Tuesday, August 30, 2016

Hujan renyai tapi lebat

Goooooooooooooooood Morning gais. Selamat pagi.

Assalamualaikum. Hi!

Aku tengah buat barcodes ni. Semalam lepas makan, lepas kena urut kepala dengan Achik, aku tumbang! Yehooooo. Mengantuk macam satu malam tak tidur padahal aku tidur adalah dua jam je sebab siapkan artworks Ahad tu. Siap tertido masa Achik urut kepala, berat sangat kepala aku malam tadi. Dia tak sakit sangat tapi aku rasa semua benda bergerak. Laptop semua aku dah on, end up tutup je macam tu dan simpan dalam bag balik sebab yaaaa, aku nak tidur weh. Tidur. Mengantuk tahap kritikal dah lepas makan, lepas urut.

Thanks Chik !
Tapi kalau kau bawak balik roti, lagi aku tahan mata ni. Hahaha


Barcodes baru siap dua codes. Sekarang tengah buat barcode ketiga. Semoga aku tak muntah tengok barcodes ni. Dah lah baru berhenti hujan. Aku pun masuk office lewat setengah jam harini. Tak sanggup aku nak redah hujan lebat pagi-pagi. Tapi masalahnya, tak redah hujan lebat pun, baju aku lembab ni -_______- Renyai tapi lebat. Qila kata time berdoa paling mujarab. Haa tak sempat nak berdoa tadi T_T

Oh ya, my another fav blogger replied me dekat Twitter. Excited lah jugak. Sama macam masa HZ replied my tweets. Kekek.

Esok cuti. Merdeka! Yehoooo lagi sekali. Tapi yang tak yehooo adalah tetap kena bawak balik kerja. Tapi lagi sekali, masalahnya aku buat ke kerja-kerja ni semasa dirumah? Haaa itu yang menjadi persoalannya. Kadang-kadang aku bawak je lebih, buatnya tak pun. Sentuh apa tah lagi. Dan kalau buat pun, aku buat malam. After dinner. Jarang aku buat kerja siang-siang sebab siang aku macam busy. Hahaha poyooooo sangat. Eh biasalah pejah dan poyo memang tak dapat nak dipisahnya ibarat kacang dan kulit. Gahhhh merepek apa kau siaa -.-

Baba buat cekodok pisang pagi ni. Mungkin sebab hujan. MUNGKIN.

Dah nak sambung barcodes. Semoga aku tabah. HAHAHAH!


Monday, August 29, 2016

25 KRU

Oh La La, Mahaguru, The Way We Jam adalah antara lagu fav aku. Eh aku ni membesar dengan lagu-lagu KRU okay. Cuma lagu-lagu KRU sekarang tak semua boleh masuk sebab tak fast beat macam dulu. Hmm kembalikan lah lagu-lagu macam Awas, Boom, dan semua yang fast beat. 

Haaa aku sangat memerlukannya sekarang demi halwa telinga aku!! Hahhaa. 

Aku kemas bilik haritu, tiba-tiba aku terjumpa gambar paling rare dalam album.

 

Ha rare tak gambar atas? Haha gambar masa KRU muda mudi, zaman kurus melidi. Zaman abg Norman masih rambut hm elok? Hahah. Zaman lagu apa, aku tak sure sebab masa ni aku baru umur 6 tahun (kalau tak silap aku). KRU, Aunty Zarina & Feminin datang rumah for my birthday celebration. Whoaa! Kalau diingat-ingatkan, ni kali pertama aku jumpa KRU. 

Second time masa dorang tengah hit lagu Jangan Lafazkan.


Masa tu poster gambar baby bertiga. *godek google* Ha poster ni aku cakap. Dorang siap tampal dekat kereta kembara. Waktu aku pergi rumah family dorang dekat Keramat, kereta tu ada and aku tanya

ni memang KRU ke?

Tak. Ni model je.
Kata abg Edry

Okay, untung bebudak ni. Hhahaa

Tahun ni KRU dah 25 tahun. Wahh sama umur dengan aku. Sebab tu aku cakap aku membesar dengan lagu-lagu dorang. Yang pasti aku yakin dorang pun tak ingat aku lagi. Yelah last aku jumpa masa 2004 kot. Sekarang dah 2016. Dah hmm 12 tahun. Aku jumpa dulu pun sebab dorang kenal arwah Ibu. 

p/s: lagu-lagu fav tetap ada dalam playlist aku.

Weh aku lapar teruk !

1:55 AM

Aku masih depan laptop siapkan artwork. Semalam dapat siapkan satu dan akhirnya aku tertidur depan laptop. Terjaga, cuba untuk siapkan dan akhirnya selesai dan sambung tidur. Grr dah lama tak buat perangai tidur depan laptop. Zaman tidur depan laptop sebenarnya sudah lama berakhir sejak meninggalkan kolej itu.

Dan harini, malam tadi to be exact, check barcodes dengan pricelist dan sambung buat artwork sampai sekarang. Ya, hampir jam 2 pagi dan aku masih didepan laptop. Sejenis yang gigih. Haaa sebenarnya tak. Kejar dateline weh T________T

Perut lapar.

Sebab aku rasa aku busy, aku tak makan pun dinner tadi. Kesian perut aku. Aku torture dia dihari minggu ini. Kasihan kau. Tapi achik ada bagi aku roti. Aku berfikir-fikir dari tadi nak makan ke atau tunggu je esok, sarapan terus? Hmm.. Tapi perut dah make it sound. Kuat, jelas dan wow kuat! Hahahaha.

Actually aku tiba-tiba rasa sedih :(

Aku rindu semua orang. 

Tapi aku rasa macam takda siapa rindu aku. HAAAAA KAU SAPE NAK ORANG RINDU KAU PEJAHHHH? -___________________________________________-

Saturday, August 27, 2016

Breakfast akhirnya!

