Thursday, September 21, 2017

Lama tak borak santai pasal makan. Eh makanan lagi ke? Alaa ada JYH dengan kopi jugak. Dah baca sana!

Assalamualaikum.

Pagi ni lets borak santai sebab aku nak tunggu 9:30am untuk aku turun kebawah dan memulakan tugas sulung aku untuk harini. Wow tugas sulung. Dah macam poyo sangat bunyi nya tu. Alaaaa biarlah. Aku tengah lapar ni. Jadi macam-macam perkataan tengah berebut nak keluar dari akal aku. Wakakakak gelabah. Yayayaya aku tau -.-

Sabtu lepas, pergi rumah kawan ma. Cik Halim sekeluarga buat kenduri doa selamat sikit sebab anak dia nak balik UK dah, class dah nak start kan. So kiteorang datanglah satu keluarga and yang pasti Achik takda pun. Biasalah mamat tu kerja je tau. 

Pergi dan datang sambil membawa laksa untuk orang yang datang makan. Dorang order dekat ma Laksa yang sedap ittewwww ☺ Gambar laksa takda. Eh ada tapi lupa nak transfer jadi takyah. Dah selalu tengok kan?

-------
 
Ok. Dah 9:50am dan aku dah turun pun tadi (9:35am) and sambung menaip balik sebelum aku sign off.
 
So dalam banyak-banyak makanan masa tu, aku tertarik dengan satu kuih ni. Unik. Sedap pulak. And sampai sekarang aku tak tau nama dia pun. Tapi macam ada custart tapi tak mungkinlah sebab warna putih kot? Sedap.


Sedap weh! Aku dah tau harga dia. Lalalalalaa gigih kan tanya tuan rumah apa nama kuih ni tapi makcik tu bagitau berapa harga instead. HAHAHAHAHAH bolehlah.

Semalam nampak kat timeline Twitter, Soompi tanya soalan ni ..


Berkobar jugaklah nak buat. Dalam hati biarlah JYH atau LJS. HAHAHHAA kalau dapat dua lagi tu pun takpelah. Nama pun support semua. Gittewww. Tapi dekat office, line Celcom macam lembab sikit. Takpe, kita pin dulu. So sebelum tidur baru teringat lalu aku buat ....

And the result ...

 

Hahah 3x aku buat, 3x aku dapat orang yang sama. Adakah ini jodoh? HAHAHHAHHAHHA alaa relax ahh. Aku gurau je. Jangan ada yang kecam aku dah lah. eeee bergurau pun tak boleh. Dah lah.

video

This one, now officially my favourite!

Dah lah pahit, and Zikri tak suka sebab pahit katanya. Eh kisah? Hahahaha.

So bought one today. Bila nak minum, tu tak tau lagi. Harini aku busy. Bye.

Thursday, September 14, 2017

Chicken Blackpepper Lauk2U

Assalamualaikum.

Aku tengah relax ni walaupun dah 20min habis waktu lunch. Mihmihmihh.. Perut tengah nak hadam makanan yang aku makan tadi. Kejap lagi aku buatlah apa-apa yang patut aku buat.

Nampak sangatlah takda idea tapi nak menaip jugak. Heh dasar sangat.

Sebenarnya aku nak update pasal lunch meal aku harini; dari mana lagi kalau bukan Lauk2U. First time try menu ni. Ku ingat pedas sebab blackpepper kan, rupanya manis -.- potong betul. Tapi habislah jugak. Lapar kan. Alhamdulillah jarang tak habis. Hehehe :D 


Set Nasi Kukus + Chicken Blackpepper + Sup Sayur


Alhamdulillah kenyang beb. Siap ada sambal belacan tuu... Tapi tu lah ayam tu manis. Aku membayangkan dia pedas. Sebab lada hitam kan. Tapi sangkaanku meleset dengan teruk sekali sambil makan sambil redha. HAHAHAH tapi sebab lapar, habislah kan :D

So normally kalau korang order dengan Lauk2U , korang memang akan dapat apple hijau dengan mineral tu. Cuma makan atau tak lah. HAHAHA. Sebab aku jarang makan buah kat office, selalu nya aku peram je dalam laci sampai tiba masanya; aku buang. Aku dulu pernah tanam impian nak simpan sampai 30 biji lepas tu boleh buat party buah kat office tapi niat tak kesampaian. Yelah, mana nak kesampaiannya? Nama pun buah kan, lebam lah dia -.- 

Jadi, berapa lamakah hayat buah epal tu dalam laci? Kita nanti kan kisahnya ..... bye!

