Monday, October 31, 2016

Hari terakhir.

Gooooooooooooooood Morningggggg~~

Assalamualaikum.

Hari terakhir untuk bulan Oktober. OMG! Sekejap je dah nak akhir tahun. Apa yang aku dah capai untuk tahun ni? Hmm dalam banyak-banyak benda yang aku list down, aku rasa baru satu yang tercapai. Setelah bertahun-tahun aku usahakan, akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah. Yang lain? HAHAHHA teruskan menjadi impian yang tak tau bila boleh dilaksanakan.

Insyaallah adalah rezeki bahagian-bahagian yang tak terlaksana lagi tu. Doa-doakanlah.

Untuk tahun ni, target aku untuk bahagian kerja, aku nak setelkan barcode (lagi!) sebelum 2016 mengundurkan diri. Fuhh rasa macam lama tapi sebenarnya kejap je weh. Barcode pun tak sampai separuh siap lagi ni. Takut akak. Kena usaha lebih ni. Lepas taip ni, nak sambung buat barcodes lah. Kalau siap awal, lagi bagus. Boleh celebrate! EH?

Itu baru perihal kerja. Perihal peribadi? Hmmm... no komen. KAHKAHKAH statement artis sangat kau pejah. Menyampah aku!

Dah lah, nak buat kerja. Mood takda lagi tapi kenalah buat. Nak capai target kan. Dah lah semua orang dekat rumah cuti harini...

p/s: dah kena list down target untuk next year ni. kurus maybe? MIMPI!

Thursday, October 27, 2016

Happy Vibes

Assalamualaikum.

Good Morning everybody! Weee~~ I is happy. 



Cause?

Tengoklah gif Yong menari tu dah cukup buat aku happy tak terkata. Ehcehh pahal poyo sangat ni? Hmm.. HAHAH. Sajalah nak happy sebab dah hari Khamis and aku boleh ingat esok cuti. HAHAHA. Kemain awal nauuu nak cuti. Aduhh mengantuk weh. Padahal aku tidur awal ok semalam. Pelik en? Badan aku asyik letih je. Nak kena urut ni. Ecehh ayat orang kaya sangat. HAHAHAHA



Goshh rindunya nak tengok drama ni lagi. Dua hari lepas dah tengok satu episode sebab haa tak boleh move on. Habis, takkan malam ni nak tengok lagi? Hmm.. Malasnya. Oh lupa, dalam phone ada tiga episode akhir. Takpe kita tengok tu je sampai lebam. Heheh.

Bila nak move on tah dengan cerita ni.. 

Basically aku tengah buat barcode sekarang. Yahh masih ada cerita barcodes sampai aku selesai buat. Jadi nasiblah. Aku ada lagi sejam nak tunggu 9:45am. Nak turun, collect papers. Lepas tu sambung buat barcodes lagi sampai lebam.

Sabtu tak kerja. Sebab aku baru teringat yang Sabtu ni Deepavali. Muruku bebehh. Yums! Ohh lama tak makan ladoo. Mana nak cari ladoo yang boleh dimakan dan sedap. Heh obviously lah ladoo boleh dimakan tapi takut nak makan. Dulu kat Sepang ada, tapi sekarang aku tak sure ada jual lagi ke tak. Lama sangat tak membeli nya. Fav weh!

Haa teringin. Eh mengadalah nak teringin bagai. Eh sukatilah. Eh buat kerja sanalah. Eh bye lah~

Wednesday, October 26, 2016

Dari mengantuk ke shawl ke barcode T_T

Assalamualaikum.

Mengantuk dengan pejah tu adalah satu hubungan yang susah nak dipisahkan. Walau tidur awal atau lama sekali pun. Mengantuk tu macam bestfriend. Macam magnet pun ada jugaklah sebab asyik nak berkepit je dengan pejah 24jam. Eh rimaslah. Nyahh kau dari pejah. 

Aku rasa aku dah tidur habis awal dah semalam. Pagi ni terjaga kemain awal. Reply kakaotalk and segala mesej, check youtube, updated apps.. tak boleh tidur dah. Lepas tu Yong reply dan reply dan suruh dia short nap lagi sebab dia kerja start pukul 9 (kita kat sini pukul 8am lah) and yes, we both did it! Hahaha. Cuma aku tidurlah 15min je sebelum aku bangun betul-betul. Dah bangun, gosok baju adik sampai Jumaat, baju aku jugak. So esok dengan Jumaat, aku akan cari tudung yang tak payah gosok. Hahah gila malas ni.