Assalamualaikum. Hi!

Dipagi Sabtu yang indah ni, aku .... kena kerja T____T Tapi takdalah sedih sangat sebab aku memang kena siapkan artwork yang semakin hari semakin banyak ni ha. Aku tak faham kenapa bila aku start buat barcodes je, mesti artwork banyak -.- Cuba bila aku free, jangan katakan artwork, bayang-bayang barcodes pun tak nampak atas meja mahupun atas angin..

Aku dah dekat office ni, baru lepas sarapan makanan kegemaran. Lapar sangat. Padahal malam tadi makan banyak dah. Mungkin lepas makan, pastu balik rumah, aku lepak dalam bilik, concert kejap, pastu terus TERtido. Haaa sebab tu lah aku lapar kot? Pagi-pagi baru ingat muka tak cuci malam tadi -_________-"

Yeah that's me. 


Ada ketiaw + rendang daging + cili jeruk dilupa jangan sesekali ye. Sedap! Marvelos.

Okay mamat annoying tengah cerita pasal nasi campur dekat depan. Booooo~ Aku dah kenyang weh. Hhahahahaha.

Harini aim aku adalah siapkan artworks seberapa mungkin sambil check pricelist untuk barcodes sambil dengar lagu kesukaan sambil bertwitter sambil ym dengan Wawa (mungkin?) tapi E's mommy ni tak online lagi ke apa tak tau sebab tak reply pun. So ayuh!

Nanti kalau aku perlukan ruang ketenangan, aku update lagi. Sebab sekarang perut aku dah kenyang, aku kena cepat sebelum aku kembali lapar. HHAHAHA takda kena mengena sangat! 

Friday, August 26, 2016

24th Hafiz Azmi

*** birthday shoutout ***
 
Happy 24th Birthday, Muhammad Hafiz Azmi

 

Kakak kau yang gojes ni mendoakan semoga kau panjang umur, dimurahkan rezeki yang lebih agar boleh belanja aku dengan hati yang gembira☺ Semoga kau diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak dan adik yang soleh, mendengar kata. Haa kau punya baran tu sila simpan. Aku tak suka. Oh tolong shave dagu tu selalu. Serabut aku tengok muka kau berjambang bagai ni. Rimas!

Hadiah kau masih menjadi teka teki sebab aku tak tau nak bagi apa. Apa kata kau tunggu je lagi tahun depan? Takpun tunggu lagi tahun tahun tahun depan? Hahaha macam tak biasa pulak kan? Heheh.

Anw thanks for the pudding 

Happy birthday partner in crime! 
Kakak loves you ♥♥

In love with Toyohashi Pudding ♥

Hey it's FRIDAY people!!

Aku suka Jumaat. Kenapa? Takda jawapan, ๊ทธ๋ƒฅ .... sukalah Jumaat. Esokkan cuti. Eh aku macam kena kerja je? Tapi dekat group macam plan nak pergi somewhere. Oh no! Aku nak ikut !! Sebab aku tau tempat tu paling membahagiakan aku, lagi-lagi kalau adik-adik aku ada sekali yakni Achik, Zikri dan adik. Tapi tak semua ride adik boleh naik, so Zikri adalah harapan tapi dia tak balik minggu ni. Oh no lagi sekali !!

First of all, harini aku nak kerja lebih struggle sikit supaya aku dapat siap generate barcode yang berbaki lagi 168 ni. Nak siapkan pun boleh menangis. Bosan gila pandang dah.

Okay, pagi tadi aku breakfast nasi dan kari ayam kegemaran ramai. Family aku biasa dah pagi-pagi breakfast berat. Tapi pagi ni extra kegembiraan bila Achik cakap dia bawak balik pudding dengan roti dari tempat dia. Tapi bunyi pudding tu lagi menggegar jiwa kan?

kan?

kan? 

Hahahah!!

 


 

** Updated **

Baru je rasa strawberry flavor and guess what? Rasa dia macam kita makan yogurt strawberry! Rasa strawberry tu bukan je macam makan yogurt biasa tau tapi ada rasa buah strawberry tu sendiri. Eh of course lah rasa strawberry, takkan rasa orange pulak kan -.-' Adoii susahlah nak terangkan.  Anw rasa dia memang sedap. Rasanya sesiapa yang memang hantu yogurt khususnya strawberry, boleh try rasa strawberry pudding ni. Tapi jujurlah kan, lama-lama makan ada rasa muak lah walaupun sedap.

 

The best flavor!! Korang kalau jumpa KOMUGI , pleaselah beli chocolate pudding ni. Rasa dia langsung TAK MENGHAMPAKAN! Serious sedap nak mati. Aku dah plan nak order kat Achik lagi flavor ni sebab sedap sangat sangat sampai aku record masa makan tadi. Sedap sampai suap Achik sekali sebab harini birthday dia. Sedap tak terhingga sampai rasa nak menangis sebab ada satu je chocolate dalam peti ais. Sedap sangat sampai tak tau bila boleh rasa benda free lagi *okay ni jujur*


 

Ni antara flavors yang Achik bawak balik. Original flavor Achik tak bawak pulak balik. Dah habis kot. Oh aku nanti nak rasa yang strawberry pulak. Harap-haraplah rasa dia tak menghampakan dan expectation aku untuk strawberry sangat tinggi dan ditahap level yang sama seperti chocolate. Aku bukan pencinta green tea so I won't taste it. Hahah kesian kau, dianaktirikan oleh aku, penggemar makanan manis. Heheh ♥♥

Wednesday, August 24, 2016

Doakan untuk Erwan.