Wednesday, September 13, 2017

Lepak lu!

Assalamualaikum.

Cerita raya haji aku takda update pun. Sebab? Macam biasa malas. Lagipun dah hmm lebih kurang 11 hari berlalu, jadi tak payah lah. Plus aku tengah nak cari idea untuk 3rd article aku yang aku tak tau bila nak ada idea. Jadi aku lepak sini dulu sesambil menaip benda takda isi tapi tau-tau ....


Ada gambar kek batik pulak! 

HAHAHAHHAAHHA Normal lah tu. Makanan dengan Pejah mana boleh dipisahkan. Kalau boleh, kurus lama dah T_T Kek batik ni sedap. Manis gilaaaaaaaaaaa! Kawan Zudin (cousin) buat. Oh tunang Abg Ayoi buat pun sedap plus kecik-kecik je. Memang sekali ngap je. Satu bekas memang tak cukuplah untuk pejah hehehhee.

Oh Farhan reply tweet weh! HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Anw back to our story. Macam aku katakan tadi, aku takda idea pun nak menaip apa; takda idea. So korang akan nampak aku mungkin akan ulang ayat yang sama beribu kali dalam satu entri. Muahahahaha nasiblah bila takda idea tapi nak lepak dalam ni. Ayat nak menggoreng macam goreng ayam pun takda ni. 


Malam raya tu, selain ada bakar-bakar yang di organized oleh pemuda Sg Tekali, ada jugak bunga api ye. Fuhh terkejut-kejut aku masa makan tu. Abg Amir (cousin) lupa kot yang aku perlu makan dalam keadaan yang tenang. Takpa, aku pasghah. Aku menyerah. Eh tetiba sangat. 


p/s: kesian column Zcoop aku; sendu sangat.

Friday, September 8, 2017

Bergembiralah Wahai Perutku!

Assalamualaikum.

Kembali bersiaran kerana Pejah agak free harini. Padahal hari-hari pun free tapi free bukan sebarang free eh. Free tetap kena buat kerja walaupun sikit tapi Pejah watlek wat peace je. Hoii merepek apa ni?

Mana yang tau, tau lah. Mana yang tak, nak bagitau. Last weekend Pejah pergi Lumut. Buat apa? Beli sotong gula je uolls. Nak beli apa lagi? Hehehehe. Tapi takda rasa nak update sebab memang beli sotong gula je pun. HAHAHAH. Kononlah catit pukul berapa gerak, pukul berapa sampai, pukul berapa lalu kat jeti yang jem tu, pukul berapa check in hotel semua tapi bila dah malam tu, malas nak update dan akhirnya membawa ke malas semuanya! Hehehehe normal lah. Pejah kan. Kalau tak malas, mungkin bukan Pejah yang menulis ni. Huh! Merepek lagi.

Tapi being me, entri memang kena letak gambar makanan walaupun bukan dari Lumut. Tak kisah lah dari mana datangnya gambar tu, tapi kena letak jugak. Actually aku pun lupa aku ada amik gambar makanan ke tak kat lumut tu. Oh yeah, ada weh ada. Nak tau apa? Sebekas sushi je. Adik siap cakap 

kakak, cepat sikit amik gambar boleh? Adik nak makan ni!
update: gambar sushi.

 
Kakak redha. Lepas check in terus amik gambar. Lepas amik gambar, terus bentang selimut then makan. Haa menipu. Dalam bilik memang selimut dah bentang pun. Nak bentang apa lagi kan? Hhehehe gurau ni gurau. Tak kelakar? hmm kisah? Lalalalla ~~

Basically ni makanan-makanan minggu ini. Makanan sedap je aku letak. Eh bukan. Makanan yang sempat aku amik gambar je aku letak. Tak sempat, aku potretkan didalam perut jelah eh. Hehehe ya ya aku tau hambar. Kisah?


Balik rumah. Bau sup. Perghh ini memang kegemaran adik beradik. Mee sup buatan Ma! Memang terangkat beb. Lagi banyak cili kicap tu, lagi berpotensi lah aku check in toilet lepas tu. HAHAHAHAHAHA. Betul. Perut aku annoying sekarang. Pedas sikit mulalah mintak check in. Mengada. Malam tu aku makan bertambah. Lepas tu. Ok ni best. Aku sambung breakfast mee sup jugak. Lepas tu (ni pun best jugak), mee dalam mangkuk aku dah habis, aku tambah nasi pulak. Ok (last, pun best jugak) last sekali nasi tak habis. HEHEHEHEHE. Tamak kan. Padan muka Pejah! Menangis nasi tu cari kau nanti !



Khamis. Normally aku tak balik. Selalunya akan stay kat office lah. Tapau siap. Tapi sebab aku macam bosan, penat nak tenung pc tapi tak jadi pape jadi aku decided untuk balik. Masuk rumah Opah, bau Sup Tulang buatan Busu. Ok yang ini, Busu yang suruh letak kat blog. HAHAHAHA. Aku memang suka sup daging dengan ayam so bila aku terbau sup, memang selera lah tekak aku. Tapi semalam (Khamis) aku makan sikit sebab entahlah. Aku pun lupa kenapa aku makan sikit. Nasi panas mungkin? Lepas tu masuk office lapar. Amenda tah perut. Asyik lapar je -____-"




Balik rumah, baba kata makan luar harini. Yahoooo! I like. Hahahhaa. Mula-mula pergi dekat area rumah. Eh tutup. Lepas tu ..

Apa kata kita makan dekat Kajang? - Adik
Kat mana? - Ma

Akhirnya motor bergerak ke Kajang tanpa tahu lokasi nak mencekik dan tau-tau dah parking dekat restoran kegemaran Pejah. Waahhahahaha. Baiklah marilah order Sotong Telur Asin buat kali kesejuta! Hahahah tipu lagi. Sotong Telur Asin tu tak perlu dihebahkan lagi. Socmec Pejah semua pernah dia menetap! So korang kalau pergi V-View (boleh click) korang kena order Sotong Telur Asin ni. Eh ayam lemon pun sedap tapi semalam tak order.

Bahagia betul jadi Pejah. Hidup dengan makan, makan dan makan. Lepas tu stress berat naik. Weh aku dengan Zikri beza 10kg kot! Dengan Achik tak payah tanya. Adalah beberapa kgs. Hehehhe. Bila nak kurus tah. Padahal tiap-tiap awal tahun berazam kemain sebelum raya nak kurus. Tapi ? 

Tak payah fikir tapi tu lah. Hehehehe.

Dah bye. Nak sentap berat taknak turun T_T

Saturday, September 2, 2017

Hanjuku Cheese Tart Komugi !

Assalamualaikum.

Bila ada update pasal makanan, maknanya apa gais? *hulur mic* YES, MAKANAN SEDAP DAN PASTI SEDAP DAN PASTI ANDA JUGA INGIN MENTRY eh ada ke perkataan ni tapi YA YA ANDA KENA CUBA!

Ya gais, aku akan update tentang produk Komugi sekali lagi. Pejah dan Komugi berpisah tiada. Lalalalala. Aku tak berapa sure sebelum ni cheese tart memang ada dalam menu list atau pun produk baru tapi tak payah fikir lah yang itu. Yang pasti bila dah masuk dalam blog pejah, haruslah makanan tu sedap yakni SEDAP dan SEDAP lagi. Muahahahahhahahahaha! Over.

K.

Memperkenalkan ...


Hanjuku Cheese Tart
RM 5.90 each

Nampak menyelerakan tak? Tak? Eh korang ni. Jangan nilai luaran dia ok. Korang patut beli dan rasa sediri. Heheheh.


Kalau brand lagi satu tu, cheese dia terlampau rich sangat. Yang ini, just nice untuk orang yang tak gilakan cheese sangat macam aku. Mungkin juga sebab cheese tu sejuk, so tak rasa rich sangat ke apa, itu aku tak pasti tapi aku boleh habiskan sebiji tanpa rasa bersalah dan akhirnya membawa kearah duka lara akibat berat naik dengan begitu jayanya sekali. Sigh. Nasiblah ada tekak lapar doplohpatjam -.-

Oh, kepada penggemar chocolate cheese, korang jangan bersedih sebab ya ya flavor kegemaran korang ada ok! Tapi tak dapat nak olah sebab tak sempat nak try lagi :(  Once aku try nanti, aku update entri ni ok. Tapi original punya SEDAP GILAAAAAAAAAAAAAA! 

