaha. Aku letak kat dalam laci pun dia dah bising gilaa. Selain dari keychain, E bagi



↑↑↑ gula-gula kopi. Sedap ♥

E bagi dua ni lagi. Caramel Pudding Cake ni sedap weh. Moist pastu ahh sedap tapi sayang, dia kecik sesangat! Okay to be clear, aku dapat makan cake and Merci ni lepas raya okay. Hari pertama aku masuk office, aku terus makan. Sedap sangat dedua. Me laike ♥ Ada sesape nak pegi Jepun tak? Nak kek tu! Kekekek ☺☺

Dan baru-baru ni, terima lagi parcel dari Kak Paan. Dia tanya aku okay tak pakai liptint yang dia belikan haritu? Aku cakap okay and dia nak bagi aku dia punya since dia allergie. Kesian Kak Paan :(


So ni yang Kak Paan bagi. Banyak gilaaaaa! Yang dia tunjuk memula, sikit je. Yang sampai, amik kau, sebeban! Sama macam dia bagi barang yang aku pesan dari Korea haritu, Hahahha. Thank you kak.

Monday, August 24, 2015

Open House , raya ke9

Assalamualaikum.

Meh aku nak habiskan cerita raya. Aku macam takda masa nak mintak dekat ma gambar-gambar 1st day raya haritu. Malaslah hai. So apa yang ada je okay? 

Jadi raya ke9, family aku decided nak buat open house. Aku kerja sepatutnya tapi sebab aku dah kautim baik punya dengan #mamatlesungpipit nak siapkan kerja awal, makanya, aku dapat makan dengan tenang pada hari kejadian :)

Jadi open house start dari jam 9.30 am . Masa tu, makanan ada yang dah siap hidang and ada yang on the way macam roti canai? Hahaha. Banyak jugak makanan yang ma buat/tempah. Ma masak Nasi Lemak / Laksa / Rendang Kerang / Ayam Goreng / Kari Kambing. Hmm lagi apa ntah. Yang ma order Roti Jala / Roti Canai. Tu je kot? Hahaha.

Orang pertama sampai haruslah kawan-kawan ma. Tapi masa tu aku tak sure sape kawan ma tu sebab aku kat dapur dengan Achik, jaga ayam. Lepas tu baru aku terhegeh-hegeh siap. Maksu Nor sampai lepas aku siap mandi.

Dan orang yang paling aku tunggu pun sampai. Even tak semua kawan-kawan yang aku jemput datang, tapi okaylah. Lebih dari 5 orang jugaklah. Macam biasa, aku takdalah semangat nak bergambar kalau orang tak ajak bergambar ye.



Dalam whatsapp #FabulousLadies siap bergaduh nak pakai baju apa, warna apa. End up datang tak boria pun -.- hahahah! Panas berdeting weh korang ajak aku bergambar. Nasib takda kereta banyak. Haishh. Anw thanks for the superlate birthday gift
 

Untuk #GengPondok , Hale and Zuraini and of course Teyka je dapat hadirkan diri. Memasing datang lain-lain masa. Teyka dengan Pina Zera. Zuraini datang dah petang macam tu. Hale lagilah. Nak maghrib baru nampak batang hidung. Kesian kerja katanya. SO Hale lah penutup kawan-kawan aku.

Alhamdulillah makanan semua habis dan majlis berakhir tepat jam 9.30pm. Gila kau 12 jam weh! Kaki aku dah nak patah weh masa ni. Penat dia, kau jangan main-main. Nasib buat Sabtu. Kalau Ahad, mau aku mc. Hahhaha!

So terima kasih kepada yang hadir ♥♥

Friday, August 21, 2015

D'Langat Tom Yam

Assalamualaikum.

Family aku suka makan and tempat fav kiteorang kalau nak makan steak ke chicken chop ke apa, memang akan singgah D'Langat Tomyam lah kan. Sedap!

Aku suka whatsapp family group cakap
jom makan chicken chop. Kakak macam teringin.

Bila family aku pergi sana, nan adoooo aku nak order chicken chop bagai ni. Selalunya ma yang akan order chicken chop and baba beef steak. Kiteorang selalu order nasi atau mee je. Hahahah. Aku tak tau pasal apa aku ada perangai ni.

Aku tengok je gambar ni, saliva aku dah mencurah-curah! Hahhaa. Sedap weh. Aku suka roti bakar tu kalau da letak kaya instead of jem. Sebab aku suka kayaaaa~~ 

Chicken Chop dia RM10 je weh. 


Restoran ni dekat Batu9, Hulu Langat. Kalau korang dah nampak klinik bt9, korang kedepan sikit. Lepas nampak trafic light, korang uturn lah. Nescaya korang akan balik dengan perut penuh keriangan! Selamat makan ^^






Thursday, August 20, 2015

My Baby Brother!

Assalamualaikum.



Ni raya keberapa eh? Aku rasa kejadian ni berlaku mungkin minggu lepas. Adik dah pandai selfie! Aku tak perasan pun bila adik amik gambar-gambar ni. Terkejut kejap tengok gallery penuh gambar ni. Hahhaa. Adik ooo adik. Tahun depan dah darjah satu budak bebel ni.