Normally aku bangun je pagi, aku mesti check phone. Phone tu jauh ke, dekat ke kedudukan dia, aku tetap gagah mencari phone. Nak buat macamana kan, dah terbiasa sejak aku dengan phone dipertemukan. Kalau dia dah start krik krik, aku yang cemas. Kalau dia dah start meragam, aku jugak yang cemas. Bukan cemas apa, cemas mana nak cekau duit nak repair atau beli yang baru. Hahaha. Tapi aku dah serik nak repair-repair ni, sebab kos dia mahal. Cuma tambah sikit je, dah boleh angkat baru. Haaa tu sampai Balik Papan phone aku -___________-'

Sebenarnya cerita yang bakal aku cerita ni takda kena mengena dengan repair mahupun beli phone baru. Eh dapat phone baru apa tah lagi. Takda. Takda dalam perenggan ni, apatah lagi perenggan lain. Memang takda. Tak payah check satu-satu. Memang takdalah!!!!

Hahahah.

Back to story. Pagi tadi aku check ada whatsapp Farah. Dia tunjuk gambar, aku download. Tau gambar sape? Gambar Erwan! Gambar Erwan tengah bertarung nyawa dalam bilik ICU. Ya Allah! Kesiannya.

Macam tak sangka. Erwan ni gila-gila. Tiba-tiba dia terlantar atas katil, dengan penuh wayar mesin keliling dia. Sebak weh T_T


Dulu dia suka bergurau. Dia suka cakap dia Fizo Omar. Sampai naik menyampah aku dengar. Aku kenal ibu dia. Rumah dia pun aku tau. Sebab rumah sewa dia depan rumah dia je. Aku ni kenal sangat Erwan tu taklah, sebab dia kan mat poyo. Terkinja-kinja. Tapi dia baik. 

Ingat lagi lepak dengan dia, makan cendol dekat Banting. Asyik cakap 

korang keluar dengan Fizo Omar ni !!

Hahahaha over betul.

Ada yang panggil dia BOB. Tapi aku tak sure tang mana yang gemuk. Yelah, selalukan orang nama BOB ni badan dia besar, ni badan dia keding sekeping kot. Apa yang BOB tah. Badan Fizo Omar, apatah lagi? Memang OUT! kekeke.

Terkejut. Tapi tulah, ajal maut semua ditangan Tuhan. Siapalah kita untuk menentukan. Aku cuma boleh doakan semoga kau, Erwan, cepat sembuh. Semoga kiteorang dapat dengar gelak tawa poyo kau macam dulu.

Korang yang singgah blog aku, yang baca entri ni pun, minta doakan untuk kawan aku, Erwan okay? Hanya Allah je yang mampu balas jasa korang. Amin.

Tiga hari yang sibuk akhirnya selesai.

Baiklah.

Sebelum aku mulakan kerja after lunch ni, baik aku update apa-apa yang patut sebelum aku kembali sibuk. Maaflah minggu ni minggu barcodes, so aku macam busy sikit. Semalam macam tenang sebab malas nak bawak balik rumah, sebab aku nak qada' tidur Ahad/Isnin punya. Seriouslah masa kenduri mata aku kuyu habis! Macam ada gantung benda berat kat mata. Hahaha.

Dari hari Jumaat, aku dah cuti. Jumaat setelkan hal dekat JPN / KWSP semua. Haa nak pergi bank jugak, sampai-sampai bank tutup! Memang takda rezeki lah cite dia nak berweekend dengan transformer. Tapi takpe, hari lain masih ada. Leklek sudahlah.

Sabtu dari pagi jadual packed gila. 6:30am dah keluar rumah, ikut ma baba pergi pasar borong, beli barang dapur, barang kenduri semua. Setel dekat pasar, pergi Ikea, beli adik punya art apron. Okaylah, takdalah barang adik je kan kalau dah sampai Ikea ni. Haruslah barang ma dengan aku punya terselit sikit. Baru rasa berbaloi pergi Ikea. And first time aku jejak Ikea Cheras. Aku rasalah Ikea Cheras lagi besar, lagi luas dari Damansara punya. Aku rasa lah. 

Mungkin sebab aku pergi awal pagi kot? Lengang semacam je ...

On the way balik Langat, lalu lah jalan Bukit Ampang, shortcut kan. Tengah beratur sebab trafic light, tetiba .... 

cermin kereta pap!! retak seribu weh. Hmm tapi aku tak rasa seribu, mungkin berjuta retak barangkali? Mula-mula tengah-tengah je, lepastu dia crack sendiri sampailah seluruh cermin tingkap tu retak. Nasib tak berderai je. Adik dari baring terus duduk atas pangku aku sebab takut. Batu lah tu. Tapi tu lah, terkejut semua dalam kereta.

Baba turunkan kiteorang dekat Langat, naik dengan Busu. Lepas tu siapkan pape yang patut semua. Potong-potong segala bahan-bahan untuk kenduri esoknya. Petang aku balik Kajang dah.

Ahad, awal pagi jugak keluar dari rumah, terus ke rumah Opah. Sampai rumah opah, tolong pape yang patut tapi yang ajaibnya aku tak berpeluh. Wahh bagusnya kalau macam tu. Lepas tu semua setel awal. Semua siap-siap tunggu jemputan datang.

Okay, hari Ahad ni hari yang panas bagi aku. Cuaca masyaallah panasnya. Panas sangat!

Tiba-tiba dapat whatsapp semua on the way .. Siapa?



Terima kasih Kak Sally , Kak Syifa' , Ibu Kak Sally datang. Akhirnya sampai jugak untuk jemputan kali ni. Semoga tak serik untuk terima jemputan dari pejah ye.


And last but not least, Farah Hanim and hubby and baby !! Thanks weh datang walaupun SESAT sampai nak keluar dari Langat!! Hahaha jangan salahkan aku, salahkan location dekat whatsapp sebab benda tu yang salah (obviously) Jumpa lepas kau bersalin? Heheh  :>)

Tuesday, August 23, 2016

Tiada ADAB !

Ha! 