Sarapan nasi dengan taucu ikan dan tengok Sembang Teh Tarik lepas tu siap-siap pergi kerja. Aku dah jumpa style shawl yang aku rasa agak serasi dengan aku. Simple, kemas (kadang-kadang) dan cepat! Haaa style Hanis Zalikha je. Hahaha. Kasi lilit dekat leher then yang terjurai-jurai tu aku ikat je. Setel. Fuhh kenapalah dari dulu aku tak pakai macam ni? Kalau tak, aku rasa macam tercekik je. Even pakai longgar pun aku sakit kepala kadang-kadang. Masalah betul.

Eh dah lama tak cerita macam ni. Cerita apa aku buat. Haa dulu masa kolej hari-hari update apa aku buat. Harini update pasal semalam. Esok update pasal harini. Masa tu, balik je kelas sesambil buat kerja, bukak word jugak nak update blog. Sebab rumah sewa takda internet. Masuk lab, baru post semua. Wahh sejenis gigih sangat. Hari-hari tau. Bukan macam sekarang. Kadang-kadang sebulan dua kali je update. Hahaha. Biasalah akak pejah pura-pura busy je kadang-kadang.

Sejak ada barcode je baru betul-betul busy. Sabtu pun kena masuk office. Kena mengadap sampai lebam. Banyak lagi tu. Ni separuh pun tak habis lagi. Baru siap 18muka surat (27 produk). Hmm banyak lagi ni weh. Ada 160 produk lagi untuk aku buat barcode. Kalau tak silaplah. Target siap sebelum hujung tahun. Semoga aku gigihlah nak buat benda ni. Dia tak susah tapi leceh. Hahah apa benda pejah buat tak leceh tah.

Dahlah, nak kira stickers pulak. Busy kan. HAHAHA. Bye.

Tuesday, October 25, 2016

Misi: Tido

Hari: Selasa
Waktu: Lunch Hour
Misi: Tidur

Assalamualaikum rakyat jelata semua. 

Ya, misi harini adalah tidur diwaktu lunch tetapi nampaknya seperti misi itu telah gagal. Padahal mata mengantuk gila okay. Bila dah ada masa untuk tidur, taknak pulak mata ni tutup. Elok je segar bugar. Ni dah nak habis waktu lunch, mata pun buat hal. Asyik nak tertutup tidur je. Eh mengada sangat mata ni.

Aku rasa aku mengantuk berpunca dari makan breakfast yang super over. Breakfast like a king sangat kan. Lepas tu mengantuk. Sendiri cari pasal. Kalau aku tau aku tak keluar lunch, ketiaw yang kaknana belikan pagi tadi, aku simpan untuk lunch. TAKPELAH NASI DAH MENJADI BUBUR. EH BUBUR MCD SEDAPNYA WEH HARITU DAPAT MAKAN..

HAAA JANGAN TANYA AKU LUNCH APA HARINI, SEBAB AKU TAK LUNCH. Wow wow wow diet ke pejah? Oh tidak! Misi untuk diet hmm takda lagi dalam perancangan. Hahah. 
Apa lagi nak diborakkan ni sebelum aku sign out?

Oh aku dah makan dua keping chipsmore. Dua keping baru. HAHA. Sebab tak balik, aku pesan dengan kaknana keropok lekor kalau dia jumpalah. Kalau tak, ia tak usah. 

Oh oh oh.. kejap lagi ada talk kat meeting room bawah dengan HLB. Kalau rasa nak pergi boleh pergi dengar katanya. Tapi being me, eh tak payah lah. Malasnya. Kalau aku free sekali pun, memang taklah aku nak mengendeng kat bawah tu. Ceh padahal malu. Wahahha!

Dah lah. 

Nanti kalau aku tak boleh tidur lagi ataupun aku lapar ataupun aku pergi mengendeng dekat bawah, aku cerita lagi. HAAA ADA HATI NAK MENGENDENG RUPANYA -.-

Pejah is poyo!

Monday, October 24, 2016

LAM to the BAT. LAMBAT.

LAMBAT !!!!


Tapi managed masuk office sebelum 9am. Semua sebab hujan secara tiba-tiba dan agak lebat. Nasib baik ada few colleagues yang sangkut dengan jammed jugak. Kalau tak, malulah kau disitu Pejah γ…œ_γ…œ

Sempatlah breakfast dekat rumah. Eh padahal hari-hari sempat je breakfast. Ohh perut tak best harini. Dari 4:30am sampai lah sekarang. Sakit weh γ…œ_γ…œ Aku ingat nak mc je tadi tapi ahhh macam naik lemak pulak, last week Isnin mc, takkan harini nak mc jugak. MC hari lain lah pulak. EH? HAHAHHA.

