Thursday, September 1, 2016

Perihal dua hari.

Finally sticker siap, barcodes separuh siap, artwork pun separuh siap. Dah kenapa semua separuh? Eh sticker fully siap ok. Ishh tak baca betul-betul letteeww :p  Disebabkan kerja hampir semua separuh siap tapi belum fully siap, aku nak regangkan urat mata, urat kepala tapi bukan urat tangan sebab aku nak menaip kan, bagi selesa jap. Kang kalau aku rehatkan tangan, tak update lah blog ni.

Nampaknya impian aku untuk 3x post setiap hari telah berlalu begitu sahaja. Mengapa? Haaa aku terlampau sibuk dengan barcodes. Aku lunch time pun kadang-kadang tak balik. Lunch pun setengah jam je instead of sejam. Bukan malas, tapi nak cepat siap semua benda. Semua orang kejar-kejar aku. Tapi aku mana ada lari, aku elok je duduk depan pc sambil mengemas meja beribu kali setiap hari agar meja nampak kemas dan tak sakit mata -.-'

*Sandar badan dikurusi sambil reply ym Wawa & Hangout The Pondoks

Jadi apa aku nak buat kejap lagi?

Barcode? Na'ah tidak ya. Aku akan cuba sambung esok sesudah siap segala kerja sistem. 

Artwork? Hmm mungkin ya, dan mungkin tidak juga. Eh mengada ada tidak? Sebab hmm.. aku sendiri tak pasti kenapa ada tidak dekat baris pertama. HAHAH! Sajalah nak penuhkan baris yang pertama tu bagi cantik, panjang. Nanti nampaklah macam Ya Allah banyak nyaaaaaa pejah ni menaip walhal ....

Haa semalam siapa turun Dataran Merdeka tengok perbarisan? *angkat tangan* *akuakuaku* haa aku letteww ^^ 

Semangat waja ke tak uolls?? 

yaaaaaaaaa - kata para hadirin yang dihormati sekalian. 

Muahaha. Serious ah ramai gilaaaaaa manusia pagi tu. Even 6:45am pun dah berasak kat sana, apatah lagi waktu perbarisan dah bermula! Fuhh dasyat sangat. Kalau ikutkan, tempat yang aku duduk adalah sangat luas dan agak strategik pada mulanya, tapi berubah menjadi pasar bila perbarisan hampir mula. Tempat tu aku rasa sejuk sangat sebab pagi tu kan hujan renyai-renyai air tak berapa nak gelora sangat. Tapi bila semua orang bersesak-sesak, terus jadi padat, terus jadi panas. Nasib aku mampu bertahan.

Cayalah pejah.. !

2 comments:

  1. Salam Jumaat…Kak Sally singgah ni haaa~ gagah la dirimu buat keja..akak tgh pening dgn presentation ;((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat kak! Rasa macam dah taknak pandang barcodes! sakit mata. eh akak bukan tgh cuti ke?

      Delete