Tuesday, August 16, 2016

PC khas

Dalam perjalanan nak balik rumah semalam, hampirlah nak jatuh cium jalan tar tu tapi nasib baik dapat elak en, so berjaya untuk memberhentikan kenderaan dua roda itu. Wehh bahaya kot kalau tengah drive ke apa ke tapi otak melayang fikir benda lain. Haaa aku lettewww -________-'' Apa aku fikir pun tak tau. Yang aku tau jalan tu sebenarnya aku boleh je lalu tapi tak tau apasal boleh tergelincinr. Takda yang parah pun cuma aku sakit perut, angin terkejut kot? Hahahahha. 

Ops! Assalamualaikum geng.

Aku nak cuba untuk update blog sekerap yang mungkin. 10 entri perday? Hahaha nampak sangatlah aku takda benda buat kalau 10 entri. Poyooo sangat. Nak update satu pun kemain malas tahap rasa nak mengesot je malas jalan pakai kaki. Ni kan pulak nak update sampai 10 entri perday. Sembang sangat =_='

Basically aku takda benda pun nak cerita tapi sajalah nak habiskan masa sebelum turun ke bawah macam biasa. 

Aku tiba-tiba teringat masa aku mula-mula guna blogspot. Fuhh hari-hari rasa excited nak update. Padahal update tah apa-apa je. Dekat sekolah, pantang pc belakang kelas tu free (kosong lah kosong!) aku terus menerkam menerjah pc tu dengan hati yang gembira. Eh sampai adalah pc fav, terus letak gambar adam AF kat desktop. Wahhh terus rasa pc tu bapak aku beli padahal kementerian suruh share. Muahahahha.

Tapi yang pelik, pc tu kosong ok. Macam memang diKHAS kan untuk pelajar bernama Faizah. Dah lah aku sorang je nama Faizah, so aku punya lah kan? Hahah. 

Eh nak cerita pasal first time guna blogspot, tetiba tercerita pasal pc belakang kelas. Melalut sangat pejah oiii.

Itulah, masuk lab pun. Bila cikgu kata okay, buat kerja masing-masing! Terus sign in blogspot. Padahal takda benda pun nak cerita. Tapi update jugaklah. Acah-acah countdown nak birthday. Macam ada orang baca blog kau?! Macamlah ada orang nak pos hadiah sebesar tv mahupun peti ais kerumah bila baca blog kau tu. Heh! 

Tu lah aku cakap, dulu punya tahap teruja nak update memang lain dari sekarang.

Sekarang ni, teruja nak baca blog je. Nak taip entri macam berfikir 10x. Padahal sehari sebelum dah fikir idea. 

Tengok macam ni. Tadi aku baru bagitau aku takda idea. Tapi bila scroll (scroll entri kejap) ........ ni je perenggan ke sebelas. Fuhh panjang! Tanpa gambar pulak tu. Hahahah!

Okaylah. Aku rajin, aku bosan, aku masuk sini balik. Aku nak buat kerja. Tapi aku malas. Hahahha BILA KAU RAJIN TAH PEJAH OII? -________________________-''

No comments:

Post a Comment