Thursday, September 14, 2017

Chicken Blackpepper Lauk2U

Assalamualaikum.

Aku tengah relax ni walaupun dah 20min habis waktu lunch. Mihmihmihh.. Perut tengah nak hadam makanan yang aku makan tadi. Kejap lagi aku buatlah apa-apa yang patut aku buat.

Nampak sangatlah takda idea tapi nak menaip jugak. Heh dasar sangat.

Sebenarnya aku nak update pasal lunch meal aku harini; dari mana lagi kalau bukan Lauk2U. First time try menu ni. Ku ingat pedas sebab blackpepper kan, rupanya manis -.- potong betul. Tapi habislah jugak. Lapar kan. Alhamdulillah jarang tak habis. Hehehe :D 


Set Nasi Kukus + Chicken Blackpepper + Sup Sayur


Alhamdulillah kenyang beb. Siap ada sambal belacan tuu... Tapi tu lah ayam tu manis. Aku membayangkan dia pedas. Sebab lada hitam kan. Tapi sangkaanku meleset dengan teruk sekali sambil makan sambil redha. HAHAHAH tapi sebab lapar, habislah kan :D

So normally kalau korang order dengan Lauk2U , korang memang akan dapat apple hijau dengan mineral tu. Cuma makan atau tak lah. HAHAHA. Sebab aku jarang makan buah kat office, selalu nya aku peram je dalam laci sampai tiba masanya; aku buang. Aku dulu pernah tanam impian nak simpan sampai 30 biji lepas tu boleh buat party buah kat office tapi niat tak kesampaian. Yelah, mana nak kesampaiannya? Nama pun buah kan, lebam lah dia -.- 

Jadi, berapa lamakah hayat buah epal tu dalam laci? Kita nanti kan kisahnya ..... bye!

No comments:

Post a Comment