Thursday, September 21, 2017

Lama tak borak santai pasal makan. Eh makanan lagi ke? Alaa ada JYH dengan kopi jugak. Dah baca sana!

Assalamualaikum.

Pagi ni lets borak santai sebab aku nak tunggu 9:30am untuk aku turun kebawah dan memulakan tugas sulung aku untuk harini. Wow tugas sulung. Dah macam poyo sangat bunyi nya tu. Alaaaa biarlah. Aku tengah lapar ni. Jadi macam-macam perkataan tengah berebut nak keluar dari akal aku. Wakakakak gelabah. Yayayaya aku tau -.-

Sabtu lepas, pergi rumah kawan ma. Cik Halim sekeluarga buat kenduri doa selamat sikit sebab anak dia nak balik UK dah, class dah nak start kan. So kiteorang datanglah satu keluarga and yang pasti Achik takda pun. Biasalah mamat tu kerja je tau. 

Pergi dan datang sambil membawa laksa untuk orang yang datang makan. Dorang order dekat ma Laksa yang sedap ittewwww ☺ Gambar laksa takda. Eh ada tapi lupa nak transfer jadi takyah. Dah selalu tengok kan?

-------
 
Ok. Dah 9:50am dan aku dah turun pun tadi (9:35am) and sambung menaip balik sebelum aku sign off.
 
So dalam banyak-banyak makanan masa tu, aku tertarik dengan satu kuih ni. Unik. Sedap pulak. And sampai sekarang aku tak tau nama dia pun. Tapi macam ada custart tapi tak mungkinlah sebab warna putih kot? Sedap.


Sedap weh! Aku dah tau harga dia. Lalalalalaa gigih kan tanya tuan rumah apa nama kuih ni tapi makcik tu bagitau berapa harga instead. HAHAHAHAHAH bolehlah.

Semalam nampak kat timeline Twitter, Soompi tanya soalan ni ..


Berkobar jugaklah nak buat. Dalam hati biarlah JYH atau LJS. HAHAHHAA kalau dapat dua lagi tu pun takpelah. Nama pun support semua. Gittewww. Tapi dekat office, line Celcom macam lembab sikit. Takpe, kita pin dulu. So sebelum tidur baru teringat lalu aku buat ....

And the result ...

 

Hahah 3x aku buat, 3x aku dapat orang yang sama. Adakah ini jodoh? HAHAHHAHHAHHA alaa relax ahh. Aku gurau je. Jangan ada yang kecam aku dah lah. eeee bergurau pun tak boleh. Dah lah.


This one, now officially my favourite!

Dah lah pahit, and Zikri tak suka sebab pahit katanya. Eh kisah? Hahahaha.

So bought one today. Bila nak minum, tu tak tau lagi. Harini aku busy. Bye.

No comments:

Post a Comment