Kalau aku dah update blog itu maksudnya aku takda kerja sangatlah. Hehe. Kejap-kejap lagi je nak turun bawah, collect semua papers, passing papers, passing documents. Haa pokoknya semua bendalah nak passing bila waktu pagi. Everyday routine. So pagi dalam pukul 10am tu quite busy. Lepas dari 11:30am, selalunya dah free. Jadi nak ajak aku skype ke hangout ke twitter ke apa, yaa silakan ..

Aku ada kerja nak buat sebelum turun. Lepas tu nak siapkan kerja yang konon sikit tu, lepas tu macam biasa, barcodes sampai lebam pastu lunch pastu cuci mata kat internet pastu makan pastu makan pastu makan lagi sampai rasa nak lempang diri sendiri sebab makan non stop. Heheherghhh biasalahkan.

Dah lah pakai shawl lilit macam keknis, lepas tu lupa nak buat hair bun -.- Dah aku nak pergi buat hair bun. 

Eh padahal nak cerita pasal aku lambat je. Bye.

Friday, October 21, 2016

Barcodes, Kerja, Kahwin ..

Assalamualaikum.

Akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Harini hari apa murid-murid? Hari Jumaat, cikgu!! Kami gembira. Esok cuti. Yipeeeee~~!! 

Huh! Jangan nak happy sangat. Selagi barcode tak siap, tiada cuti pada hari Sabtu ye wahai pejah. Kau jangan berangan!! 

Ha gitu. Monolog diri sendiri tanpa rasa bersalah. Hmm..

So harini mencuba untuk siapkan seberapa banyak barcode lagi dekat office, since aku tak bawak balik pun kerja. Sebab? Malas. Nanti aku mesti lambat tidur. Nanti aku mesti tidur depan laptop macam haritu. Nanti aku mesti stress sebab tak tau bila waktu yang sesuai nak gosok baju; pagi esok ke? malam tu ke? aku jadi stress kang. Nanti aku mesti mengantuk dekat office (eh hari-hari pun mengantuk jugak macamana?)

Haa alasan!

Kononnya ada date lah; target untuk siapkan barcode. Eh sampai sekarang, suku pun tak cecah lagi ni. Aku baru siapkan 245 barcode. Ada baki 1123 lagi. Ya, 1123 barcodes lagi yang masih menunggu giliran. Hahaha mengigil nak buat ni. Macam aku pernah bagitau sebelum ni. Benda aku paling menyampah nak buat, BARCODES!

Dah, aku ada target harini kan? So moleklah kalau aku sign out cepat. Kang makin menjela-jela ayat-ayat yang tak berapa nak madah puitis sangat dalam ni.

Anw, Selamat Pengantin Baru in Advance Kak Pp and Juan! Wow dia nak kahwin dah kejap lagi. Nervous tak nervous tak? Hehehe. Oh dengan ucapan Jangan nak berdrama sebelum majlis, semoga tenang, semoga kekal hingga akhir hayat, semoga Juan jaga Kak Pp baik-baik dan happily ever after, cous! ♥♥
😜

Wednesday, October 19, 2016

Geram!

Assalamualaikum. 

Selamat Pagi semuanya. Good morning!

Hmm dah dua hari aku datang awal gila kat office. Padahal aku tak plan pun nak datang awal sebenarnya. Eh kecuali semalam. Memang aku nak datang awal sebab Isnin aku MC, so aku memang dapat agak kerja mesti banyak. Weh memang betul jangkaan aku. Tapi takdalah banyak macam Shir MC. Dia MC, fuhh penuh satu meja dengan pelbagai kertas. Aku belum sampai tahap tu lagi. Fuhh selamat.

Harini terawal sampai office sebab tadi singgah rumah CikYah hantar coklat untuk hantaran kakPP. Lepas dah hantar, tengok jam, eh baru 7:45am, boleh dikira awal lagi ni. Dah try bawak sehabis slow tapi tak slow jugak. MUAHHAHA! 

Jadi tepat pukul 8am, dah sampai office. Jalan takdalah lengang mana tapi okaylah.