Mangkuk pastri tu pulak tak terlalu rapuh dan tak terlalu keras jugak. Sedap walaupun hitam pada gambar yang berada di perenggan atas tu. Eeee menyampah. Tapi walaupun gelap, ia tetap sedap tapi tak sampai pula kedalam mimpi. Kalau sampai, mesti pagi tak lapar. Sigh sekali lagi.

Eh pergilah cari outlet Komugi. Rasa tau!

Wednesday, August 30, 2017

Kejadian Ahad yang menghayat hati. Pilu sangat ...

Assalamualaikum.

Sebenarnya kan, kalau korang jenis refresh blog ni sampai lebam, korang mungkin TERperasan yang bahawasanya pada hari Isnin, ada satu entri. Tapi tiba-tiba hilang. Kan? Grrrr jangan tanya aku sebab aku pun tak tau macamana boleh terjadi. Aku lagi terkejut sebab tiba-tiba ada draft. Sudahlah draft, isi-isi kandungan serta penghargaan pun hilang. Apa blog ni ada jin ke? Weh blah kau jin sebelum aku lipat dan buang kau! Aku dah lama tak usik kau dalam almari tu, kau jangan buat hal. Bagi aku kurus dulu.

Eh macam melalut. Jin dengan jeans mana sama? hmmm *garu dagu*

Tapi tu lah, pendahuluan aku selalunya merepek sikit. Ini kalau masa sekolah tulis pendahuluan macam ni, mesti cikgu aku bangga dengan aku sebab pendahuluan je dah lebih tiga baris. Belum masuk isi lagi; banyak nak kena reject. HAHAHAHAH.

Jadi sebab aku tak rajin nak tulis sedetail Isnin lepas, just cut the story, aku tersadai hampir satu jam dekat highway depan Aeon Cheras Selatan. Dan nasib baik dengan Zikri. Kalau aku sorang, mati kutu beb! Aku telah diselamatkan oleh adik kedua aku yakni Achik selepas setengah jam LEBIH menunggu. Aku redha dan pasghah tapi sebab panas, Achik kenalah terima bebelan dari aku. HAHAHAHHAAA dah lah cuaca macam mendung tapi panas tak berapa nak lit. Bayangkanlah sendiri.


Ya ya aku redha lagi sekali tapi bila tengok staf bengkel tu, terus rasa sejuk hati, mata dan segala-galanya. HAHAHAHHAAAHA 

Kau pahal doh pejah?!

Takdalah. Staff dia telah membuatkan hati aku berkocak sebab cakap macam !@#$% Kejap kata esok baru boleh repair, kejap kata saya tengok dulu, eh tau-tau dah siap. Eeee takpa redha lagi. HAHAHAHHA

Hmm dah lah. 

Eh gais, next entri, Sabtu jam 11 pagi. Hanya di blog ini. Wakakakkaka

p/s: lunch buddy last day! T_T

Wednesday, August 23, 2017

Grilled Chicken by Lauk2u

Assalamualaikum.

So people, I am back with food review. Jika sedap, haruslah share dengan korang kan?

Tahukah anda, bahawasanya Lauk2u telah mengeluarkan beberapa menu baru? Tidakkan? Kenapa? Sebab anda belum ada masa nak test power makanan dorang kan? Huh! Tak percaya ke dengan apa yang telah ku katakan pada entri spaghetti bolognese tempoh hari? Tapi hmm set tu dah macam upgraded weh. Alaaa takkan korang taknak try lagi? Eeeeee... pergi ambil phone, order sekarang!

Dah lah. Gambar, sila masuk dalam dewan sekarang. Dorang ni nak tengok JER rupa kamu tu. 

Gambar didalam folder lain; 
'baiklah teman-teman, masa aku telah tiba. Aku gerak dulu eh'


Huh, tak habis-habis dengan drama. Hari-hari drama. Dah. Teruskan ....

Tengah berjalan dari store ke depan, tetiba ....


Gambar ni muncul di skrin dengan ucapan ...




Kejam sangat perangai. Memang terliur lah cerita dia kan? Eeeeee Lauk dah berubah. Dulu tak kejam macam ni pun. Sejak-sejak ada menu baru, kemain perangai ...

