Thursday, January 21, 2016

Adik 7th Birthday

Assalamualaikum.

Cerita yang hampir dah nak sebulan tapi baru nak up harini sebab apa? Sebab aku busy weh! Serious aku busy. Busy dengan masalah dunia yang semakin hari semakin menakutkan ni. Busy dengan hal sendiri. Hahah busy mengalahkan menteri katakau! Kah! Tapi harini aku macam free sikit. So sebelum aku masuk pantry untuk makan nasi lemak yang aku beli kat depan padang tadi, meh aku update cerita yang hampir sebulan ni.

Sebulan sebelum birthday, adik dah hint nak roller blade. Dia nak yang jenis oldskool 


ni. Kau rasa aku nak beli? YA! Aku nak beli memula. Tapi bila aku survey, aku macam takut tengok design dia. First Adik tak reti langsung main roller blade ni. Second, peratus untuk mengalami kecederaan dibahagian buku lali/kaki sangat tinggi untuk beginner macam adik.

So aku decided untuk survey lagi. Nahhh, jumpa yang ada promotion. RM100 je. Murah! Aku tunggu seminggu jugak ni. Sebab owner pergi bercuti. Eh dah seminggu, aku whatsapp lagi, dia boleh kata dah habis stock. Weh dah seminggu tau tunggu.

Sepanjang seminggu tu, aku kena tazkirah dengan adik ..

Kakak! mana hadiah adik? Kata Selasa? Kakak bagi hadiah apa?

Aku tahan sambil membebel

Adik punya barang jauh. Dari Jepun. Dia pos lambat! Buku je punnn

Hahah padahal barang takda. Terpaksa menipu lah. Hahaha sorry bro!

So hari Rabu, Achik cuti. Aku ada ushar website roller blade yang oldskool tu, aku tengok ada roller blade yang murah dari semua igshop yang aku tengok. So aku ada whatsapp orang tu, sebab malas nak suruh Achik pergi Alamanda. Jauh. Owner tu kata ada kedai lain dekat PKNS. Okay, aku hantar Achik pergi sana. Setel masalah. Aku terus rasa bersyukur sebab takyah dengar tazkirah adik lagi. Muahahaha!!

Balik kerja, aku balut dulu sebab ma suruh balut.



Seorang kakak yang gigih. Balut lah walaupun tak kemas sebab tape tu taknak lekat langsung. Aku dah lah lapar, yelah baru balik kerja en. Ada aku makan roller blade ni karang. 

Lepas makan, aku suruh adik siapkan kerja sekolah dulu. Dah siap? Dah ready? Haa pergi amik barang dalam bilik kakak sana! Kata aku kepada adik!



sukalah budak bebel ni.

Sambil bukak, dia cakap 
Adik dah agak dah roller blade. Tapi kenapa tak buku?
Awak nak ke tak? Kalau taknak, akak main.

Bagi aku ni paling muraaaaaaaaah dari semua yang aku survey lah. Tesco Kajang pun dah RM200 tau. Itu pun roller blade sajo. Mahal gilaa. Aku beli dua barang ni (roller balde + guard) baru RM150. Guard tu aku rasa semua sama harga lah kot sebab kat Tesco pun RM20 jugak. So aku dah jimat RM70. Selamaaaaaaat!

Bergembiralah adik. Terus main dalam rumah. Malam-malam okay. Nasib jiran tak ketuk pintu bising-bising. Hahaha. Dah puas main, masuk bilik tidurlah ... Sekolah en.

Birthday 8 Januari. Dapat hadiah 13 Januari. 5 hari jugaklah adik tazkirah. Hahaha!

Happy 7th Birthday Faiz Aziz! Kakak loves you ♥♥

Thanks Nolskate

p/s: aku dah cari sebelum birthday adik lagi. so total sampai hadiah sampai depan mata adik adalah dalam seminggu lebih lah.

2 comments:

  1. oooo....fahaaammm! hahahahaha...susah jugak la cari roller blade skrg neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah kak. Nak cari harga yang berpatutan (murah) itu yang susah sebenarnya. Stress!

      Delete