Saturday, September 2, 2017

Hanjuku Cheese Tart Komugi !

Assalamualaikum.

Bila ada update pasal makanan, maknanya apa gais? *hulur mic* YES, MAKANAN SEDAP DAN PASTI SEDAP DAN PASTI ANDA JUGA INGIN MENTRY eh ada ke perkataan ni tapi YA YA ANDA KENA CUBA!

Ya gais, aku akan update tentang produk Komugi sekali lagi. Pejah dan Komugi berpisah tiada. Lalalalala. Aku tak berapa sure sebelum ni cheese tart memang ada dalam menu list atau pun produk baru tapi tak payah fikir lah yang itu. Yang pasti bila dah masuk dalam blog pejah, haruslah makanan tu sedap yakni SEDAP dan SEDAP lagi. Muahahahahhahahahaha! Over.

K.

Memperkenalkan ...


Hanjuku Cheese Tart
RM 5.90 each

Nampak menyelerakan tak? Tak? Eh korang ni. Jangan nilai luaran dia ok. Korang patut beli dan rasa sediri. Heheheh.


Kalau brand lagi satu tu, cheese dia terlampau rich sangat. Yang ini, just nice untuk orang yang tak gilakan cheese sangat macam aku. Mungkin juga sebab cheese tu sejuk, so tak rasa rich sangat ke apa, itu aku tak pasti tapi aku boleh habiskan sebiji tanpa rasa bersalah dan akhirnya membawa kearah duka lara akibat berat naik dengan begitu jayanya sekali. Sigh. Nasiblah ada tekak lapar doplohpatjam -.-

Oh, kepada penggemar chocolate cheese, korang jangan bersedih sebab ya ya flavor kegemaran korang ada ok! Tapi tak dapat nak olah sebab tak sempat nak try lagi :(  Once aku try nanti, aku update entri ni ok. Tapi original punya SEDAP GILAAAAAAAAAAAAAA! 

Mangkuk pastri tu pulak tak terlalu rapuh dan tak terlalu keras jugak. Sedap walaupun hitam pada gambar yang berada di perenggan atas tu. Eeee menyampah. Tapi walaupun gelap, ia tetap sedap tapi tak sampai pula kedalam mimpi. Kalau sampai, mesti pagi tak lapar. Sigh sekali lagi.

Eh pergilah cari outlet Komugi. Rasa tau!

2 comments:

  1. biasa beli egg tart kat King's bakery yg ada kat dalam Tesco / Giant je. :D Baru first time dengar Komugi. Kedai dia ada kat Perak ke?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hanis! Eh Faizah pun suka beli egg tart King's! Sedap kan.. Komugi sedap. Alaaa kat Perak macam takda je? hmm http://www.komugi.com.my/outlets

      Delete