Tuesday, November 8, 2016

Kisah Jualan Gudang ...

Assalamualaikum.

Fuh lama ni aku pendam cerita ni. Satu sebab malas nak cerita mula-mula. Dua, aku tengah bengang lagi. HAHAHA. Eh pahal gelak? Cerita ni tak serious tapi sakit hati. Dan hmm mungkin ada nampak sedikit kebodohan disitu. Muahahha.

Kalau korang yang mungkin tau lah ada jualan penghabisan stock depan Mydin Usj tu, mesti korang tau perasaan aku. 

Pergi Mydin Usj adalah sesuatu yang dirancang. Tapi pergi jualan gudang itu adalah TIDAK DIRANCANG SAMA SEKALI. Macam curious anak beranak tengok ramai orang diseberang jalan sana. So nak tengok jugaklah. Belum melintas, hampir tak jadi pergi sebab fikir takda benda nak beli. Eh end up dua plastik besar bawak balik. HAHAHHA.

Haa yang membuatkan aku sakit hati bukan sebab kena berebut. Itu standard lah beli barang murah. Semua nak berebut. Semua nak cepat. Semua nak beli. Tapi aku sakit hati bila aku TERBELI kotak kosong!! Okaylah bukanlah kosong sebab dalam kotak still ada bekas perfume tu. Tapi yang kosong isi perfume tu. HAHAHA aku tak pasti aku nak menangis ke, nak sakit hati dengan diri sendiri disebabkan kecuaian diri sendiri. Nasib baik aku beli perfume tu dua kotak. Dan nasib baik jugaklah satu kotak ada isi. Kalau tak RM16 aku melayang macam tu je. Punyalah sedih. Yelah, penat tau aku rempuh kakak-kakak, makcik-makcik tu sebab nak amik perfumes. Aleh-aleh takda isi. Sentap mak T_T

Dua. Disebabkan aku sudah mula memakai lipstick, lip tint, dan segala yang berkaitan bibir, jadi dekat jualan gudang tu, jeng jeng jengggg ... harga lipstick menjadi RM1 untuk satu batang ye. RM1 oii!! Siapa nak bagi. Dan kerana kepandaian aku, aku telah membeli satu batang sahaja! HAHAHAHAHAHAHHAAAHHA. Sebab apa? Sebab aku fikir, aku baru je mintak Kak Sally belikan tiga batang lipstick untuk aku masa dia pergi Korea. Bijakkan?

Hahahah. Apalah nasib. Benda mahal beli banyak. Benda murah? Apa pun tak boleh Pejah ni tau. Sengal sangat -.-

No comments:

Post a Comment