Aku dah taip panjang berjela tapi aku padam, padam dan keep on padam. Sebab aku rasa sakit hati dengan seorang manusia yang sentiasa memalukan anak buah dia di khalayak ramai. Eh bodohlah!

Aku tak nangis. Aku tak menyampah tapi aku MELUAT. Aku harap menyampah dengan meluat maksud tak sama. Sebab aku tak menyampah pun, sebab aku meluat je. Aku meluat tengok manusia ni. Aku meluat tengok dia. Aku meluat tengok dia. Ya, tak salah baca. Memang tiga kali aku taip MELUAT dekat situ sebab aku memang totally meluat dengan dia. Okay lepas taip ni, baru aku ada rasa menyampah ya amat. Seriously aku MENYAMPAH, MELUAT dengan dia.

Kau dah pahal pagi-pagi nak test mood aku?!

Pagi-pagi dah buat aku menyumpah kau, maki kau semua!!

Seriouslah!!

Eh makin banyak pulak benda aku nak maki, menyumpah dia pagi-pagi ni. Macam dah berbakul-bakul perkataan maki kat kepala aku yang berebut nak aku sebut. pfft!!

Memang manusia satu ni, dia memang jenis tak reti cakap elok-elok, sopan agaknya? Memang dasar manusia yang sukakan perhatian betullah! Semua nak terjerit. Semua nak terpekik terlolong macam orang gila, macam orang hilang akal! 

Belajar tinggi-tinggi tapi sikap, adab HANCUR !!

Thursday, August 18, 2016

Rindu.

Orang tua cakap kalau kita tak suka, janganlah sesekali sebut atau taip atau meluahkan dengan apa cara sekali pun. Haaa baru tadi aku bagitau yang setiap Khamis aku sibuk dan aku bagitau yang tengahari tadi yang aku sedikit sibuk. Haaa aku betul-betul sibuk sebenarnya ni. Serious aku tak main-main. Aku nak kena siapkan semuanya dalam masa hmm sejam lagi. Fuhh struggle lebih sikitlah sebelum balik ni.
 
Struggle lah sangat -______________________-
 
Haa esok, kalau nampak aku dekat mana-mana tegurlah. Wahh kau pejah, gelabah betul kau ni ...
 
Sebab aku struggle sangat sampai terlepas pandang satu kerja ni. Aku tak check pun dia ada dua muka surat. So mamat lesung dah suruh aku betulkan balik. Tapi tak susah pun. Jadi ....

Aku nak siapkan pape yang patut secara pukal ni. Jangan kacau aku.

Haa Ahad ni genap arwah pakteh 100 hari. Rindu pakteh. Kalau tak, hari-hari dengar dia menjerit, batuk annoying dia tu. Hmm rindu Y_Y

Dah lah, aku kena cekalkan hati. Jangan nangis. Jangan sedih. Kang kalau sedih, aku menangis. Bila menangis, aku lapar. Bila aku lapar, aku makan. Bila aku makan, aku mengantuk. Bila aku mengantuk, eh tidur lah lepas tu. Nak buat apa lagi? Takkan marathon satu Kajang pulak. Blerghhh..

Sedang makan epal hijau.



Eh diet ke? *usap dagu*

Kalau lencunlah pagi tadi ...

Ingat pagi ni nak gerak pukul 8 lah macam biasa. Pastu selak langsir, wow langit dah mendung berarak dah ni. Terus cepat-cepat siap. Pastu baba pun suruh cepat, kang hujan rintik-rintik air bergelora, siapa susah kalau bukan aku? Aku dah lah perempuan yang malas nak sarung baju hujan. Baju tu dah lah berat, tebal gilaaaa. Jadi makin malaslah aku nak sarung. Kalau hujan masa balik kerja, memang aku tak pakai lah baju hujan. Redha basah-basah balik. Aku kan gigih -_______-

Sebab aku tak pakai baju hujan, jadi aku speed lebih sikit pagi ni. Tapi takdalah lebih 100km lagi. Mau terbang semuanya. HAHAHA! Aku sempatlah memotong dua atau lebih kereta staff office aku. HAHHAHA! Rasa macam tengah racing, padahal speed sebab taknak basah lagi. Seluar aku lagi sikit nak lencun. Aku dah fikir tadi ni kalau lencun memang singgah rumah opah lah, halfday terus. Yelah aku tak gila lagi pergi kerja baju seluar basah. Aku dah pernah buat sekali. So sekali tu je aku gila. Sekarang aku dah waras alhamdulillah dah ^^

Kejaplah, aku nak buat kerja sikit. Kang aku sambung membebel.

----

Masih buat kerja ....

----

Masih buat kerja ....

----

Akhirnyaaaaaaa! Siap segala benda yang nak buat kat sistem. Tapi ada lagi yang terkandas ditengah jalan sebab Shir baru nak sort out dekat bahagian dia, jadi petang-petanglah baru buat yang tu. And after lunch baru fikir artworks yang tak siap lagi tu. Dari semalam baru letak nama je. Haaa semua sebab size board tu panjang gilaaaaaa aku cakap kau. Huh. So memang amik masa nak siapkan. Eh nampak macam alasan tak? Hahaha biasalah pejah kan?! =.=

Ada lagi enam minit sebelum aku melangkah ke pantry makan nasi bungkus. Kenapa tak balik rumah opah macam biasa? Sebab setiap Khamis, meja aku mesti menerima kerja yang super banyak dari hari-hari biasa. Memanglah aku jarang buat masa lunch hour tapi aku letih tengok. Oh letih lagi aku nak melangkah keluar office. HAHA satu lagi alasan yang tak boleh pakai dari pejah. Tapi seriously, Khamis je meja aku akan bertimbun dengan semua benda. Kalau kerja tak banyak, aku pasti pasti PASTI balik rumah opah untuk menikmati makanan tengahari yang super enak itu. Waaa poyo sangat -.-

Sebab Wawa bagitau yang dia lunch nasi kerabu harini, makanya esok aku buat misi mencari nasi kerabu as breakfast. So to Kak Timah we goooooooooo ~~ esoklah esok. Bukan sekarang lah. Sekarang mungkin Kak Timah sedang menyapu halaman rumah sambil tunggu Wanita Hari Ini. Mungkinlah mungkin aku cakap. Ishh.

