Thursday, November 19, 2015

Ahad yang sibuk. Ahad yang penuh dengan makanan!

Assalamualaikum.

Kembali lagi kita. Hahah. Grrr ni cerita hmm Ahad lepas? Yes! Lagi 3 hari, dah seminggu cerita ni. Haha. Weh well aku bz weh. Bz teruk gilaa! Ni pun update sebab takut lupa. Lagi lama aku peram, lagi lupalah aku. So sementara si Bigbang tak masuk lagi, marilah.

Ahad lepas, since semua orang ada dekat rumah. Ye, SEMUA. Semua orang cuti hari Ahad. Apa lagi, jomlah semua ikut ma cari barang. 

First stop, Pasar Pudu (kalau tak silap aku). Ma beli barang-barang basah dekat sini. Fresh kan. Orang, janganlah ditanya. Ramai gilaaa weh! Bersesaklah dalam tu. Lepastu aku nampak produk company aku dekat situ. Aku terus macam orang gila! Haahah saiko -.-'

Lepas dah beli barang, pergi sarapan pulak. Sekali lagi, jangan tanya kat mana aku sarapan. Aku tak tau. Yang aku tau, dia berdepan dengan dua CIMB. Kedai dia tepi jalan, ramai orang. So aku assume, kedai ni makanannya sedap. Okaylah. Tapi lepas tu aku sakit perut. Hahah. Sambal pedas nau kot?

Second stop, Jln Tar. Aku dah lama tak pergi sini. Lama tak lama, adalah beberapa bulan. Ma amik barang dia dekat sini, sesambil cari tudung ma nak pakai untuk Majlis Graduasi sekolahnya. 


Achik sempat tangkap gambar aku, lepastu letak dekat group whatsapp. Koajar sangat!



Third stop, Kenanga City. Ma nak amik barang yang kawan dia order. Ni kali kedua aku datang sini. Haaa rambang mata iolls dekat sini. Semua nak, semua cantik. Standard perempuan lah kan. Baba achik Zikri rilek je. Hahaha. Adik pun rambang jugak mata dia okay. Biasalah bebudak. Hiks!


Dah siap beli barang, balik lah rumah. Ma masak. Pastu ada mak buyong teringin makan maggi ketam. Tu cerita malam nanti.

So since semua ada dekat rumah, aku dengan Achik memang planned nak ajak ma baba and semua orang dekat rumah (padahal weoll 6 orang je) makan steamboat & grill. 

crdt pic: Google

Aku baca review sebelum datang sini. Aku tengok FB dia jugak. Okay, ada sushi since adik sukaaaa gila sushi. Pilihan pun banyak. Tapi masa aku datang, sushi ada satu jenis je. Aku tak sure sama ada memang dorang letak satu jenis atau yang lain dah habis. Daging semua dorang refill bila kita suruh refill. Nasib baik.

Tadi awal-awal aku ada mention yang ada mak buyong teringin makan maggi ketam kan? Okay, lepas makan steamboat, aku sekeluarga terus ke tempat yang menjual maggi ketam ni. 



Ku sangkakan ketam yang dihidangkan hanyalah anak ketam sekali bila dia letak atas meja, mak datuk, bapak besar weh ketam. Not to worries, aku tak makan pun maggi malam tu. In fact, the whole family aku tak makan. Dah kenyang makan steamboat kan.

And kiteorang balik dari situ around 10 mlm macam tu. Fuhh dasyat ni.

p/s: Untuk full version kedai-kedai makanan ini, NEXT POST ya!

No comments:

Post a Comment