Tunggu punya tunggu, pukul 11 pagi dia sampai dekat guard house. OMG tak sabar nak rasa. Ok dah pukul 12. Ayuh ke pantry!




Presentation OUT eh Lauk ! HAHAHHAHAHAHA habis semua tunggang terbalik. Tapi takpe, kita relax je. Sebab kita kena relax untuk feel makanan yang bakal dimasukkan kedalam perut. Bising-bisng nak buat apa tah, kan? And mine got two different sauce; black pepper and mushroom. Thanks Lauk !

Verdict? Hmmm black pepper sauce tu pekat gilaaaaaaa! Plus ada rasa macam masin sikit. Ingatkan deria rasa aku yang problem, tapi sah, ada masin sikit. Mushroom sauce tu sedap! Serious. Tak tipu. Tapi aku nak rasa lain sikit, aku campur je dua-dua sauces tu. Still rasa sedaplah jugak. HAHAHAHAHAHA. Cuma bila makan sos tu secara solo, rasa masin sikit. 

Ayam dia, sedap. Ada juice lagi walaupun pada mulanya aku tengok eh kenapa macam kering? ni grilled ke? HAHAHAHHA siapa suruh dia tunjuk bahagian kulit pagi tadi. Tapi sedap. Mix salad tu aku tak makan pun. HAHHAHA biasalah terlebih fokus dekat ayam. Heh! Perangai sangat. DAN Lauk lupa nak bagi chips! HAHAHAHA apa ni? Tapi disebabkan Lauk sudah minta maaf, jadi aku ok je. Takda hal lah. Jangan ayam yang tertinggal dah lah :D

Oh lupa nak bagitau korang, semua menu ini disertakan dengan air mineral dan sebijik epal ye :)

And guys, esok pun ada menu grilled chicken ni tapi menu untuk hari Khamis ada nasi ye. Waaaaaa kenapa baru perasan LEPAS habis makan? Eeeee geram tau tak! Ok, since ada lagi Khamis dan Jumaat untuk minggu ni, aku letak untuk korang tengok menu. And manalah tau, tetiba nak rasa ke kan? 


Lauk 2 U 

Instagram : Lauk2u 
Twitter: Lauk2u 
Facebook: Lauk2u


Dah, jangan malas. Pergi order sana.


p/s: Nasi goreng kampung tu macam sedap je? Hehehe
p/s ii: review ni by aku sendiri tau. Lauk tak suruh pun aku uar-uarkan kat korang 

Tuesday, August 22, 2017

Zera's Engagement Day!

Assalamualaikum.

Bila dapat tau yang one of my girls akan bertunang, of course kita semua rasa macam OMG! finally! Someone are getting married soon! Fuhh drama sangat. And pada sehari sebelum kejadian, yakni Jumaat, Zera told us about her actual time for getting the ring. HAHAHA. So she asked us to be there sebelum majlis bermula. And we did!

Aku tau aku bukak mata, korang dah sampai eh!

Arahan dari seorang gadis yang bakal disunting. Rasa nak lempang! Tapi kitaorang sampai selepas dia bukak mata dan dah siap make up pun. HAHAHHAHAHA eh gila apa nak datang sebelum dia bangun? Mengada sangat perangai kalau datang awal-awal. Tapi Zera nampak cantik. Bak kata Zera ...

Aku macam Tunku Tun Aminah kan?


Bagi tidak menghampakan seorang Zera, kitaorang ye kan jelah. HAHAHAHHAHAA bila lagi kakchik nak feeling macam tu kan? Dihari bahagia saja. Dan aku terlupa birthday dia around the corner! OMG terlupa. Tapi takpelah, dah dapat hadiah cincin kan? HEHEHHEE



Us  Sebelum seorang Nur Zahirah tukar status. Yeah yang besar tu aku. Siapa lagi? *mata ke atas*


Us  Selepas seorang Nur Zahirah dah tukar status. And omg! Terselah gigi dracula masing-masing -___-"


Congratulations pretty girl!


Biasalah, dah datang awal kan, haruslah gambar bersama kena banyak. Baru rasa macam orang penting padahal duduk dengar Zera membebel je. HAHAHA. And kenapa muka aku macam tu OHEMGEEEE! Dah lah Zera kata aku senyum sinis sekarang -.-



The best photo from Pina.