Eh aku perasan entri makanan je mesti hit kat blog ni. Fuhh aku ada geng makan rupanya. Yey!! Haaa~ korang tau mana nak dapat croissant telur asin tak sekitar Kajang Cheras ni? Aku macam teringin, sebab Kings dah takda jual. Tak banyak permintaan kot. Haa sedihnya hati aku ni. Remuk habis bila dengar perkhabaran ituu. Kejam kejam sangat kejam korang terhadap tekak aku yang sentiasa inginkan makanan sedap-sedap ni!! 



Dah aku nak lunch. 

Wednesday, August 17, 2016

Murung pahal?!

Aku tengah buat artwork sambil baca blog Nurulism sambil makan kerepek tiram ni ha. Sedap. Nipis, rangup, haishh sedap. Makanan apa yang tak sedap ditekak pejah? Eh ada ok. Ada. Kau jangan ingat aku jenis mente ni tak tau menilai makanan. Kalau engkau berfikiran macam tu, haaaaaaaaaaaaaa kau silap 100%!! Percayalah. Hahah

Grrr, aku kehabisan point nak bermadah helah kat sini. Serious. Takda benda dah. Mata ni asyik pandang desktop kanan bawah. Bila nak 6:30pm ni? Bosan tau bosan! Aku dengan Wawa dari pagi 

bosan .. bosan.. bosan ... murung.. murung.. hahaha saiko apa masing-masing -.-

Secara jujurnya, aku dah rasa bosan dari tadi. Dah beberapa hari aku tak turun petang. Bukan sebab takda benda nak buat tapi lebih kepada malas. Hahah malas dengan pejah berpisah tiada. Shir cakap banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak documents kat bawah. Esok jelah kutip satu-satu. Sekarang malas. Sekarang nak tidur. Sekarang macam nak makan yong taufu. Eh? tetiba sangat.

Oh Yong ada cakap usually buah-buahan dekat Korea mahal. Eh yeke? Aku tak tau sebab tak pernah jejak sana lagi. one day. one day. 

Aku rasa macam nak tukar semua benda dekat template tapi tulah malas. Aku dah tukar sikit-sikit je ni. Hmm haaa malas-malas. Okay barang adik-beradik aku dah dapat. Tak sabar nak membuat edaran seperti Bolt kepada mereka bertiga. Eh termasuk akulah. Kata adik-beradik. Aku kan kakak mereka. Hehehe

Dah lah. Cerita pun dah campur carca merba ni. Mengundang marabahaya betullah!

WTFish!! Tapi bukan salah ikan pun -.-

Menunggu lunch hour dengan penuh kesabaran didada walaupun perut takdalah lapar mana pun. Poyo gilaaa cakap tak lapar. Kang nampak lauk, nampak nasi, terus terbuntang biji mata. Hahaha! Terus senduk nasi, makan dengan rakus pastu membebel perut senak sebab makan macam tak pernah jumpa nasi sebulan. Padahal dua minggu je experience.

Kalau aku menunggu lunch hour atau waktu balik atau waktu-waktu yang boleh aku keluar dari office, itu bermaksud mood aku memang kelaut nak buat apa-apa. 

Mood lapar lagi! Hahah baru tadi bagitau tak lapar. Haaa booo lah pejah.. booo!!! Alaa biarlah, makan tetap makan. Kalau tak makan, nanti aku kempunan, aku kempunan lagilah membuak-buak perasaan nak makan tu. Pastu turun 5kg je punnnnnnnnnn~~

Tapi yang pasti mood aku sekarang memang kelaut disebabkan ada orang tu telah memperlekehkan aku dengan cara mungkin tak sengaja atau bergurau. Eh tapi dia tak gelak atau senyum. So tak bergurau lah. Dia serius. Ya, serius. Aku tak kisah, yang penting aku macam nak bagi satu sepakan padu kat dia tapi dia tua dari aku. Eh tua setahun je tapi bolehkan? Hmm aku angin ni angin!!
 
Aku tak pasti sama ada aku yang cepat sensitif ke atau orang-orang ni memang sengaja nak cari pasal dengan mood aku? Weh tak boleh ke cakap elok-elok atau erti kata lain, bertanya dengan penuh sopan? Takkan tu pun aku nak ajar? Adoii. Sakit hati betul. Kau tak tau, tak pernah aku sindir kau eh you tak tau ke ni semua ni? Takda okay. Sampai dekat aku, wow mulut macam nak kena cili sindir tu. Sakit pulak hati ni. Memang mencari nahas betul mamat lesung ni tau.

Dua hari lepas #mamatannoying1 pulak buat hal. Aku dah email semua artwork yang dia mintak on Friday. Boleh pulak Isnin dia call, tanya mana kerja dia. Hoii sakit hati aku. Pastu dari meja D, dia dah terjerit-jerit tanya artwork. WTFish!! Nampak sangat dia tak check emails. Cuba kalau aku yang tak check emails dia bagi, fuhhh mulut dia macam maknenek. Membebel non stop. Yelah bukan salah dia kan. Haaa salah dia, wahh pandai ni terus blah, terus oh bukan I punya, Dan punya. WTFish sekali lagi. Stress betul hati aku.

Bertambah-tambah tahap mengantuk aku sekarang. Nak balik!!!

