Saturday, April 15, 2017

Cerita A.B.C

Assalamualaikum.

Hi. Macam biasa di hari Sabtu yang hening dan panas ni, aku berada di office. Eh dah macam rutin minggu pulak sekarang. Hopefully bulan ni penuhlah 5x Sabtu aku masuk. Kalau penuh, wow satu pencapaian yang membanggakan. HAHAHA. Apa yang dibangga pun tak tau.

Ha, entri pasal kawan aku tu dia punya viewers dasyat jugak. 41 viewers dalam masa tiga hari. Ni kalau dia baca ni, haaa mulalah sesi membongkak diri dia dekat aku. Dia tu bukan betul sangat. Cakap aku saiko walhal dia lagi lah super saiko. Scary dengan saiko dia. Biasalah orang kuat perasan en. HAHAHAHA lek Ben, lek.

So harini kerja quite banyak jugak. Kejap lagi nak turun production, normally aku tak turun hari Sabtu. Alaaa panas kat bawah. Aku kan puteri lilin kadang-kadang. HEHEH. Semalam aku turun kejap pun, dah rasa macam mandi. Panas gila. Mungkin sebab Andy tak on kipas ke apa, tapi panaihh berlengaihh. 

Harini kenduri lagi seperti minggu-minggu lepas. Tiap-tiap minggu ada kenduri sekarang. Dasyat. Tiap-tiap minggu kena makan. Tiap-tiap minggu kena pakai baju kurung. Tapi yang masalahnya sekarang, baju kurung makin ketat. Eh salah aku ke? Hmm nak salahkan makanan pun tak boleh jugak. Nak salahkan tuan rumah? Hmm boleh jugak kot. Siapa suruh buat kenduri lepas tu ada makanan sedap-sedap? SIAPA SURUH?! Bila nampak sedap, aku kenalah makan. Hmm.. Semoga ada bubur sumsum dekat kenduri karang. EH?!

Kalau aku ikutlah ceritanya pun.

Oh Kenid dah mati. Hmm Kenid ni kucing Wawa yang haritu kena langgar lari. Kesian dia, mata dah kero. Lepas tu Wawa cakap Kenid getting better but tulah, Tuhan lebih sayangkan dia. Dia pergi juga akhirnya.. Semoga Kenid bahagia disana. You will be missed, Kenid. T_T

No comments:

Post a Comment