Mana tuan tanah? Sorry iolls kan pemalu. Takpe, Iolls duduk tepi sambil tahan krem kaki je. Penat duduk bersimpul macam gegadis melayu terakhir. Gittewwww :p


The best picture of the day! Us 



Sebelum pulang ke sarang masing-masing. 

.

Soon to be Mr & Mrs Fareez. Alololooooo 

Dear korang, yeah both of you. My warm wishes to both of you on this special day; May you both continue to enjoy and love and be there for each other no matter what. I am so haaaaaaaaaaaaaaaappy for both of you (walaupun banyak sangat drama nak kena dengar. hahaha takyah malu-malu eh Zera. Aku ingat lagi kejadian dekat bus stop!) 

Congratulation on your engagement best friend! 

Tuesday, August 15, 2017

Bila kau bosan, semua bosan sampai tak tau nak tulis apa. Ya, memang bosan.

Assalamualaikum.

뭐하고 있니?
그냥 ..

Eh bosanlah. Bosan yang amat bosan. HAHAHHAA. Sebab apa bosan, masih tidak diketahui. Kalau tau pun, malas nak ambil tau sebab nama pun malas. Ha nak apa lagi kan? -______________-" Kerja pun semalam dah siapkan. Ada lah tinggal filing je tapi malas kan. How I wish ada orang filing kan?! Hehehehhe mengada sangat perangai. Tak lah aku gurau je pun *mata keatas*

Kejap lagi aku sambung menaip. Kakna minta tolong.

Ok, I'm back people.

Basically aku memang dah free ni. Tengah tunggu container sampai office je, then update emails semua. Other than that, aku akan termenung pc ni sampai meletup! HAHHAHAHAA drama sangat.

Grr nampak sangat aku takda benda nak cerita. Ada tu memang ada tapi aku tak tau nak luahkan macamana. Jadi till next post yang tak tau bilaaaaaaaaaaaaaaaaa ...

Bye!

Sunday, August 6, 2017

Hari yang indah !

Assalamualaikum.

So first, let me introduce you guys dengan kuah rojak paling sedap dan a bit pedas buat masa ini and it's homemade guys!




Made by Busu. Sumpah sedap dan pedas dan puas gilaaaaaaaaaaaaaaa makan. Lagi banyak kacang lagi wow marvelous ! Eh kejap, pernah ke Pejah bagi korang makanan yang tak sedap? Tak kan? So trust me. And guess what, if korang nak rasa and of course beli kan, jangan malu-malu untuk let me know. Just drop me an email / tweet atau anything yang boleh menyenangkan anda-anda sekalian :)


My brunch tadi. Sedap! HAHAHAHAHAH gila puji buatan makcik sendiri but trust me guys, ia sangat sangat sedap. SANGAT SEDAP !



Minum petang harini dekat rumah nenek di Sepang obviously. Pengat Durian ! Well semua orang tau aku tak makan sangat something mix with Durians macam bubur add durian ke apa. Tapi untuk yang ni, hoii lapar and rasa sedaaaaaaaaaaaaaaaaap sangat. Manis. Sedap. Cicah pulak dengan roti. Alamak! Hari yang penuh dengan kemanisan. Sedap! Eh berapa banyak sedap ni? Hahahah tapi memang sedap.



Our dinner! Mine, Grill Chicken Chop at Pavillion Steak & Grill, Kajang. First time datang sini and the food was really good and harga dia pun quite murah lah. Go try guys. At least once? Alamat? Korang boleh check dorang punya Facebook page --> Pavillion Steak & Grill


p/s: sebab harini makan rojak terlebih, so tulisan pun rojaklah jugak

Sunday, July 30, 2017

Finally, I did it !

Assalamualaikum.

Guess what, aku baru balik dari Teluk Kemang and terus rasa nak update blog walaupun mata mengantuk gilaa! Tapi ku gagahkan jua. Yang takleh blah, aku gagah update harini yakni Ahad, sebab aku seorang gigihlah. Lalalaa~~ Dah, teruskan membaca walaupun gambar tak banyak macam dulu. MALAS.

4:30 am macam tu, aku dah bangun sebab ma kejut. Oklah. Lepas subuh, terus gerak ke Port Dickson. Around 8am macam tu kot, sampailah kita-kita semua ke Teluk Kemang. First time aku excited sebab tujuan aku satu je weh. Tak banyak. Hahhahaha.



