Friday, October 9, 2015

Movie Review: Girlfriend Kontrak

Assalamualaikum.

Last movie yang aku tengok dekat panggung was Ombak Rindu. Yes, 2011 punya cerita. Sekarang dah nak penghujung tahun 2015, baru tengok balik movie kat panggung. Jangan sesekali tanya kenapa gap dia jauh nauu sebab aku pun takda jawapan. Hahah ayat tak boleh blah kau pejah -.-

So Ahad lepas (ye dah nak seminggu aku tengok cerita ni), aku tengok Girlfriend Kontrak. Meh aku share sinopsis cerita ni dulu.
Alisa adalah seorang gadis kampung yang sedang dalam misi untuk menyelamatkan kelip-kelip yang cukup disayanginya daripada dimusnahkan oleh projek pembangunan milik seorang jutawan buaya darat, namun Aliza akhirnya diupah untuk menjadi teman wanita kontrak jutawan tersebut.


Bukti aku pi tengok. Hahaha!

So pendapat aku pasal cerita ni ..

Bagi aku cerita ni okaylah untuk ditonton. Cerita jenis yang tak perlu kita fikir banyak. Kita masuk, kita duduk, kita makan, kita gelak walaupun cerita pasal kelip-kelip je.
Haa kelip-kelip apa yang lawaknya?
Well gais, kelip-kelip tu obviously lah tak lawakkan (kelip-kelip je pun) tapi thanks to Harith (lakonan Azad Jazmin) sebab berjaya buat aku gelak berdekah dalam panggung. Walaupun watak Harith ni watak pembantu je tapi bagi aku, dia ibarat watak utama dalam movie ni. Serious!

Aku tak suka watak Farrah (lakonan Farah Fauzana) dalam cerita ni. Dia nampak macam wanita hebat tapi hati busuk. Tapi tapi aku suka penampilan dia dalam tu. Kemas cantik elegan.

Hmm nampaknya aku lebih tertarik dengan pelakon pembantu daripada watak utama. Hahha sorry gais!

So nak bagi berapa bintang yaaaaa ??~~
3.5 / 5

2 comments: