Monday, August 29, 2016

Weh aku lapar teruk !

1:55 AM

Aku masih depan laptop siapkan artwork. Semalam dapat siapkan satu dan akhirnya aku tertidur depan laptop. Terjaga, cuba untuk siapkan dan akhirnya selesai dan sambung tidur. Grr dah lama tak buat perangai tidur depan laptop. Zaman tidur depan laptop sebenarnya sudah lama berakhir sejak meninggalkan kolej itu.

Dan harini, malam tadi to be exact, check barcodes dengan pricelist dan sambung buat artwork sampai sekarang. Ya, hampir jam 2 pagi dan aku masih didepan laptop. Sejenis yang gigih. Haaa sebenarnya tak. Kejar dateline weh T________T

Perut lapar.

Sebab aku rasa aku busy, aku tak makan pun dinner tadi. Kesian perut aku. Aku torture dia dihari minggu ini. Kasihan kau. Tapi achik ada bagi aku roti. Aku berfikir-fikir dari tadi nak makan ke atau tunggu je esok, sarapan terus? Hmm.. Tapi perut dah make it sound. Kuat, jelas dan wow kuat! Hahahaha.

Actually aku tiba-tiba rasa sedih :(

Aku rindu semua orang. 

Tapi aku rasa macam takda siapa rindu aku. HAAAAA KAU SAPE NAK ORANG RINDU KAU PEJAHHHH? -___________________________________________-

No comments:

Post a Comment