Pengat pisang nangka tepung gentel idaman kalbu

Hahahahha aku masih tak percaya semalam aku blog non stop sampai tiga entry!! Seriously aku buat? Tapi semalam takdalah free sangat, sebab ada artwork carta ni ha. Siap bersambung lagi pagi ni tapi entah. Aku nak bebual, tapi takda sape nak join bebual. Nasib baik sangat-sangat yang aku ada blog. Haaa habis semua aku cerita. Nak tweet pun malas. Yang memerlukan cerita pendek dan ringkas, bolehlah. Tapi tetap tak puas sebab pejah kan gila kuasa. Nak taip panjang-panjang, walhal siapa je baca? Booooo!!

 

Ni sarapan aku pagi tadi. Eh dengan nasi lemak sebungkus. Beli untuk Adeeb, belikanlah untuk diri sendiri jugak sebab aku tau dengan bubur yang maha sedap ni tidak dapat cover tahap kelaparan aku yang super kuat melantak ni. Hehehhe. Ma buat. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila. Sebab ma buat, pastu ada tepung gentel. Sedap oi. 

Alkisahnya, pagi tadi konon nak tolong. Aku dah set alarm 5:30am, pastu aku terjaga dan aku matikan jam dan OMG AKU TERTIDO sampailah aku sedar dah pukul 6am, terus keluar, tengok bubur dah siap -_-' Sorry ma. Memang dah niat nak tolong, tapi tertolong dalam mimpi rupanya. Ampun ampun.

Aku rasa sebab aku tido lewat kot semalam. Aku tak tau kenapa lately aku tido kemain lambat, padahal dah menguap macam buaya kelaparan, tapi mata mengada taknak tido. Haaa paksa jugak mata ni, baru tido. Sumpahlah aku macam bebudak yang kena paksa tido -.-''

Haa aku lupa something!! Assalamualaikumm gais~~ :')

Dahdah aku nak sambung buat artwork. Board kali ni panjang. Bila panjang amik masa, bila amik masa, aku cepat malas. Hahahah apa kejadah malas-malas tah? Sebab bila board panjang, nama pun banyaklah nak key in dalam board, pastu nanti ada je salah, ada je nak tambah itu ini. Haaa terus aku angin, terus aku meninggikan suara kepada orang-orang yang tak bersalah. Kesian mereka.

Kbai.

Tuesday, August 16, 2016

Bau cempedak kuat gilaaa!

Eh weh, I'm back! 

Aku tak tau apa aku mengantuk sangat tah padahal semalam tidur macam awal. Yelah, siap boleh tertido masa tengok WGM. Pastu harini mengantuk macam tidur dua tiga jam je. Poyo sangat siap package tersenguk-senguk depan pc. Serious lah pejah, kau tertido depan pc?! WHAT!!!

Lepas tu naik atas, konon nak short nap lah 15min. Sekali ahh amik kau, setengah jam terus aku sapu. Kahkahkah!! Menggelabah penat macam membajak padahal duduk depan pc sambil betulkan artwork patplohjutakali.

Haaaaa salah aku ke aku mengantuk? Hahaha

Mesti sebab aku terlampau kekenyangan ni. Tadi makan kari nenas dengan chicken popcorn je pun, tapi perut aku rasa senak masyaallah. Rasa macam nak meletop weh! Nasib aku bijak, aku longgarkan sikit tali pinggang, terus rasa lega sikit. Hahaha nampak nauu perut buncit T_________T

Eh entri ketiga untuk harini. Wow wow wow!!

Alaaaa kebiasaannya, semangat pejah ni tak lama. Well, korang tau lah kan. Kalau diet pun boleh bertahan dua minggu, apatah lagi update entri yang aku tak sure ada yang baca ke tak. Wakakkaka. So relax chill makan cempedak goreng lah..

Eh Charmaine, beli cempedak goreng dengan karipap. Tapi aku kan pemalu, so idok lerr aku nak makan kat pantri seorang diri. Paling tidak pun kena ajak Dayah tapi aku malaslah. Nanti petang-petang sikitlah. KALAU ADA LAGI KARIPAP DENGAN CEMPEDAK TU.

Eh lagi, aku tengah stress dengan artwork. Aku dah hampir siap, lepas tu boleh hang, bila dah hang dia crack. Bila dah crack, dia delete aku punya kerja. Ciskek betul! Aku tak tau lah nak menangis ke gembira ke apa sebab aku nak kena buat balik. Aku ada save tapi yang aku save tu cuma rangka je. Yang actual tadi aku bijak tak save lepas siap T_____T 

Betullah, kalau tak buat double tripple kerja, bukan Faizah Azmi namanya. Harap-harap aku berubah. Ehcehh poyo menggelabah sejak-sejak dah tengah 20an ni. Hahaha pleaselah jangan korang kutuk aku. Kahkahkah! ๐Ÿ˜ƒ

Kelaut semuanya!

Weh aku kat sini. OMG!! Aku tak percaya langsung aku boleh menaip dekat sini instead of menaip kat Ai sana. Hahaha. Mood nak buat artowork takda lagi ni. Aku mengantuk tapi dah telan Halls tadi. Ahh lapar. Dah makan roti, dah makan nasi lemak.

Diet pun dah kelaut T__________________________T

Biasalah, kalau tak kelaut, bukan aku lah namanya kan? Hehehe. Minggu pertama kedua je semangat berkobar-kobar didada nak diet apa semua. Gigih beli segala barang untuk diet (READ: MAKANAN) . Daging, roti, sosej, cheese, biskut, aiskrim, apples. Haa apa je aku tak beli?