Haa baru aku teringat. Hari apa eh, aku ada tertengok satu video bebudak pergi kem tu. Yang dalam kolam ada ular tu. Eh biadapnyaaa jurulatih tu. Seriouslah! Kau ingat dengan letak ular dalam tu, dorang akan jadi berani and so on? Ohh pleaselah, dorang akan trauma ok. Aku angin betul tengok video tak. Macam tak bertamadun je jurulatih tu. Kalaulah ahli keluarga aku kena macam tu, haa terutamanya adik-adik aku yang masih sekolah tu, memang jurulatih-jurulatih ni memang mencari pasal. Dorang cari pasal dengan of course ah ma baba, aku and achik jugak. Eee geramnya!

Nasib baik tak terjadi kat adik-adik aku. Siap simbah air, gelak-gelak. Eeee perangai bodoh sangat ni! Haaa geram ok geram. Kesian bebudak tu.



Dah semakin lama aku taip, semakin sakit hati aku. Semoga jurulatih-jurulatih tu semua dapat tindakan yang sewajarnya. Biar fikir pakai otak, jangan pakai kaki. Kang ada yang kena makan kaki nanti!

Friday, October 14, 2016

Soya milk, FINALLY!

Selamat Pagi. Assalamualaikum.

Jap jap, nak gelak. HAHAHHA!

Acah-acah lah semalam nak boikot 7eleven kan? Nan adoooo. Malamnya, teman baba pergi klinik, singgah 7eleven beli air soya. FINALLY!


BIG YEY!!


Sedap weh. Tapi macam biasalah, rasa tak cukup. Tapi bersyukurlah. γ…‹γ…‹γ…‹γ…‹ 

Oh atok nenek ada dekat rumah. 

Dah, aku mengantuk ya amat ni. Semalam tidur tak lena plus dapat tidur pukul 4:30 am je, tu pun paksa tidur. Lepas tu kejap-kejap terjaga. Yelah, tidur dekat bilik Achik en. Bukan tempat kita, jadi tak selesa. Wah wah demand kau pejah -.- Tapi entahlah, aku rasa penat sangat. Dengan tidur tak tak cukup, bahu kemain sakit gila ni. Dah pakai pain relief patches (barang yang tergolong dalam RM41 tu lol) pun tak elok-elok jugak ni. 

Semalam ada kakak tukang urut ni datang rumah, nak mengurut atok, nenek dengan ma. Haa aku takdalah sibuk nak urut jugak. Ishh macam segan takut semua adalah. Hahah biasalah poyo kan pejah T_T

Basically pagi ni aku takda kerja pun. Eh ada, tapi belum masanya lagi untuk bertindak. Hhaha. Dah, aku nak pergi pantry. See ya!

Thursday, October 13, 2016

Kisah Pagi Khamis ..

Assalamualaikum.

Harini aku telah mengerah badan aku untuk siapkan artworks sebanyak mungkin tanpa berhenti gara-gara stress sebab terlebih shopping pagi tadi dekat 7eleven. Serious. Aku takda niat pun nak membeli belah dekat 7eleven. 7eleven kot. Barang terhad. Apa je ada selain roti, air, gula-gula, asam biskut dan sebagainya? Bukan ada sandwish ke apa 7eleven kat Langat ni. 

Jadi dengan niat nak beli sebotol / sekotak kecil air soya bertukar menjadi sebukit barang dalam plastik yang akhirnya membawa ke lembah kesedihan terlampau. HAHAHA.

Sebelum aku masuk 7eleven, niat aku memang nak beli sebotol / sekotak air soya je sebab semalam aku beli air kotak soya kat kedai Cik Din macam tak puas minum. Jadi masuk 7eleven memang dengan niat tu jelah. 

Menuju ke peti air-air susu ..

Peti gelap. Rosak barangkali. Jadi aku bijak sikitlah masa tu, terus terfikir kang kalau beli, air rosak, aku rugi! Ok pegi cari air lain. Dan aku pun berlalu, ke peti ais sebelah. Ya, berlampu. Aku gembira. Aku mencari air kegemaran. Air vitamin tu lah. Ahh fav flavor pulak takda. Aku terfikir-fikir nak rasa flavor lain tak eh? Jadi aku ambil orange flavor which is bagi aku tak sedap langsung! huhuhu.

Okaylah, bukan satu je air aku amik untuk menggantikan air soya tu. Tapi dua. Satu air vitamin, dan satu lagi air kesukaan no 2, Marigold Apple. Dah ambil Marigold Apple, aku pusing lagi rak-rak tu. Aku ambil pen merah (watdehek amik pen merah lol), patches, yokoyoko, gaviscon dan ada lagi satu barang, aku dah lupa.