Muka dia semakin hari semakin bulat. Dalam kiteorang empat beradik, bahasa dia je macam pelik yet kelakar kalau seorang yang baru enam tahun bercakap. Kalau kita cakap memang bahasa pasarlah kan? Weh adik cakap bahasa baku weh!! Serious! Memang tergelak jelah kalau kiteorang dengar. Paling win, kalau dia bergaduh dengan ma and kiteorang ada, dia akan cakap ni

Hmm mama pegilah sayang cucu-cucu ma tu!!

Cucu-cucu tu kiteorang lah. Memang berguling ah dengar adik cakap sebab kelakar sangat! Dia nakal tapi biasalah budak kan. Tapi once dia bercakap, memang ayat fuhh orang dewasa pun tak cakap macam dia. 

Birthday dia awal tahun depan. Aku dah 2x sms orang jual suit power rangers tu tapi hampeh takda reply. Kau kalau tak berniaga, jangan berniaga bro. Buat sakit hati je kita as pelanggan ni.

Wednesday, August 19, 2015

Raya Keempat di Tugu Negara

Assalamualaikum.

Raya kedua dekat rumah Opah je. Raya ketiga ke Negeri Sembilan. Keluarga ma ada family day. Ya ampun jauh gilaaa and aku rasa menakutkan kalau lalu situ malam-malam, yelah lampu takda weh sepanjang jalan. Scary!!


Raya keempat dan kelima, aku masih cuti. Raya keempat kalau tak silap aku, aku pergi beraya rumah nenek-nenek saudara aku, RASANYA! hahaha sumpah aku tak ingat tapi ada satu benda yang aku ingat. 



Kalau orang lain sedang sibuk bekerja ataupun beraya (hari Isnin kan), baba bawak kiteorang beraya dekat Tugu Negara! Hahah kau ado?! Penuh dengan tourists je weh. And paling aku terkejut, ice cream walls yang jual dekat situ BAPAK MAHAL ! aku habis RM15+ untuk 2 batang ice cream and 1 cup. Fuhh, nak menangis rasa tapi demi adik-adik kepanasan, ku gagahi juaaaaa~~ Jangan lempang aku!




p/s: Ada mamat Jepun ni amik gambar family tapi aku hanya nampak tugu je T_T ↑↑↑

Tuesday, August 18, 2015

Raya dah berlalu tapi ..

Assalamualaikum.

Hahaha raya dah habis, aku baru nak up gambar first raya. Tapi ni gambar dari phone aku lah. Gambar kamera, hmm tulah, aku malas nak mintak dekat ma sebenarnya. Nanti aku rajin, aku up lah lagi sekali.

So raya pertama adalah dirumah nenek atok di Sepang. Bertemakan warna putih, memang terasa suci murni macam minyak murni lah kan. Hahhaha takda kaitan =.= 

Kiteorang antara family yang siap paling cepat selain atok dengan nenek. Haha! Siap make up tau. Kiteorang dah siap amik gambar satu family dekat luar, guna handphone memasing. 

p/s: weh aku takda idea nak ngomel apa ni. Layan gambar ah.




Wak A.S & Wak Yam 


Adik memang payah nak ajak bergambar unless dia yang ajaklah kan. Kau tengok, sesi bergambar belum habis, dia dah blah ikut Munif. Stress akak kau, dek!


Finally, ada jugak gambar kami empat beradik. Tu pun adik dah bising-bising. Panas satu. Tu phone kat tangan kan, nak main game lah apa lagi. Lepas bergambar ni, terus dia berdesup masuk rumah balik. Wehh gambar kita tak banyak okay. I cry!


Last sekali, selfie sendiri lah. Memasing dah malas nak layan aku T_T


Ajak atok welfie. Atok penuh cahaya dimuka ittewww :p Hahaha

So, selalunya kalau turn keluarga aku raya rumah nenek, means adalah gambar potrait satu family. Kenapa? Sebab selalunya Paman Ijan sekeluarga akan beraya sekali dekat rumah nenek. Memang suruh dorang bawak segala peralatan lah kan. 

Jadi sebelum gambar family, haruslah gambar yang berhormat tuan rumah dulu which is atok nenek. Hahah. Dah jangan tanya aku, mana gambar. Gambar semua dekat pendrive ma. Tapi kalau korang datang rumah aku haritu, gambar ni dah siap tergantung dekat dinding. Cantik! :p

Yang dekat aku, hanya gambar behind the scene.


Adik masa ni, tak silap aku tengah lepak dengan cousin sebaya dia. Apa lagi, main game lah. Tu yang ada kita berlima je. Cik Ninie suruh freestyle. Ni haa jadi dia. Actually banyak lagi. Takpe, kalau aku rajin, aku mintak dekat ma okay? And biar korang tatap lelama.



Well aku takda crop langsung semua gambar dalam ni sebab aku nak tunjuk bts dalam setiap gambar. ehcehh poyo sangat ni.

Lepas bergambar, buat apa eh? Oh menunggu ketibaan tetamu jelah kot. Jumaat kan. Lepas Jumaat baru siap-siap pergi beraya sampai malam and terus balik Kajang.

Adventure tak? kekekek :p

p/s: Korang boleh check photoG Cik Ninie kalau korang tengah cari mak andam atau photoG untuk majlis tunang / kahwin etc. Cuba sebut nama aku, mana tau dapat diskaun?