Semua yang dalam shopping list diet tu, aku beli. Oh kecuali grapefruit. End up aku jumpa kat Mydin Semenyih ada jual tapi bila orang cakap masam, eh takpelah. Aku sanggup lagi telan apples. Hahahha

Bila dah hilang 5kg, terus lupa diri. Terus taknak tengok penimbang dah. Hahaha. Eh tapi tengok jugak. Terus melantak subway lah, nasi sambal ayam lah, nasi kerabu lah, bbq lah. Hahaha apa je aku tak makan? Semua aku bedal. Dekat rumah lagi lah, ma masak Ya Allah sedap gilaaaaaaaaaaa, ingat aku boleh tahan? Minggu pertama kedua bolehlah. Tu pun pandang sipi-sipi je. Huhuhu
 
Pagi makan biskut/roti, lunch makan roti dengan apple, malam makan roti dengan apple dengan aiskrim vanila, dua minggu weh. Kau rasa? Aku terus taknak tengok apple tu lagi. Hahaha tapi dalam laci meja office aku ni ada lagi sebiji apple hijau yang tak makan lagi. Ohh masih elok kondisinya. Jangan risau.

Bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalah dapat balik pakai baju kurung fav tu? Hmm.. 

Well berat masih sama seperti berat hari terakhir diet. BUKAN HARI PERTAMA DIET ye. Hehehe. So nak kena maintain ke apa, aku pun tak sure. Sebab aku malas nak diet balik walaupun semalam aku dah beli roti yang kononnya aku nak start diet balik lah. KONONlah kan. Tapi sebab Achik pun bawak balik roti seplastik besar semalam, so baiklah aku makan je roti dia bawak balik tu. Siap nak tapau bawak office. Tapi ...

Aku beli nasi lemak sebungkus on the way datang office. Hahahah confirm pejah takleh pakai -________-

So bagitau aku, macamana aku nak diet?

Dah nak lunch ni. Semalam makan sardin fav. Harini? Tak sabar nak makan nasi! 





makanya diet pun kelaut ~~

PC khas

Dalam perjalanan nak balik rumah semalam, hampirlah nak jatuh cium jalan tar tu tapi nasib baik dapat elak en, so berjaya untuk memberhentikan kenderaan dua roda itu. Wehh bahaya kot kalau tengah drive ke apa ke tapi otak melayang fikir benda lain. Haaa aku lettewww -________-'' Apa aku fikir pun tak tau. Yang aku tau jalan tu sebenarnya aku boleh je lalu tapi tak tau apasal boleh tergelincinr. Takda yang parah pun cuma aku sakit perut, angin terkejut kot? Hahahahha. 

Ops! Assalamualaikum geng.

Aku nak cuba untuk update blog sekerap yang mungkin. 10 entri perday? Hahaha nampak sangatlah aku takda benda buat kalau 10 entri. Poyooo sangat. Nak update satu pun kemain malas tahap rasa nak mengesot je malas jalan pakai kaki. Ni kan pulak nak update sampai 10 entri perday. Sembang sangat =_='

Basically aku takda benda pun nak cerita tapi sajalah nak habiskan masa sebelum turun ke bawah macam biasa. 

Aku tiba-tiba teringat masa aku mula-mula guna blogspot. Fuhh hari-hari rasa excited nak update. Padahal update tah apa-apa je. Dekat sekolah, pantang pc belakang kelas tu free (kosong lah kosong!) aku terus menerkam menerjah pc tu dengan hati yang gembira. Eh sampai adalah pc fav, terus letak gambar adam AF kat desktop. Wahhh terus rasa pc tu bapak aku beli padahal kementerian suruh share. Muahahahha.

Tapi yang pelik, pc tu kosong ok. Macam memang diKHAS kan untuk pelajar bernama Faizah. Dah lah aku sorang je nama Faizah, so aku punya lah kan? Hahah. 

Eh nak cerita pasal first time guna blogspot, tetiba tercerita pasal pc belakang kelas. Melalut sangat pejah oiii.

Itulah, masuk lab pun. Bila cikgu kata okay, buat kerja masing-masing! Terus sign in blogspot. Padahal takda benda pun nak cerita. Tapi update jugaklah. Acah-acah countdown nak birthday. Macam ada orang baca blog kau?! Macamlah ada orang nak pos hadiah sebesar tv mahupun peti ais kerumah bila baca blog kau tu. Heh! 

Tu lah aku cakap, dulu punya tahap teruja nak update memang lain dari sekarang.

Sekarang ni, teruja nak baca blog je. Nak taip entri macam berfikir 10x. Padahal sehari sebelum dah fikir idea. 

Tengok macam ni. Tadi aku baru bagitau aku takda idea. Tapi bila scroll (scroll entri kejap) ........ ni je perenggan ke sebelas. Fuhh panjang! Tanpa gambar pulak tu. Hahahah!

Okaylah. Aku rajin, aku bosan, aku masuk sini balik. Aku nak buat kerja. Tapi aku malas. Hahahha BILA KAU RAJIN TAH PEJAH OII? -________________________-''

Monday, August 8, 2016

Bread Pudding mengungguli carta makanan pada kali ini ♥♥

Assalamualaikum.

Masa aku nak transfer gambar phone ke pc, tengok uishh banyak jugak gambar makanan ni. Memang mengundang betul. Dah lah sedap, sedap lagi, Ya Allah sedap sangat! Hhahahahahahaaha!! 

Jom mulakan dengan makanan dari ramadhan. Aku ada few times berbuka dekat luar and benda yang aku cari selain kambing ialah bread pudding! And the best bread pudding goes to PICC buffet, Putrajaya! *tepuk tangan sambil goyang buntut*


Masyaallah sistooooo sedap sangat ni. Layer with chocolate and it's tasted superWOW yet amazing!! Seriously! Ghhh bilalah dapat rasa lagi ni? T_T Kepingin tau..


Selain bread pudding, adalah pudding yang lain. Kek pun ada tapi bread pudding lagi sedap mencengkam jiwa, lubuk hati onak ranjau berduri lah weh. Aduhh.. 


Sebab sedap sangat, kita up lagi satu kali berserta coke. Hahaha first time jumpa buffet ada hidangkan air coke masa berbuka puasa. Rare ni rare!