Bekalan seorang Pejah. Aku memang sentiasa kena ada makanan. Hahahaha. Padahal memang sentiasa lapar. Biasalah. Pejah kan.... Oh Kopi O tu sedap. Pahit sikit but nice! 




Lepas dah set up meja, haruslah wefie sikit. Haa jangan tanya mana yang lain. Semua dah selamat berendam dalam laut tu. 


Yang dinanti-nantikan ... Seorang Pejah sedang bersiap sedia. Kau tak tau betapa gemuruhnya aku? Mengigil tahap nak terkeluar jantung woii. Baru pakai jacket kot HAHAHHA. Memalukan -__-"


Dah ready ni. First time dan aku nervous! Aku berdoa banyak-banyak supaya brother tu tak jatuhkan kiteorang kat tengah-tengah laut tu je. Siapa nak selamatkan aku kalau aku jatuh? Alif boleh pulak gegarkan boat tu. Hoii cuak akak kau ni tau. Aku ada video aku jatuh dari boat tu tapi tak tau lah boleh upload sini ke tak. Dari tadi aku cuba rotate tak dapat. Kalau dapat, aku try ok. Dah jatuh tu, fuhh nasib sempat grabbed tangan Alif. Kalau tak? Mungkin aku tak update entri ni. HAHAHAH drama!

Update: Video dibawah ini.




Dan sudah tiba masa untuk pulang ke pangkal jalan yakni Kajang! HAHAHH. Ada banyak gambar tapi ini paling senonoh muka aku. Hehehe. Muka aku lagi penting ok. Lalalalalaa~~



Wow semakin bulat muka kau eh Pejah? Walaupun aku dah mandi, berlengaihhh gilaaa muka aku masa ni. Dah lah tunggu lama gilaaa! But semakin petang, semakin ramai orang dekat Teluk Kemang. Redup, hujan, panas sikit je sepanjang harini.



Happy 53rd Birthday Baba! Kakak forever love you! Semoga Baba sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan dilindungi olehNya. Amin 💓



Dan bekalan untuk pulang adalah kacang kuda buatan Busu.

Monday, July 24, 2017

Subway way way ...

Assalamualaikum.

Last day syawal, dan aku belum jumpa kuah lodeh lagi. Dan aku jugak belum menjejakkan kaki ke Subway lagi ! Hehehe. Kemain masa puasa nak makan masa raya lah apa. Ni dah akhir raya, pun tak makan lagi. Tadi tenangkan diri minum Iced Lemon Tea je.

Hoi kenapa nak tenangkan diri?

Hoi aku stress hoii. Pagi-pagi kena bebel dengan #MamatAnnoying1 . Stress betul. Dia suka bagi aku masalah pagi-pagi. Nak jugak bagi satu office ni dengar suara dia yang annoying tu. Eeee geram! Tapi takpe, aku dah cool dah. 

Phewww nasib baik.


BILA NAK MAKAN SUBWAY NI?

Thursday, July 20, 2017

Wednesday, July 19, 2017

Birthday's Wish.

Assalamualaikum.

Birthday time!

Tahun ni sama je seperti tahun-tahun lepas. Kalau tahun sebelum ni, Zikri akan celebrated dekat sekolah then baru dengan family, tahun ni pun sama ye. HAHAHA nasib kau lah Qie. Siapa suruh terpilih pertukaran pelajar? HAHAHHAA redhalah dikau disana ...

So kepada kau,


Muhammad Faizikri Bin Azmi,

Selamat Ulangtahun yang ke 17 tahun. Walaupun kita beza 9 tahun tapi nampak aku lagi muda dari kau! HAHAHAH takda kena mengena. Ok aku tau. Anyways, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki,  mendengar kata baba / ma / aku / achik, tolong jangan keras kepala macam Achik which is not good sampai aku rasa nak lempang korang dua ! Terima kasih sebab selalu teman adik dan jadi mangsa adik sebab aku kan kakak. HAHAHAH.


Oh rupanya kita ada gambar berdua. Naahh! Aku penuhi impian kau untuk letak gambar berdua sambil wish birthday. Kau kan poyo -.- Happy Birthday Zikri !
 

Oh bukan gambar berdua je ada, malah berempat ! Tahniah kepada kita berempat sebab ada jugak gambar berempat yang mana sangat susah untuk dicaptured gara-gara abang kau yang poyo ittewwww -____-"



p/s: Happy Birthday Cik Noura !

