Thursday, November 24, 2016

Cerita Pendek.

Assalamualaikum.

Macam-macam hal bila aku nak update cerita yang dah dua minggu berlaku ni. Dah siap taip panjang-panjang, eh tak save pulak. Ciskek betul. Nasib aku rajin sikit harini.

Oh yes, cerita dua minggu lepas yakni pada 13 Nov. Still valid kan? Tak valid pun aku cerita jugak kalau aku rajin. Sebenarnya takda rasa nak update pun sebab gambar alaa dua tiga keping je pun. Cerita macam ada seguni gambar weh. Hahaha

Hari sukan sekolah ma. Yey makanan lagi!

Tapi sayang .... satu gambar makanan pun takda sebab aku tak sempat langsung beli pape. Serious. Macam tak percaya en? Hakikat weh. HAHAHA. 

Aku sampai padang Impian Ehsan ni dah lambat. Dah sampai game untuk bapak-bapak budak and staff pun. Around 10am macam tu lah kot. Sebab game untuk bapak-bapak and staff, maka aku kena menyibukkan diri sendiri lagi ke tengah padang untuk support baba. Baba bukan saja urusetia tapi peserta untuk game tu. 


Memberi sedikit taklimat kepada para peserta yakni bapak-bapak pelajar. 


Beri laluan.. Guru Besar nak buat pantauan ni. Hi ma!

  
Baba's group.


Ready !


Okay Guru Besar mengambil gambar bersama suami tercinta dan errr nampaknya budak gedik tu lagi penyibuk dari kakak dia -________________________-"


Dan tahniah!! Kumpulan baba menang ok. Aku tak tau dapat hadiah apa sebab lepas beberapa minit game ni tamat, aku balik dengan adik.

Jadi kesimpulannya, sampai disini sahaja buletin hari sukan untuk 2016. Saya Pejah ingin mengundurkan diri yang menyibuk ni. 

Bye!

No comments:

Post a Comment