Sunday, July 30, 2017

Finally, I did it !

Assalamualaikum.

Guess what, aku baru balik dari Teluk Kemang and terus rasa nak update blog walaupun mata mengantuk gilaa! Tapi ku gagahkan jua. Yang takleh blah, aku gagah update harini yakni Ahad, sebab aku seorang gigihlah. Lalalaa~~ Dah, teruskan membaca walaupun gambar tak banyak macam dulu. MALAS.

4:30 am macam tu, aku dah bangun sebab ma kejut. Oklah. Lepas subuh, terus gerak ke Port Dickson. Around 8am macam tu kot, sampailah kita-kita semua ke Teluk Kemang. First time aku excited sebab tujuan aku satu je weh. Tak banyak. Hahhahaha.



Bekalan seorang Pejah. Aku memang sentiasa kena ada makanan. Hahahaha. Padahal memang sentiasa lapar. Biasalah. Pejah kan.... Oh Kopi O tu sedap. Pahit sikit but nice! 




Lepas dah set up meja, haruslah wefie sikit. Haa jangan tanya mana yang lain. Semua dah selamat berendam dalam laut tu. 


Yang dinanti-nantikan ... Seorang Pejah sedang bersiap sedia. Kau tak tau betapa gemuruhnya aku? Mengigil tahap nak terkeluar jantung woii. Baru pakai jacket kot HAHAHHA. Memalukan -__-"


Dah ready ni. First time dan aku nervous! Aku berdoa banyak-banyak supaya brother tu tak jatuhkan kiteorang kat tengah-tengah laut tu je. Siapa nak selamatkan aku kalau aku jatuh? Alif boleh pulak gegarkan boat tu. Hoii cuak akak kau ni tau. Aku ada video aku jatuh dari boat tu tapi tak tau lah boleh upload sini ke tak. Dari tadi aku cuba rotate tak dapat. Kalau dapat, aku try ok. Dah jatuh tu, fuhh nasib sempat grabbed tangan Alif. Kalau tak? Mungkin aku tak update entri ni. HAHAHAH drama!

Update: Video dibawah ini.




Dan sudah tiba masa untuk pulang ke pangkal jalan yakni Kajang! HAHAHH. Ada banyak gambar tapi ini paling senonoh muka aku. Hehehe. Muka aku lagi penting ok. Lalalalalaa~~



Wow semakin bulat muka kau eh Pejah? Walaupun aku dah mandi, berlengaihhh gilaaa muka aku masa ni. Dah lah tunggu lama gilaaa! But semakin petang, semakin ramai orang dekat Teluk Kemang. Redup, hujan, panas sikit je sepanjang harini.



Happy 53rd Birthday Baba! Kakak forever love you! Semoga Baba sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan dilindungi olehNya. Amin đź’“



Dan bekalan untuk pulang adalah kacang kuda buatan Busu.

No comments:

Post a Comment