Sotong goreng telur asin my new fav  Sedap gilaaaaaaaaaaa weh! Dulu aku tak minat sangat tapi bila ma selalu order, terus jadi fav and kadang-kadang termimpi-mimpi kesedapannya Ya Allah bila dapat makan lagi ni, rasa macam nak ajak makan malam ni. Haa mengadalah pejah T________T

 

Goreng cempedak pagi Ahad 31 July. Aku suka bila ma yang buat dia punya tepung. Rangup macam kat kedai. Sedap. Ada telur semua ma letak. Haa teringin pisang goreng pulak bila tengok ni tapi gambar cempedak =.= masalah kau ni pejah..


Yey! We went a day after atau a day before birthday baba. Lupa! Tapi yang pasti Zikri takda sebab dia kat asrama. Ni kalau dia tau mau stress. Hahahah nasib eh.



Kambing dia so so je TAPIIIIIIIII daging black pepper dia sedap! Itu je aku berulang amik sampai bloated. Hahahha tipu nauu ni.




Desserts. Yang atas ni kek. sedap. Yang pink tu pun kek, hmm bolehlahh. Yang lain ice cream. Aku amik untuk Achik sebab aku dah start semput masa ni. Tak boleh makan dah. Batuk non stop.

 

And kambing Mydin Semenyih !


Paling fav, Appollo layer cake warna kuning ! Makan semalam waktu lunch sebab lapar tetiba.



Brownies! Ya Allah ni namanya rezeki. Adalah past few days aku memang tengok gambar brownies je dekat IG/Twitter. Lepas tu niat memang nak beli lah kalau jumpa. Semalam turun bawah collect order, naik office terkejut ada brownies dekat meja. Memang NAMPAK SANGAT MUKA TERKEJUT ITTEWWW tau. Hahahah E siap intai and senyum. Ehh macam tau-tau je I is teringin. Thanks E!

Friday, August 5, 2016

52 !!


Happy 52nd Birthday Baba & Wak Jeman!!
*goyang punggung*

Well, jangan tanya mana abang and mana adik sebab semua orang tak tau TERMASUKLAH baba. Tapi TAPI TAPI nenek kata baba yang abang, Wak Jeman adik. Jadi, marilah kita mengiyakan fact tersebut. Hahaha!

Okay, dah enam hari pegang title 52 tapi baru harini up, kira okaylah. Tak jauh sangat haritu. Haha. Anw semoga baba & Wak Jeman diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi olehNya, diberikan rezeki yang melimpah ruah, dan semuaorang sayang both of you 


Sesi suap menyuap, manja memanja (betul ke ayat ni) bersama isteghii (amboii ayat Lisa Surihani sangat) Baba memang suka amik gambar sambil buat muka. So, korang dah boleh agaklah en kat siapa aku belajar mimik muka yang aku tip top flawless comel cun tu kan (okay merepek sangat ni)


Kambing bakar! OMG! Sedap gilossssss!! As I mentioned before, kambing perap paling sedap dekat Mydin USJ en, so aku confirm kan yang Mydin USJ punya perapan lagi wow marvelous tip top vogidevasss dari semua branches dia yang aku pernah try. Serious! Yang kambing atas ni dari branch Mydin Semenyih, hmmm tak kick sangat tapi overall sedaplah. Gilaaa cakap makanan tak sedap? -...-

 

Twinnies's cake ♥


The twins with their wives 


Okay, let's talk about another twins in our family. Yeah yeah obviously bukan aku lah kan. Pernah ke nampak another pejah? NO!! okay okay aku masih keseorangan T_T Huh merepek!! Nahh itu Fatin. Dia kembar okay. Kembar dia Farah, ada dekat Melaka masa ni. Muahahaha kesian deme sebab kena balik Melaka so tak dapat makan kek, tak dapat makan kambing, tak dapat selfie dengan kakak awak yang gojes meletop kebaboom ni. HhAHAHA! And ini gambar pertama kiteorang sejak Farah Fatin lahir!! Seriously!! Sebab dulu budak dua orang tu (twins) macam sombong dengan kakak gojes oh please pejah so mana nak tegur. Sekaranglah dah besar, ada borak-borak, ada bergelak ketawa, paling penting salam cium tangan! Hahahahaha nasiblerrr..


The beradiks! 
(Tiada dalam gambar: Bik Nor, Bik Ina & Maksu)





Sekali lagi, Happy Birthday both of yaaaaa ♥♥

Monday, August 1, 2016

Eh dia datang lagi ...

Assalamualaikum.

Dah elok selsema baik, datang pulak batuk ni haaa. 

Eh tau tak kita macam sakit hati dengan awak? Macam chipsmore! Boleh tak awak takyah datang tiap-tiap bulan atau selang sebulan atau selang dua bulan sekali? Penat lah wak...


Sesambil batuk datang melawat (berkemungkinan dia akan menetap agak lama), datanglah satu yang jauh sekali aku nak mengundang. Aku tak tau apa yang aku salah makan, since pagi semalam (Ahad) lagi perut buat hal. Pukul 5 pagi dah kelam kabut masuk toilet. Nasib baik tak buat masa dekat rumah nenek. Kalau tak, aku yang stress! Hhahahah. 

Had a great weekend so far. Alhamdulillah. Walaupun hampir tersungkur gara-gara red carpet terlipat, namun, aku berjaya mengharungi detik-detik memalukan itu dengan begitu cemerlang lagi!


Thanks WonWon ahh ~~

Akan up stories for both days tapi macam biasa, bukan harinilah ye. Sebab aku malas, sibuk sikit, malas lagi, hmm malaslah weh. Takda mood. Tapi kalaulah tetiba ada entry petang atau esok pagi, korang just cakap wow je tau. Hahahha.


Bye ~~