Cepat teka berapa total?

Haaa takyah lah teka. Penat nak menunggu. Kalau sebelum aku masuk 7eleven, bajet aku mungkin RM2 sahaja, telah bertukar kepada RM41+ !!

Ya, total semua barang tu adalah RM41+. Mahu nya tak terkejut? HAHAHAHA.

Eh nasib baik aku bawak duit extra. Bayangkan lah aku memang ada RM2 je yang konon-kononnya nak beli air soya tu kan?! HAHAH.

So sampai sekarang aku tak puas hati. Eh kalau aku belanjakan duit RM41 tu dekat Mydin ke, CS ke, takpelah, berbaloi sikit. Ni 7eleven kot. 7ELEVEN !! Aku rasa macam bodoh jap pagi tadi. 

Dah tau harga RM41+, aku tanyalah sticker dapat berapa? Boleh dapat 12 pcs terus tak? Eh dia kata dapat 8pcs je. Hmm yelah yelah, nak suruh aku belanja lagi lah tu kat 7eleven en? Memang taklah. Aku nak boikot! HAHAH.



Tapi, aku dah suruh Achik beli pape yang patut untuk cukupkan 12 pcs, so nanti boleh redeem second magnet. HAHAHA magnet je punnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......



Ni our first magnet.

Friday, October 7, 2016

Tamatlah sudah cerita Il Woo

Dan ...


Akhirnya, tamat sudah Cinderella and 4 Knights. Actually dah dua minggu pun habis tapi aku baru tadi habis ep16 sekali gus menamatkan marathon Ca4K ni. Tapi aku tak dapat feel macam mula-mula aku tengok. Haa tak tau lah apasal. Takda nangis beria dah. Ishh tak best betul.




Jadi lepas ni no more cerita pasal Il Woo. Unless ada drama atau filem-filem dia yang aku tertengok. Jadi aku mungkin akan kemurungan lepas ni. Tiada dah muka-muka indah aku nak tatap sebelum tidur. HAHAHA over lah nak tatap. Eh tapi biarlah. Biar laptop restart banyak kali pun, demi Il Woo, sanggup ku masukkan password beribu kali pun. HAHAHHAHA lagi sekali.



Tiada lagi air mata kesedihan gara-gara Chairman yang pentingkan diri. Tiada lagi senyum kambing diri sendiri bila tengok Kang Ji Woon senyum tengok Ha Won. Ahh sweetnyaaa ♥ Oh Il Woo T_T

Tapi..
tapi..
tapi..



tapi ...

mungkin dah boleh risik dekat encik wikipedia, apa filem Il Woo yang paling best, kelakar dan sweet semestinya ...


Hmm why not ? 

HAHAHAHAHHA!

Tuesday, October 4, 2016

Good luck everyone!

Assalamualaikum.

Hi!

Wahh busy sangat ke awak, Pejah? Sampai berhari tak update? 

Haa! Takdalah busy mana pun. Cuma semalam satu hari perut tak best. So kat office memang jadi bestfriend lerr dengan toilet. Lepas tu, balik semalam awal, pukul 5. Orang dah scan card balik, aku masih lagi bertapa dalam toilet. Haaa kau rasa? Ingat nak singgah klinik, tapi seorang Faizah macam malas pulak nak buat route yang besar. So kerumah je lerr..

Okay harini, basically start buat sedikit barang export cause managers dah pergi exhibitions. Jadi mungkin akan kelam to kabut lah. Tapi ini normal untuk seorang Faizah. Hahah! Dan dan lah nanti itu ini tak ingat semua. Padahal dulu, buat benda tu sesaja. Takpe, buat lek sudah. γ…‹γ…‹γ…‹γ…‹

Anw, congratulations to Farah!!! she's finally a mom to baby boy!! Wehooo. I'm a happy aunty to your son, Farah. HAHAHA! Wawa pun dah delivered a week before Farah. 

Welcome to the world Eva Aleesa and Farah's baby!! 

And another congratulations to Zera cause harini dia first day kerja! Wahhh.. And esok Teyka interview as well. Good luck my ladies. You guys can do it!!

So, aku nak sambung buat apa-apa yang patut. Macam banyak nak kena siapkan ni. Kalau perut aku buat hal lagi, mungkin aku akan ... hmm ... jumpa doctor lah. Kalau tak, bertapa lah sampai 6:30pm karang. 

Good luck everyone!