Monday, July 17, 2017

Faizah dan Makanan berpisah tiada. TAK MUNGKIN. NEVER!

Assalamulaikum.

Ya tuhan, lagi seminggu nak habis Julai / syawal, barulah terhegeh-hegeh nak update blog. Haaa ni kira ok lagi lah. Berupdate kan? Zcoop? HAHAHHAA dah sebulan. Cukup bulan ni, naiklah dua bulan tak berupdate. Aku bukan apa, bukan takda masa. Tapi idea tu takda. Nak kata aku sibuk sangat, tak pun. Biasa je. Sibuk tu hari-hari pun sibuk lah tapi..

As you (ya korang) tau, Yonghwa soon akan release album baru. Dan aku tak beli ! hahhha kenapa? sebab takda siapa nak beli blueming lah. Korang ni, tolonglah beli Blueming tu. Aku akan bagi poster sekali kalau korang beli. Hehehe :) Tawaran ni datang sampailah Blueming terjual. HAHAH.

Aku ada banyak gilaaaaaa benda nak share tapi macam biasa, aku tak tau nak start dari mana. Wayar pun dah belit-belit dah ni tapi still tak boleh fikir nak start dari mana. Cuma nya aku perlukan ketenangan. Eh cehh padahal hari-hari dah bertenang dah. 26 tahun kau bertenang pejah -.-

Aku bosan harini dekat office. Tak tau kenapa. Nak kata takda kerja, eh artworks semakin lama dekat office, semakin banyak artworks menimbun. Haaa gittewww. So takdalah free sangat kan? Tapi aku tetap bosan.

Rasa nak baring. Rasa nak makan. Rasa nak bebual. Rasa nak bercerita. Rasa nak memekak. Rasa nak sushi. Rasa nak benda manis. Rasa nak menangis. Grrr masalah betul. Aku rasa aku tau kenapa tapi tak mungkinlah. HAHAHAHA. Sebab aku memang ada masalah ni setiap hari. HAHAHA orang lain mungkin tiap bulan, aku SETIAP HARI ok. Itu yang asyik stress tu :p

Aku dah bosan dengar lagu Despacito ni. Bilalah lagu ni nak habis? (Currently listening)


Sedapnyaaa awak.

Tapi aku teringin ketiaw tomyam dengan sardine jugak. Haaa sedapnyaaa...

Friday, June 30, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart. AGAIN !

Assalamualaikum.

Ingatkan dah habis celebrated dan terima hadiah dah lepas 12hb. Oh jangkaan meleset. Masih menerima hadiah sampailah habis puasa. HAHAHA dasyat sangat ni. Terima kasih semua orang.

Walaupun puasa, aku tetap masuk office pada hari Sabtu. Kalau takda kerja, barulah tak masuk. So on 17th, aku masuk office macam biasa, wished Aziela's birthday dekat Hangout. Biasalah rutin harian ni gossip dengan #GengPondok dekat Hangout. Teyka je takda dalam tu sebab tak sure dia ada Hangout ke tak.

Ok, tiba-tiba dapat tweet dari Farhan, dia tanya aku kerja ke tak ke. Aku cakaplah kerja, then dia suruh tunggu dekat dewan roti john. Haa why dewan roti john? Sebab ada orang jual roti john dekat situ. Padahal nama dewan tu Dewan Dato Nazir. HAHAHAH suka-suka kau je bagi nama -.-

Ok, aku tunggu dia hampir 20min jugak. Biasalah. Tak kena tunggu, bukan Farhan namanya. HAHAHA. Aku betul-betul ingat dia masak, sebab dia ada mentioned dekat tweet yang dia nak bagi something yang DIA MASAK. Sekali .....


awww thanks beb! 


Durian


Coklat


Gigih tau aku tunggu waktu berbuka walaupun malam tu berbuka rumah nenek. Sampai je rumah Kajang (sebab cheese tart ada dekat rumah, tak bawak balik Sepang), terus makan satu yang coklat. Sedap tapi sebab mengantukkan, maka sambung makan sahur esoknya sampai berbuka keesokkan harinya! hahaha.

Ok tayang kotak lagi ..



Thank you daun keladi, tahun depan hadiah lagi!☺