Thursday, April 27, 2017

Makan. Makan. Makan. Makan. LAGI !

Assalamualaikum.

Okay, since harini hari Khamis, meh aku sajikan korang dengan gambar-gambar makanan yang hoii sedap lagi marvelous sampai terbayang-bayang. Makanan homemade, beli, semua ada. So let's!

Kita mulakan dengan makanan yang menjadi trending baru-baru ini. Ayam Goreng McDnama diberi. Prepared Fresh, Served Hot and Crispy menjadi slogan kali ni. Fuh kemain sangat ni! Terus hangat ayam goreng ni lepas iklan dia keluar. Ha dah sempat tengok belum? Aku tau belum. Nah tengok!


Haa tetiba macam teringin kan? Okaylah aku pun walaupun aku suka BigMc lagi dari ayam McD ni. So selalu cakap dengan Achik belanjalahh ... eh tetiba Achik whatsapp gambar ayam McD. Good dia ada bawak balik seketul dua. Alhamdulillah.



Ni lah antara seketul dua tu tadi. Hmm, sampai sekarang aku berfikir tang mana yang pedas gila-gila pedas tu since aku makan, tak pedas langsung pun ok. Serious tak pedas. Aku rasa ayam goreng kat simpang rumah aku lagi pedas dari McD ni. HAHHAHA. Pelik.

And hari Isnin lepas, kan satu Malaysia cuti kan? Okay pada yang tak cuti, what to do? Bos I baik, so dia bagi cuti. Wehooo~ So Ma cakap nak buat roti dekat rumah Opah. First thing to do adalah membeli bahan-bahan yang tak cukup tu. Jangan tanyalah apa nama bahan tu sebab aku tak tau. HAHAHA. Sebab banyak sangat. Dulu masa aku belajar buat kek coklat kukus dengan kak Fain, barang tak sampai 5 pun. Roti ni macam banyak gila. Dengan yis lah, telur lah, susu tepung lah. Memang banyak.


Our first roti. Verdict? OMG! Ni yang terpaling sedap, terpaling laku dalam semua tester. HAHAHAHAHA bunyi macam banyak je tester kan? Takpelah, teruskan membaca. Masa kiteorang kat bakery shop, Ma beli filling red beans jugak. So ada roti letak filling, ada roti kosong tapi tabur pumpkin seeds je. Then Busu sapu kuning telur jugak sebab nak dapatkan effects kuning yang hmm tak berapa kuning tu.


Sedap!!!



The second try. Ni macam ok je. Tak sesedap yang pertama. And tak tau nak cakap macamana. Yang ni ada kenteng lenyek; yang digaul sekali sebab konon-konon nak buat roti kentang kegemaran semua orang tu.



3rd try and yang ni buat dekat rumah. Buat 13 pcs and semua filling red beans dan amik masa tak sampai sejam untuk siap. Masa baru siap tu, lembut gebu gebas sampai aku rasa macam nak sorokkan sebiji dua untuk bawak pergi office. Tapi tu lah, niat tu. HAHHAAH eh tapi niat aku baik je kan? Aku nak makan kat office tapi tapi pagi tu macam keras. Takdalah keras teruk gila tapi tak selembut macam baru siap. Mungkin sebab aku tak letak dalam bekas, so angin? HAHAAH entahlah. Tapi sempatlah semalam balik kerja makan ni buat cicah kopi o'. Sedap! kau apa yang tak sedap? -.-


One of the lunch  dekat office. Ada satu hari tu, hujan (macam harini) kiteorang tengok kat TL, and siap RT makanan-makanan sedap sebab masing-masing lapar tapi tak boleh keluar sebab hujan kan. So kononnya dengan cara RT tu kenyanglah kononnya. Hahahaha walhal makin lapar! 

Tiba-tiba terjumpa satu acc twitter ni @lauk2u dia ada buat delivery makanan and free delivery. And kiteorang tanya, kiteorang terbooklah 2 set. HGAHAHHAA. Biasalah tu. Sedap! Nasi dengan chicken blackpepper and nasi hujan panas dengan rendang ayam.



And yang ni paling latest and yang paling sedap dari nasi ayam blackpepper tu. Spaghetti Bolognese weh! Sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Korang kena try! Serious!

Dah, aku nak kenangkan balik rasa spaghetti ni.

Bye!

2 comments: